Posted in Manfaat takaful

Apakah perkara penting yang anda perlu tahu sebelum dan sebaik saja memiliki polisi takaful?

12494901_1668194700121267_9122554496972988491_n

Kami rumuskan 5 perkara penting yang ramai mungkin tidak tahu. Bacaan penting (A Must Read) bagi mereka yang bercadang atau sudah memiliki polisi takaful.

1. Baru sahaja memohon

Perlindungan untuk kematian akibat kemalangan terus berkuatkuasa sebaik bayaran pertama diterima dan resit rasmi dikeluarkan.

2. Selepas polisi takaful diluluskan

Terdapat “Tempoh Menunggu” sebelum perlindungan untuk diri dan keluarga anda bermula. Dalam tempoh ini, anda tidak dapat membuat sebarang tuntutan bagi risiko penyakit-penyakit yang ingin anda lindungi.

Mohon pencerahan dari Perunding Takaful Pilihan Anda tentang jumlah hari sebenar atau Tempoh Menunggu polisi anda.

Bagi polisi kanak-kanak (juvenil plan) biasanya terdapat peratus manfaat untuk pampasan kematian yang berlaku sebelum mencapai umur 5 tahun atau umur tertentu (sila rujuk polisi).

3. Selepas polisi diterima

Anda mempunyai tempoh untuk melihat kembali dikenali sebagai “Free Look Period” samada polisi takaful ini sesuai untuk diri anda dan keluarga.

Jika tidak sesuai anda boleh batalkan polisi ini dan perolehi kembali wang anda. Pastikan dengan perunding anda jumlah sebenar hari untuk “Free Look Period” polisi anda. Pastikan juga samada anda akan dibayar penuh atau hanya sebahagian sekiranya membatalkan polisi.

4. Selepas perlindungan aktif (tempoh menunggu tamat)

Anda layak membuat tuntutan dan syarikat takaful perlu membayar tuntutan sebagaimana yang dinyatakan dalam polisi.Bagi polisi yang masih baru atau penyakit spesifik yang mengambil masa yang lama untuk berlaku pihak insurans juga berhak membuat siasatan teperinci sebelum meluluskan tuntutan atau surat jaminan (juga dikenali sebagai Guarantee Letter).

5. Polisi tidak aktif (lapsed)

Polisi anda boleh menjadi tidak aktif sekiranya anda tidak mencarum untuk polisi takaful anda (maksudnya anda tidak membayar “premium” bulanan).

Ia juga boleh berlaku jika syarikat insurance atau takaful anda membatalkan polisi anda.

Apabila polisi menjadi tidak aktif atau lapsed, anda tidak layak membuat sebarang tuntutan dan permohonan penguatkuasaan semula tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat dan keadaan kesihatan anda atau mereka yang ingin anda lindungi.

Pastikan dengan Perunding Takaful Pilihan Anda apa yang akan menyebabkan polisi anda menjadi lapsed.

biz

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s