Posted in Tips Bisnes

Prinsip Kejayaan & Kecemerlangan

  • MINDA POSITIF: Kita hendaklah sentiasa mengawal Minda supaya berfikiran positif dan jauhi dari berfikir secara negatif ….sikap minda positif adalah sikap yang benar dalam banyak situasi….!!!
  • KEPASTIAN TUJUAN: Tetapkan Tujuan Jangka Pendek dan Jangka Panjang, Mulalah melangkah dengan yakin >kita tidak akan sampai kemana-mana tanpa Langkah pertama. Tanyalah kepada diri sendiri >Dimana aku berada, Kemana aku hendak Tuju dan Bila aku Perlu Sampai ke Distinasinya….???
  • ALA KADAR SAHAJA: Kita tidak mungkin dapat menepa kejayaan dengan sikap ala kadar sahaja atau melakukan sesuatu sekadar untuk cukup makan atau seperti melepaskan batuk ditangga. >>Lakukanlah melebihi dari apa yang di perlukan !!!
  • BELAJARLAH DARI KESILAPAN: Semua orang pernah buat silap, cuma mereka yang cemerlang sahaja yang tidak mungkin mengulangi kesilapan yang sama, sekali jalan kena dua kali jalan pasti tahu !!!
  • BERSEMANGAT WAJA/KEGHAIRAHAN: Bila tujuan telah jelas, fikiran pula telah mantap >ayuh ! lakukanlah dengan penuh keghairahan.
  • BERINISIATIF: Nak buat sesuatu jangan tunggu di suruh-suruh, sentiasalah berusaha mencipta peluang untuk diri sendiri. Lakukan yang terbaik setiap kali melakukan sesuatu perkara.
  • KEPERIBADIAN LUHUR: Minda yang positif dan akhlak yang mulia akan melahirkan keperibadian yang luhur. Keperibadian luhur, Kejujuran dan integriti adalah watak yang disenangi oleh ramai orang.
  • KAWAL EMOSI: Kita mempunyai kekuatan untuk berfikir dan kekuatan untuk mengawal fikiran sendiri dari perasaan marah, dendam, cemburu dan tamak serta lain-lain sifat yang keji.
  • MENGHARGAI MASA DAN MENTAATI WAKTU: Orang yang sentiasa sibuk biasanya lebih tahu menghargai masa. Masa adalah kehidupan maka membazir masa adalah membazir kehidupan. Gunakan masa lapang untuk berfikir dan bertafakur demi memperbaiki nasib diri dan keluarga bukannya sekadar berhibur dan bersantai semata-mata.
  • BIJAK MENGURUS KEWANGAN: Bijak menarik wang masuk dan pandai mengawal wang keluar. Kesulitan kewangan akan membantutkan kreativiti dan melemahkan semangat serta menghilangkan keceriaan. Maka atasilah bebanan kewangan dengan bijaksana !!!
  • PANDAI MENJAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL: Amalkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Makan dan minum yang halal secara bersederhana. Perut yang sentiasa penuh dan kekenyangan akan melemahkan badan dan memenatkan fikiran. Mental menjadi lebih sihat bila sering dihidangkan dengan santapan rohani.
  • MENGGABUNG KEKUATAN: Bergabunglah dengan mereka yang mempunyai nilai dan minat serta tujuan yang sama. Binalah jaringan rakan strategic yang berkesan dan sentiasa mencipta situasi menang-menang.
  • VISI YANG KREATIF: Rajin dan bijak berimaginasi dan menjadikan illusi sebagai reality.
  • PERHATIAN YANG TERKAWAL: Memusatkan perhatian dan fikiran pada suatu masalah tertentu sehingga berjaya menyelesaikannya. Bermula dengan berimaginasi, dengan perhatian yang terkawal maka imaginasi tersebut menjadi reality.
  • BERFIKIR SECARA TEPAT: Mengenali, menghubungkan, mengasimilasikan dan menerapkan informasi yang di perolehi dengan masalah yang sedang di hadapi.
  • EHSAN: Ilmu, iman, amal dan ehsan. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan apa yang sedang kita lakukan, maka lakukanlah dengan cara yang paling sempurna.
  • DOA: Hukum Universal dan sunnahtullah menjelaskan bahawa permintaan yang bersungguh-sungguh dan berulang-ulang kali pastinya akan di makbulkan Allah.

12494901_1668194700121267_9122554496972988491_n

Ahmad Hanizam Abdullah

019-7589774

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s