Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful, Tips Bisnes

Jangan takut menjual

10402871_679305522212277_9066017187068742360_n

BRC – Marketing & Business Strategist

Jangan takut menjual!
=================

Ada orang mahu bisnes, tapi takut menjual.

Nanti orang kata kita asyik mahu menjual saja.

Tapi…

Makcik nasi lemak boleh dapat jualan hari demi hari.

Saya selalu sebut, belajar saja dari makcik nasi lemak tepi jalan.

Bukan belajar buat nasi lemak.

Belajar dan tengok macam mana dia buat bisnes.

Kalau tak suka nasi lemak, boleh gantikan dengan nasi kukus. Akak meniaga nasi kukus tepi guard Sungai Buloh ni, bila saya tanya dia kata tokey dia ada 5 cawangan.

Tak jauh daripada situ, ada lagi sebuah gerai nasi kukus. Yang satu tu jual lagi mahal. Tapi boleh je hidup!

==========
Mengikut Teori Makcik Nasi Lemak, bukan sahaja ada golongan pelanggan yang tidak kisah kita menjual. Malah, MARAH kalau kita tidak menjual.
==========

Perhatikan…

Di kawasan perumahan, mesti ada gerai nasi lemak tepi jalan.

Penduduk kawasan tak pernah pun marah makcik nasi lemak sebab dia menjual.

Lagi marah kalau tidak menjual sebenarnya!

Mana kita mahu cari sarapan pagi? Takkan mahu drive jauh cari nasi lemak. Makcik jangan la tutup hari ini!

.
.

Makcik nasi lemak boleh berniaga dengan sedap dan bagus kerana dia sudah ada penduduk sekitar yang boleh support bisnes nasi lemaknya.

Makcik nasi lemak tidak perlu risau dari mana datang pelanggannya. Sentiasa ada orang mahu beli nasi lemak.

Trik untuk berbisnes ialah MENCARI ‘PENDUDUK SEKITAR’ untuk bisnes kita.

Mereka ini akan jadi pelanggan kita, malah marah kalau kita tidak berniaga.

Saya bengang betul kalau nasi lemak depan studio M. Nasir tu tutup! Makcik boleh tak jangan cuti menjual? wink emoticon

Belajar sesuatu?

‪#‎SHARE‬ pada kawan-kawan tau!

12373213_1659695257637878_8232492695106792581_n

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s