Posted in Tips Bisnes

Bagaimana Menjadi Seorang Pemimpin Bisnes Sebenar

123763072153800554819602432654574017449907n-e1456910788391

Suatu hakikat mengenai kepimpinan yang jarang diperkatakan – ia bukan berkaitan dengan kehebatan diri.

Biasanya, seorang ketua atau pemimpin dalam bisnes dilihat hebat kerana dia menerima bayaran yang lebih banyak daripada orang bawahan. Tetapi, itu bukan ukuran kejayaan seorang pemimpin.

Kejayaan seorang pemimpin dinilai mengikut sejauh mana kejayaan orang yang menjadi pengikutnya.

Menjadi pemimpin bukan sekadar mendapat autoriti dan pengiktirafan daripada orang luar. Sebaliknya, ia adalah membentuk dan membantu orang bawahan agar mereka mencapai petensi diri mereka sebenar. Merangkan strategi dan memberi kepada bantuan kepada orang bawahan bukan sekadar untuk menjayakan sebuah organisasi, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup setiap orang bawahan.

Pemimpin yang terbaik setiap hari berusaha untuk bukan sahaja membawa oraganisasi mencapai matlamat yang ditetapkan, tetapi secara mendalam mengambil peduli situasi setiap orang bawahan.

Sebagai seorang pemimpin kita mempunyai peluang yang besar untuk mengubah kualiti hidup orang bawahan kita.

Ia mungkin seringkas mengucap salam dengan senyuman, mengingati dan menyebut nama mereka. Itu akan mempamerkan kita amat bersungguh untuk membantu mereka mencapai impian hidup mereka (bermula dengan menggembirakan mereka).

Kita sebenarnya sedang membantu mereka menjadi lebih kuat setiap hari. Lagi kuat individu di dalam organisasi kita, lagi kuatlah organisasi kita.

Mengubah kualiti hidup manusia adalah apa yang dilakukan setiap hari oleh pemimpin-pemimpin menjadi sebutan ramai.

Pemimpin yang mencari kepuasan dengan bersikap ego dan tidak membantu orang bawahannya pastinya akan tersungkur di tengah jalan. Ada beza yang jelas di antara ‘true-leadership’ berbanding ‘authority-driven management.’

Sama ada kita memimpin 5 orang ahli tim atau 5000, sentiasa ingat untuk fokus membantu orang bawahan. Itulah kepimpinan sebenar.

About Khairul Azan Ahmad

Khairul Azan adalah editor dan pembangun platform Sekolah Bisnes.

sumber: http://www.sekolahbisnes.net/menjadi-pemimpin-sebenar/

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s