Takaful sesuatu yang baru?


Takaful tidak asing lagi kepada kita, namun pemilikkan takaful individu terutamanya di
kalangan orang Malayu masih lagi rendah. Mungkin salah satu sebabnya ialah ramai yang
kurang faham dengan tujuan sebenar takaful di wujudkan.

.
Takaful (tidak kira apa jua jenis takaful) merupakan suatu alat pengalih risiko. Maksudnya,
segala risiko yang mungkin akan berlaku terhadap diri, harta dan sebagainya di alihkan
dalam bentuk takaful. Apabila berlakunya sesuatu (risiko) yang termaktub di dalam
perjanjian, maka pihak takaful akan menanggung risiko tersebut.

.
Saya pasti, masih ramai lagi yang keliru dengan takaful kerana pada hari ini terlalu banyak
jenis takaful telah diwujudkan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

.

Jadi, takaful jenis apakah yang paling sesuai untuk anda?

“Jawapannya : Dalam memilih takaful yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan
keperluan, keutamaan dan risiko yang mungkin anda tanggung/hadapi di masa akan
datang”

.
Secara umumnya, anda perlu mengambil takaful yang dapat menjamin masa depan anda. Di
bawah ini saya menjelaskan situasi yang memerlukan anda mengambil takaful :

.
1) Kehilangan keupayaan mencari rezeki

.
Jika anda merupakan seorang ketua keluarga dan hanya anda seorang sahaja yang menjadi
punca pendapatan isi rumah, maka anda digalakkan untuk mengambil takaful. Ini kerana
sekiranya sesuatu berlaku ke atas diri anda seperti kemalangan yang menyebabkan
kecacatan kekal (tidak boleh bekerja), kematian (hilang punca pendapatan), takaful dapat
menanggung risiko tersebut dan faedahnya (tuntutan takaful) akan dinikmati oleh isteri
dan anak‐anak dan tidak perlu lagi hidup dalam keadaan susah.

.
2) Tanggungan kos perubatan dan kesihatan

.
Kos perubatan semakin hari semakin meningkat. Untuk sekali pembedahan yang kritikal,
memerlukan puluhan ribu ringgit. Tentu anda pernah melihat di akhbar dan televisyen,
yang mana terdapat pesakit memohon rayuan derma dari orang ramai bagi menanggung
kos perubatan, pembedahan dan kesihatan. Jadi, takaful perubatan ini amat digalakkan
terutamanya bagi kakitangan yang tidak memiliki kemudahan perubatan dari majikan.

.
3) Kerugian yang besar

.
Jenis takaful ini sudah biasa di ambil terutamanya takaful kenderaan. Sekiranya
kemalangan berlaku, syarikat takafullah yang akan menanggung kos “baikpulih” kenderaan
anda atau sekiranya kenderaan anda hilang, anda akan mendapat sejumlah wang untuk
menampung kerugian yang anda alami. Ini tidak terhad kepada takaful kenderaan sahaja.

.

Risiko‐risiko kerugian besar ini juga adalah seperti kebakaran, kecurian, bencana alam atau
apa‐apa yang melibatkan harta benda milik anda.

.
Saya harap, anda jelas dengan 3 jenis situasi yang memerlukan anda memiliki takaful.

.
Takaful bukanlah wajib tetapi ingatlah kepada isteri, anak‐anak dan keluarga kita. Adakah
anda mahu melihat mereka hidup menderita kerana terpaksa menanggung beban
kewangan akibat sesuatu yang berlaku kepada diri anda?

Fikir‐fikirkanlah…

.

Saya boleh dihubungi di 019-7589774 (Nizam)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s