Posted in Manfaat takaful

Pastikan Perniagan Yang Anda Kongsi Selamat!

12494901_1668194700121267_9122554496972988491_n

Syarikat anda ditubuhkan oleh satu pasukan yang berkeyakinan, agresif dan bercita – cita tinggi. Perniagaan maju dan anda berkongsi dan menikmati keuntungan.

Anda tahu ini adalah hasil kerjasama dan perkongsian pengalaman, kemahiran dan kecekapan perniagaan rakan kongsi anda.

Adakah anda pernah berfikir mengenai kemungkinan kehilangan rakan kongsi niaga anda atas sebab kematian atau hilang upaya?

Kedudukan kewangan syarikat anda mungkin akan terganggu. Hanya jika ada perancangan telah dibuat sebelum kemungkinan ini berlaku, keadaan yang tidak disangka – sangka ini tidak akan mendatangkan masalah yang besar.

Selalunya sejumlah wang akan diserahkan untuk menjadi harta rakan kongsi niaga yang telah tiada. Berapa besar jumlahnya lah akan menjadi persoalan yang mungkin membawa kepada masalah undang – undang yang berpanjangan dan kos yang tinggi. Ini mungkin memberi kesan kepada kedudukan syarikat anda.

Apa yang syarikat anda boleh lakukan dalam keadaan sebegini?

Ada tiga cara untuk menyelesaikannya.

Pertama, benarkan ahli keluarga rakan kongsi niaga anda itu untuk menyertai perniagaan anda. Apa akan terjadi jika mereka tidak mempunyai pengalaman perniagaan yang syarikat anda jalankan?

Kedua, benarkan keluarga rakan kongsi niaga anda menjual saham mereka kepada orang lain. Siapa yang akan membeli saham mereka?

Ketiga, jualkan saham mereka itu kepada rakan kongsi yang sedia ada. Adakah rakan kongsi anda mempunyai wang yang secukupnya untuk membeli saham tersebut? Mungkin kah nanti ada masalah dalam penentuan harga saham tersebut?

Jelas, cara yang terbaik ialah dengan adanya perjanjian yang mana rakan kongsi yang tinggal akan membeli akaun modal rakan kongsi yang meninggal. Perjanjian ini mementukan yang rakan kongsi niaga diperlukan membeli keuntungan yang dikongsi tetapi yang masih belum diagihkan sebelum rakan kongsinya meninggal.

Selain daripada ini, rakan kongsi niaga dikehendaki membayar kepada estet rakan kongsi niaga untuk satu tempoh yang ditetapkan samada beberapa peratus keuntungan yang seterusnya atau sejumlah wang yang telah ditetapkan sebagai secara bayaran bulanan.

Ini dikenali sebagai Plan Penyambungan Pendapatan.

Walaupun perjanjian sebegini wujud, rakan kongsi niaga mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli saham rakan kongsi beliau.

Dan disinilah betapa bergunanya Takaful Rakan Kongsi Niaga..

Hayat setiap rakan kongsi niaga boleh diinsuranskan. Rakan kongsi niaga akan menjadi tuan punya, pembayar sumbangan dan pewaris polisi tersebut.

Bila salah seorang dari rakan kongsi meninggal, jumlah perlindungan atau pampasan dari takaful akan berbayar kepada rakan kongsi. Dan rakan kongsi akan menggunakan nya untuk membeli akaun modal rakan kongsi dan juga menyediakan Plan Penyambungan Pendapatan.

Takaful akan menolong rakan kongsi niaga menabung sesuatu jumlah yang telah diketahui oleh mereka dan akan dibayar jika berlaku yang tidak disangka – sangka dan juga menolong rakan kongsi niaga dari dari sebarang masalah undang – undang.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya.

Ahmad Hanizam Abdullah

019-7589774

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s