Kepentingan takaful perubatan

image (1)

PEMBIAYAAN terhadap penjagaan kesihatan perlu dilihat sebagai antara aspek yang serius dalam kalangan masyarakat hari ini.

Di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan, turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur.

Hal yang sama sepatutnya berlaku di Malaysia. Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.

Kini, ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan.

Malangnya, masih ramai individu di negara ini tidak memiliki takaful perubatan dan kesihatan. Mengapa hal ini berlaku?

Antara sebabnya ialah sebahagian masyarakat tidak memahami peri pentingnya perlindungan takaful perubatan dan kesihatan dalam kehidupan mereka.

Pada dasarnya, takaful perubatan dan kesihatan akan membayar perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pemilik atau pemegang polisi sebagai balasan bagi bayaran premium.

Takaful perubatan dan kesihatan merangkumi beberapa jenis kontrak takaful yang melindungi risiko yang berbeza. Polisi takaful perubatan dan kesihatan yang asas, biasanya akan memberi perlindungan terhadap risiko hilang upaya yang berpunca daripada penyakit tertentu atau kemalangan.

Perlindungan juga meliputi risiko menghidap penyakit kronik seperti diabetes, sakit buah pinggang, kanser, alzheimer atau masalah jantung.

Kedua-dua risiko ini jika benar-benar berlaku bukan sahaja akan menyebabkan seseorang boleh kehilangan punca pendapatan, malah akan menimbulkan kos perbelanjaan lain seperti belanja perubatan yang sangat tinggi.

Atasi masalah kewangan Ini boleh menjejaskan kehidupan dan kedudukan kewangan bukan sahaja individu itu sendiri, tetapi kepada ahli keluarga mereka.

Melalui takaful perubatan dan kesihatan, bebanan menanggung kos rawatan dan perbelanjaan perubatan lain akibat hilang upaya dan penyakit kronik akan dipindahkan kepada syarikat takaful. Maka, individu tidak perlu berdepan masalah kewangan akibat kemerosotan kesihatan mereka.

Masyarakat perlu memahami bahawa wujud beberapa faktor yang menyebabkan takaful perubatan dan kesihatan semakin penting hari ini. Pertama, kos penjagaan kesihatan semakin mahal. Kos ini merangkumi kos rundingan doktor, jururawat, ubat, peralatan perubatan dan bangunan.

Peningkatan dalam teknologi perubatan memerlukan jumlah dana yang sangat tinggi. Kos seperti penyelidikan perubatan yang dilakukan, pembangunan peralatan perubatan dan farmaseutikal yang baru dan kelulusan daripada pihak kerajaan memakan belanja sehingga bilion ringgit.

Kos perubatan dijangka terus meningkat pada masa depan ekoran inflasi. Kedua, bilangan kes penyakit kronik yang tinggi. Walaupun teknologi perubatan semakin maju, bilangan penghidap bagi penyakit kronik juga meningkat.

Penyakit kronik termasuk kanser, buah pinggang, sakit jantung, kelumpuhan, penyakit hati kronik, HIV, encephalitis dan lain-lain lagi. Kos perubatan bagi penyakit ini memang tinggi kerana ia membabitkan rawatan yang berterusan dan konsisten. Ikatan kekeluargaan kian lemah Ketiga, struktur ikatan kekeluargaan yang semakin lemah.

Pada waktu dahulu, budaya kekeluargaan dalam majoriti penduduk sangat kuat dengan anggapan bahawa anak akan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Namun, budaya ini sudah berubah mengikut peredaran masa. Keperluan dan perbelanjaan ibu bapa yang sudah tua, tidak lagi menjadi perhatian anak-anak. Anak akan lebih selesa dengan kehidupan peribadi mereka sendiri.

Faktor terakhir ialah peningkatan umur penduduk. Dalam satu kajian disimpulkan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menghadapi bilangan penduduk tua yang meningkat disebabkan oleh taraf kehidupan semakin baik dan kemajuan dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan.

Jangka hayat meningkat Jangka hayat kelahiran rakyat Malaysia dijangka bertambah bagi perempuan dan lelaki masing-masing daripada 75 tahun dan 70 tahun pada 2000 kepada 79 tahun dan 75 tahun pada 2020. Dengan meningkatnya jangka hayat dan menurunnya kadar kelahiran, peratus penduduk berusia 55 tahun dan ke atas dijangka meningkat kepada 14 peratus pada 2020 berbanding sembilan peratus pada 2000.

Tahap kesihatan pada usia lanjut akan merosot dan ini secara langsung mempengaruhi keperluan kepada penjagaan kesihatan semakin tinggi.

Berasaskan kepada empat faktor ini, masyarakat seharusnya lebih peka dengan kepentingan takaful perubatan dan kesihatan kerana peranan dan fungsinya dalam memberikan sokongan kewangan yang lebih terjamin dan pada masa sama, membiayai kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat pada hari ini. Ia juga akan memastikan masyarakat mencapai sumber kewangan yang lebih bebas bagi menikmati kehidupan lebih terjamin dan sejahtera pada usia yang semakin tua pada suatu masa nanti.

Penulis ialah pensyarah di Program Perkhidmatan Kewangan dan Pengurusan Risiko, UKM.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/137732

Konsultant Takaful Anda

Ahmad Hanizam Abdullah

019-7589774

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s