Konsep Takaful Dalam Islam

1) Pengenalan Erti Takaful

1.1-takaful atau kafalla dari segi pengertian bahasa ialah saling jamin menjamin,menjaga atau memelihara –iaitu peserta yang mengambil perlindungan takaful berniat ikhlas akan saling jamin menjamin dikalangan mereka untuk saling bantu membantu ketika ditimpa musibah

1.2-takaful secara amnya mempunyai persamaan dgn insurans konvensional dimana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yg tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.akan tetapi takaful adalah merupakan insurans yang berteraskan islam dan diuruskan mengikut hukum-hukum dan syariah islam.

2) prinsip /konsep asas takaful

Ada 3 konsep asas takaful

2.1-konsep pertama –al qasamah

Iaitu kes qisas seperti pembunuhan yang tiada bukti yang nyata dimana dikehendaki seseorang yang dituduh dikehendaki bersumpah dengan nama allah sebanyak 50x atau 1x utk 50 orang.

2.2-konsep kedua-al aqilah

Iaitu ahli-ahli qabilah atau suku kaum atau kariah ahli-ahli masyarakat membantu ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti kematian atau pembunuhan.

2.3-konsep ketiga-tabarru’ (konsep sebenar takaful)

Iaitu ahli-ahli atau peserta membuat derma ikhlas pada satu tabung dengan niat utk saling bantu membantu sesama ahli yang didalam kesukaran atau kesusahan.

3) ciri-ciri takaful

3.1-adalah berkonsepkan seperti khairat kematian yang ada di mesjid-mesjid dan kariah-kariah di kampong-kampong.

3.2-perbezaannya antara khairat kematian ialah takaful

Diurus secara profesional oleh pengurusan yang terlatih dan dikawal oleh majlis pengawasan syariah dan kerajaan.

3.3-takaful mendapat pengiktirafan dari jakim serta halal dimana semua simpanan dan pelaburan ditolak zakat.

3.4-takaful tidak mengandungi unsur-unsur gharar,riba dan judi.

 

4) asas akad perniagaan takaful

4.1-asas tabarru’-(derma ikhlas bertujuan)

-derma/sumbangan ikhlas bertujuan diujudkan supaya setiap peserta yang ingin menyertai takaful menderma/sumbangan sesuai dengan risiko yang dibawanya.

  • pengendali akan menetapkan kadar tertentu untuk memberikan keadilan kepada semua pihak.

Cth: peserta yang berisiko tinggi kadarnya lebih tinggi dari peserta yang kurang berisiko.

4.2-al-wakalah

-merujuk kepada penggunaan wakil dimana menurut syarak wakalah ialah perlantikan seseorang untuk mewakilkan atau menguruskan sesuatu perkara.

-peserta akan membuat akad berdasarkan akad wakalah mengizinkan pengendali takaful melabur dan menjaga serta menguruskan dana.

 

4.3-mudharabah

Mudharabah (amanah berkongsi keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

5)perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional

5.1-pada 15 jun 1972 jawatankuasa fatwa kebangsaan dlm persidangan yg ke 5 telah memutuskan iaitu insurans nyawa yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional adalah suatu muamalah yang fasiq(rosak dan tidak sah)yang bercanggah dengan prinsip-prinsip islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar(ketidakpastian),maisir (judi) dan riba.

5.1 –Tiada Unsur al gharar(ketidakpastian)

-al gharar ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah dimana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.

-hadith nabi saw,mengatakan dari ali r.a- rasullullah saw pernah melarang jualbeli orang yang terpaksa,jualbeli gharar dan penjualan buah sampai ianya dicapai.(hadith riwayat abu daud)

-gharar terdapat dalam kontrak insurans kerana ianya berdasarkan konsep jual-beli .dimana dalam islam jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ianya mesti memenuhi rukun dan syarat-syarat jual beli iaitu:-

1)penjual dan pembeli

2)akad(ijab dan qabul)

3)barang(ma’kud alaih)

-adalah jelas didalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana ma’kud alaih (barang) tidak jelas dan ianya berkait dengan:-

1)tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.

2)tidak diketahui kadar bayarannya.

3)tidak diketahui bila masanya.

