Kontrak tabarru’, ta’awun dalam takaful

image

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia pada mesyuaratnya baru-baru ini membincangkan pelaksanaan kontrak tabarru’ (pemberian secara sukarela) dalam takaful.

Majlis itu berkata, konsep asas/prinsip skim takaful ialah tabarru` dan ta`awun (bantuan bersama) sesama peserta takaful.

“Tabarru` dalam takaful dilaksanakan melalui sumbangan peserta kepada dana tabarru` yang diuruskan oleh (dan diamanahkan kepada) pengendali takaful untuk kepentingan peserta takaful berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui.

“Tanggungjawab kewangan (zimmah maliyah) dana tabarru’ adalah tersendiri dan berasingan daripada tanggungjawab kewangan pengendali takaful dan peserta takaful individu”, kata bank pusat dalam kenyataan di sini hari ini.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira konsep asas bagi takaful iaitu tabarru` yang dilaksanakan terhadap peserta takaful berdasarkan terma dan syarat berhubung penggunaan dana tabarru’ yang telah dipersetujui.

BNM berkata, sumbangan peserta berdasarkan tabarru` telah memindahkan hak milik sumbangan tersebut kepada dana tabarru`.

Tanggungjawab kewangan dana tabarru’ adalah tersendiri dan berasingan daripada tanggungjawab peserta takaful individu kerana peserta takaful individu tidak lagi memiliki sumbangan takaful tersebut dan tidak mempunyai tanggungjawab yang berkaitan dengannya setelah tabarru` dibuat kepada dana tersebut.

Selain itu, dalam konteks amalan takaful di Malaysia, peserta takaful individu tidak bertanggungjawab untuk memenuhi sebarang tanggungjawab kewangan dana tabarru’ sekiranya dana tersebut tidak dapat memenuhi tanggungjawab kewangannya sendiri.

Sementara itu, mesyuarat berkenaan turut memutuskan mengenai pemindahan pemilikan aset hibah dan jika berlaku pelanggaran syarat oleh ejen mengikut kontrak wakalah bi al-istithmar.

“Selain itu, SAC juga memutuskan pelabur (muwakkil) layak menuntut kos sebenar yang ditanggung disebabkan berlaku pelanggan syarat oleh ejen. Dalam kes pelanggaran syarat yang menyebabkan keuntungan melebihi keuntungan yang dijangka, lebihan keuntungan tersebut hendaklah diuruskan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui berhubung dengan fi prestasi.

“Sekiranya syarat berhubung dengan fi prestasi tidak dinyatakan atau tidak dipersetujui, lebihan keuntungan tersebut tertakluk kepada budi bicara muwakkil,” katanya.

Keputusan ini dibuat dengan matlamat untuk memastikan hak pelabur terpelihara dan pihak yang berkontrak bersetuju dengan semua terma dan syarat yang digariskan dengan jelas pada awal kontrak untuk mengelakkan pertikaian. – BERNAMA

– See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/kontrak-tabarru-8217-ta-8217-awun-dalam-takaful-1.186668#sthash.mYjb5aqU.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Sumber Info Takaful Anda!

%d bloggers like this: