5 sebab Anda Perlu Medical Card Walau Ada Akaun 2 KWSP

Tanpa Medical Card; Anda boleh guna Akaun 2 KWSP.

KWSP benarkan pengeluaran untuk rawatan dan perubatan samada untuk diri dan keluarga (termasuk ibu, bapa dan adik beradik).

Tetapi membayar kos rawatan dan perubatan dengan menggunakan Akaun 2 KWSP ada beberapa kelemahannya:

1.
Deposit Kemasukan Hospital.

Surat Pengesahan Caruman Tidak Menjamin Bayaran

KWSP dapat mengeluarkan Surat Pengesahan berkenaan Amaun Caruman anda di KWSP.

Tetapi, surat ini hanyalah sekadar pengesahan sahaja kepada pihak hospital. Ia tidak memberi jaminan KWSP akan meluluskan pengeluaran anda.

Tunai atau Kad Kredit?

Oleh kerana KWSP tidak menjamin pembayaran, anda terpaksa membayar sejumlah deposit yang mungkin mencecah hingga 70% kos rawatan*. Tanpa Medical Card pilihan yang ada untuk anda ialah tunai atau kredit kad (klik untuk Tanya Apa saja pada mana-mana Perunding Takaful pilihan anda).

Dua (2) persoalan penting untuk anda.

Soalan 1: Adakah simpanan tunai anda mencukupi?
Soalan 2: Adakah baki kredit yang boleh digunakan mencukupi?

Klik untuk Soal Jawab dengan mana-mana Perunding Takaful pilihan anda (Lihat Semua Lokasi

* Deposit bergantung jenis rawatan. Caj ini seperti dinyatakan sebuah hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur.

2.
Terhad pada 11 penyakit kritikal sahaja.

Anda hilang kelayakan pengeluaran jika penyakit anda bukan salah satu dari 11 penyakit kritikal yang disenaraikan oleh KWSP.

3.
Baki Akaun 2 KWSP mungkin tidak cukup.

Dianggarkan purata baki Simpanan Akaun 2 rakyat Malaysia yang berumur antara 26 – 40 tahun hanya RM 15,800 sahaja. Jumlah ini adalah kecil untuk menampung kos merawat penyakit kritikal.

KWSP benarkan anda dan ahli keluarga berkongsi kos dengan mengeluarkan wang dari Akaun 2 mereka. Walau kelonggaran telah diberikan KWSP, anda mungkin susah mendapat persetujuan ahli keluarga kerana ini menyentuh wang persaraan mereka.

Anda mungkin ingin lihat Artikel kami yang bertajuk ” 2 Cara Kanser Boleh Jadikan Anda Miskin “. Walau artikel ini fokus kepada kesan kanser sahaja, ia masih dapat memberi gambaran bagaimana penyakit memberi kesan kepada wang sara hidup anda dan keluarga.

4.
Bayar dulu, tuntut kemudian.

Proses bermula apabila bil dikeluarkan.

Pihak hospital akan hanya dapat keluarkan bil sebenar atau Final Bil setelah rawatan selesai. Pada waktu itu, anda akan diminta untuk membawa pulang ahli keluarga anda.

Sedangkan proses pengeluaran Akaun 2 KWSP anda baru saja bermula kerana salah satu dokumen pra-syarat ialah Final Bil (hantar Final Bil dan dokumen lain ke KWSP; kemudian KWSP teliti kesahihan dokumen-dokumen dan mendapatkan kelulusan sebelum pengeluaran dibuat).

Dalam situasi ini anda terpaksa bayar dulu bil hospital dan mengharapkan KWSP akan luluskan permohonan pengeluaran Akaun 2 anda.

Proses pengeluaran Akaun 2 Tertangguh lama.

Setakat ini kita andaikan pengeluaran KWSP anda ialah untuk ahli keluarga anda. Bagaimana jika anda yang sakit dan keluarga bergantung kepada wang KWSP anda?

Proses pengeluaran akan jadi sukar.

5.
KWSP ialah tabung persaraan anda.

Objektif utama menabung di KWSP ialah supaya anda akan mempunyai wang yang cukup apabila bersara kelak. Kita dijangkakan akan hidup sehingga umur 75 tahun. Ramai di antara kita akan berhenti kerja apabila jejak 55 tahun bermaksud wang KWSP mesti mampu sara hidup kita selama 20 tahun.

Anda perlu pertimbangkan untuk elak guna wang KWSP anda dengan perolehi Medical Card atau Plan Medikal dari syarikat takaful pilihan anda.

sumber: wikitakaful

12509478_1670101379930599_2430437680447615680_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s