-menjadi persoalan ialah kewujudan ketidakpastian barang dalam kontrak insurans tersebut kerana syarat barang yang telah ditetapkan tidak dapat dipenuhi.

-bagi islam syarat-syarat bagi setiap rukun adalah penting dan mesti dipenuhi.antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah :

1) barang tersebut mesti dapat diserahkan dalam majlis akad.

2) masa penyerahan telah ditetapkan.’

3) barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.

4) tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.

5) bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang syarak.

-kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan ,satu pihak(syarikat insurans )akan mendapat semua keuntungan(premium) sementara satu pihak lagi(peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.

5.2 Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

 5.3 Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

6.Kesilapan-kesilapan teknikal yang mungkin berlaku dalam pengendalian takaful

  1. Tumpuan diberikan kepada akad tabarru’ sahaja sebagai konsep asas takaful tanpa dinyatakan sama ada semua sumbangan ialah tabarru’ penuh seperti takaful berkumpulan dan takaful am ataupun tabarru’ pelaburan seperti takaful keluarga.
  2. Tidak membezakan antara mu’awadah dengan tabarru’. Mu’awadah dalam takaful melibatkan dua akad:
  • Upah ke atas pengurusan urusan takaful termasuk menerima premium dan membayar tuntutan pampasan .(الوكالة على العمل)
  • Upah atas pengurusan pelaburan (باالستثمار الوكالة) bagi akaun khas peserta dan juga pelaburan dana tabung tabarru. Manakala tabarru’ dan ta’awun pula adalah antara peserta takaful.
  1. Tidak disebut kadar upah yang dikenakan oleh pengendali takaful pada kedua-dua keadaan (a) dan (b) di atas. Perlu diingat bahawa ia ialah akad mu’awadhah yang mana kewujudan jahalah (ketidaktahuan) harga/caj boleh menjejaskan kesahihannya. Upah atas kerja yang dikenakan oleh pengendali takaful tidak boleh disamakan dengan pengurusan wakaf atau harta anak yatim. Ini kerana pengurusan wakaf dan harta anak yatim bukan bertujuan untuk mengambil untung daripada upah pengurusan, sebaliknya syarikat takaful bertujuan menjana keuntungan daripada upah yang dikenakan. Maka perlulah dijelaskan kepada peserta takaful jumlah atau kadar upah yang dikenakan.
  2. Peserta hanyalah dimaklumkan tentang jumlah manfaat yang diperolehi dan jumlah simpanan serta keuntungan pelaburan daripada simpanan akaun khas peserta. Kadang-kadang tidak ditekankan bahawa kadar keuntungan (kebiasaannya 5.5%) hanyalah jangkaan dan bukan yang sebenar.
  3. Tidak membezakan antara dua akaun: akaun syarikat dengan akaun tabarru’ peserta.
  4. Tidak dinyatakan dalam sijil takaful bahawa syarikat pengendali takaful bertindak memberi perlindungan/membayar pampasan mewakili tabung tabarru’ yang pada masa yang sama ia mewakili semua peserta lain untuk beriltizam memberi perlindungan/ manfaat tertentu ketika musibah.
  5. Tidak membezakan antara lebihan dan keuntungan pelaburan daripada tabung tabarru’.
  6. Tidak dinyatakan dengan jelas pembahagian lebihan, khasnya bagi model wakalah sama ada dikongsi antara peserta dengan pengendali takaful (tentang nisbah perkongsian) ataupun kepada peserta sahaja ataupun dikembalikan kepada tabung tabarru’ . Di sini persetujuan peserta sangatlah penting dan ia dianggap sebagai syarat yang dipersetujui.

 

7. Sumbangan At-Tabarru’at

Tabarru’at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru’at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru’at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru’at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

8. Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;

  1. Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
  2. Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
  3. Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
  4. Harta bangunan.
  5. Pembiayaan perumahan.
  6. Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

9. Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

“Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan”

 

Penutup

Dalam sistem takaful sama sahaja dengan sistem insurance konvesional. Tetapi yang bezanya diantara takaful adalah mereka patuh kepada syariah. Takaful menggunakan konsep tabaru’ iaitu sumbangan atau derma ikhlas yang mana pesertanya berniat untuk menderma dan bantu membantu diantara satu sama lain apabila ditimpa kesusahan. Selain itu, takaful juga mereka ada penasihat syariah yang memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s