Hidup ini mudah

11204972_679638175512345_5311747281317885665_n

A: Apa cara terbaik baca buku?

B: Ambil buku. Buka. Baca.

A: Apa cara untuk buat bisnes?
B: Tanya apa orang mahu. Jual kepada mereka.

A: Kamera apa paling bagus untuk ambil gambar?
B: Kamera yang ada di tangan. Walaupun ia sebenarnya smartfon.

A: Apa cara terbaik untuk buat __________?
B: Pasang niat. Buat __________. Betulkan kalau ada silap.

.
.

A: Saya mahu lari 5km 3 kali seminggu, tapi masih tak mula. Apa cara terbaik untuk mendatangkan motivasi?

B: Larilah sekali seminggu dulu. Sarung seluar, sarung kasut, buka pintu, lari! Sampai depan pagar pun cukup.

.

A: Senang macam tu je ke baca buku? Tapi saya mudah lupa la. Apa cara terbaik untuk ingat apa kita baca?

B: Mahu baca buku ke mahu ambil exam? Lepas baca, amalkan. Kalau lupa, baca saja lagi.

.

A: Buat apa lari seminggu sekali sampai pagar je? Takde kesan langsung kalau setakat lari sekali je seminggu kalau sikit macam tu!

B: Ye betul. Sebenarnya lebih berkesan lari 50km 15 kali seminggu dalam kepala semata-mata. Teruskan.

.

A: Tapi kan kamera __________ tu yang si X kata paling best? Saya keliru sebab si Y kata kamera __________ yang paling best untuk bajet bawah RM3,000? Kamerafon tak sesuai untuk saya.

B: Ye betul. Sementara pilih kamera terbaik itu, gambar-gambar yang awak mahu ambil akan siap sendiri dengan cantik. Cukup 2 bulan, boleh buat pameran di galeri. Teruskan.

.

A: Buat apa baca buku kalau lupa? Membazir masa je!

B: Ye betul. Berangan baca buku dan ingat setiap patah perkataan itu lebih best. Teruskan. Boleh jadi cendekiawan bulan depan.

.

A: A’ah la. Baik kita berangan buat terbaik daripada betul-betul buat kan? Terima kasih!

B: Sama-sama. Jangan lupa berangan untuk ‪#‎SHARE‬ pada kawan-kawan.

12373213_1659695257637878_8232492695106792581_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s