Posted in Buletin, Manfaat takaful

Mengurus keperluan kesihatan melalui takaful

Mengikut trend semasa, kos rawatan perubatan di hospital sentiasa sahaja meningkat setiap tahun. Landskap perubatan Malaysia mungkin akan menerima kesan dengan jadual baharu caj pembedahan pesakit yang membolehkan kos meningkat sebanyak kira-kira 14 peratus, dan peningkatan lebih besar sehingga 200 peratus secara umum dan juga bagi rawatan pakar*.

Pada tahun 2013, inflasi perubatan bersih di Malaysia mencatatkan kadar 8.3 peratus*. Kos rawatan perubatan asas swasta meningkat dengan begitu pantas, manakala kos perubatan untuk penyakit kritikal atau kecederaan tentu sahaja boleh mengosongkan akaun bank anda. Apa yang paling teruk ialah apabila kos rawatan boleh merencatkan rancangan kewangan anda untuk masa depan, memaksa anda mengorbankan impian anda untuk mendapatkan rawatan perubatan yang amat diperlukan.

Oleh itu, amatlah penting untuk anda menjaga dan melindungi diri anda walaupun ketika sihat untuk bersedia menghadapi ketidaktentuan masa hadapan. Pelan takaful perubatan akan menyediakan anda untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya apabila anda memerlukannya.

 

Pelan takaful perubatan memberikan perlindungan untuk rawatan perubatan seperti penjagaan asas, faedah rawatan hospital, pembedahan dan rawatan pesakit luar. Ada pelan turut menawarkan manfaat yang komprehensif dan menyeluruh, sebagai contoh, rawatan kanser pesakit luar dan rawatan dialisis buah pinggang.

 

Untuk menggalakkan kita mengamalkan gaya hidup sihat, ada pelan-pelan yang akan memberikan kelebihan tambahan sekiranya tiada tuntutan yang berlaku dalam tempoh tiga tahun pertama perlindungan, had seumur hidup akan meningkat. Oleh itu, pemilik pelan takaful tersebut akan menikmati kenaikan 10 peratus daripada had kadar tuntutan asal.

Pelan takaful perubatan boleh dimiliki secara tunggal atau menjadi rider kepada pelan takaful keluarga atau pelan takaful berkaitan pelaburan. Ada juga pelan yang turut merangkumi rawatan selepas keluar dari hospital dan juga memberikan elaun tunai harian serta manfaat harian bagi mereka yang menemani anda di hospital. Kebanyakan pelan takaful perubatan turut melindungi anda sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan kematian akibat kemalangan. Beberapa pelan takaful turut memberi perlindungan sekiranya anda berada di luar negara dan anda akan mendapat akses kepada rawatan perubatan kritikal sekiranya keperluan mendesak.

Pelan takaful perubatan berupaya untuk memberikan perlindungan yang melindungi anda daripada kos perubatan yang tinggi dan di luar jangkaan. Katakanlah anda sekarang ini berumur 20 tahun dan memerlukan pembedahan berharga RM10,000 pada hari ini. Pada usia 60 tahun kelak untuk pembedahan jenis yang sama, dalam masa 40 tahun sekiranya kadar inflasi kekal pada 8 peratus, anda akan memerlukan lebih RM200,000 untuk mempunyai prosedur yang sama! Iaitu 20 kali lebih daripada kos hari ini. Memang sukar untuk diterima, tetapi realiti ini mungkin membuka mata anda tentang kepentingan mempunyai pelan takaful perubatan untuk masa hadapan.

Bilakah masa yang sesuai untuk anda memiliki pelan takaful perubatan? Ketika muda kadar sumbangan takaful akan jauh lebih rendah berbanding sekiranya peserta mula memiliki pelan ini setelah berusia. Selain itu, peserta yang lebih muda juga boleh mendapatkan perlindungan penuh, kerana mereka tidak mempunyai sebarang penyakit sedia ada. Bagaimana pula dengan kos pembayaran pelan takaful yang telah dibuat?

Adakah tidak rugi jika membayar sumbangan selama 40 tahun lebih awal sebelum anda mungkin benar-benar memerlukan pembedahan?

Kebanyakan pelan berkisar sekitar RM500 hingga RM1,000 setiap tahun bergantung kepada umur dan gaya hidup anda. Kita boleh mengambil contoh 40 tahun, anda hanya perlu bayar sekitar RM40,000 ini jauh lebih rendah berbanding RM200,000 kadar pembedahan yang mungkin diperlukan 40 tahun dari sekarang. Selain itu, ia mungkin sukar untuk mendapatkan perlindungan yang anda perlukan apabila anda lebih berumur disebabkan keadaan kesihatan yang sedia ada.

Ketika muda, badan kita sihat dan bertenaga. Perkara yang paling akhir untuk difikirkan adalah untuk memiliki pelan takaful perubatan. Tiada siapa yang merancang untuk jatuh sakit atau cedera, tetapi dengan ketidakpastian hidup, anda tidak pernah tahu bila anda atau ahli keluarga mungkin jatuh sakit atau mengalami kemalangan.

Kesihatan adalah kekayaan kita sebenarnya. Tidak kira berapa banyak wang yang anda miliki, namun tiada apa yang boleh menandingi tubuh yang sihat. Hanya dengan kesihatan yang baik anda boleh menikmati kekayaan yang dimiliki, dan tanpa kesihatan yang baik, anda mungkin akan menghabiskan kekayaan anda dengan sekelip mata kerana perlu dibelanjakan untuk sembuh seperti sedia kala, melainkan sekiranya anda telah pun memiliki pelan takaful perubatan.

Lindungi diri anda dan orang yang anda sayangi dengan mendapatkan pelan tersebut. Ia akan melindungi anda dan orang tersayang serta harta yang dimiliki tanpa perlu menghabiskannya untuk tujuan menanggung perbelanjaan perubatan yang sudah pastinya amat tinggi dan membebankan. Berikan diri anda ketenangan fikiran dengan pemilikan pelan takaful perubatan. Kehidupan akan lebih indah sekiranya ia dilindungi daripada sebarang ketidaktentuan ini.

– See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mengurus-keperluan-kesihatan-melalui-takaful-1.109877#sthash.YtYAEUaf.dpuf

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: