Beza insuran konvensional VS takaful yang kita semua patut tahu

Semua orang ada ambil insuran, kan?

Sebagai umat Islam, kita digalakkan mengambil insuran yang berlandaskan agama supaya ia terjamin suci.

Tapi, tahu tak kita pasal perbezaan antara insuran konvensional dan insuran takaful?

Bagi yang belum tahu, mari hadamkan bersama-sama perkongsian ilmu Tuan Ariff Shahini.

Apa beza ketara 2 jenis insuran ini?

Kalau nak cerita pendek dia, takaful ni adalah produk yang fungsinya sama macam insuran konvensional. Cuma ia lebih terjamin kesuciannya.

Manakala insuran konvensional pula tak terjamin kesuciannya. Kalau nak cerita panjang, teruskan pembacaan.

Apa yang anda patut tahu tentang insuran konvensional.

insuran-konvensional

Konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point bawah ni:

1) Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.

2) Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai.

Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan sama ada halal atau tak akan ditolak tepi.

3) Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.

4) Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan pelan yang diambil.

Apa yang anda patut tahu tentang insuran takaful.

takaful-konsep

(Sumber gambar: http://bijaktakaful.com)

Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful.

Dana dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan.

Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong-menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.

Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan, di mana takaful tak mengambil semua pendapatan daripada pelaburan.

Ini adalah konsep takaful:

1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful.

Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.

2) Bayaran fi wakalah adalah jelas dan nyata, dan tak ada bayaran lain yang tersembunyi.

Dalam dokumen polisi, akan ditunjukkan berapa fi wakalah yang korang bayar sehingga tempoh matang polisi.

3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah.

Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.

4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.

5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.

6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi.

Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma / tolong-menolong.

Kelebihan konsep takaful terletak pada saiz dananya. Syarikat takaful yang popular, sudah lama bertapak dan dikenali ramai mempunyai dana takaful yang besar.

Bermakna, kalau apa-apa yang buruk berlaku, tabung takaful mampu bertahan lama.

Selain daripada itu, syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai porfolio dana yang teguh, dan pulangan dana pelaburan yang lebih baik berbanding syarikat yang lebih muda.

Kenapa pelan insuran takaful tak sehebat pelan insuran konvensional?

Kalau dibandingkan manfaat takaful dengan insuran konvensional, korang akan nampak sedikit perbezaan pada plan takaful.

Ini memang wujud kat mana-mana sahaja syarikat takaful yang mempunyai produk insuran konvensional.

Hal ini adalah kerana produk takaful masih baru, kira-kira 10 tahun sahaja sejak ia mula dilancarkan dulu. Dari segi pembangunan dana dalam tabung takaful, ia masih lagi kati peringkat awal.

Untuk insuran konvensional, dana insuran adalah kepunyaan syarikat dan sudah lama bertapak biasanya mempunyai aset yang lebih banyak.

Majoriti syarikat insuran konvensional sudah bertapak berpuluh tahun lamanya.

Prudential Assurance Malaysia telah bertapak di negara kita sejak tahun 1924 lagi dan telah menyambut ulang tahunnya yang ke-91 pada tahun 2015.

Adalah tanggungjawab kita untuk menyokong produk takaful supaya produk ini terus berkekalan sehingga ke generasi seterusnya.

Mungkin korang atau saya tak dapat rasa manfaat yang lebih baik atau setara berbanding insuran konvensional. 

Tapi siapa tahu. Satu hari nanti, mungkin generasi kita yang seterusnya akan dapat merasainya.

Kenapa kita patut utamakan pelan takaful dulu daripada insuran konvensional?

Sebagai orang Islam, diwajibkan untuk kita mencari rezeki daripada sumber yang halal.

Disebabkan segala tuntutan daripada pelan insuran konvensional datang daripada dana syarikat insuran (yang mendapat pendapatan daripada sumber yang tak patuh syariah), secara automatiknya ia dianggap mendapat manfaat daripada sumber yang tak patuh syariah.

Bukankah kita dah menyusahkan diri bila gunakan pelan insuran konvensional?

Bayangkan. Korang berusaha setiap hari mencari rezeki yang halal dan tak buat apa-apa yang melanggar syariat untuk mencari pendapatan.

Tapi bila sakit, manfaat perubatan yang korang dapat datang daripada sumber yang korang cuba elakkan ini.

Lebih teruk lagi, sekiranya korang meninggal dunia nanti, pampasan nyawa korang datang daripada sumber yang tak diberkati.

Dan pampasan inilah yang akan digunakan oleh anak-anak korang untuk teruskan hidup. Korang tak rasa bersalah ke dengan hakikat ini?

Sekiranya korang masih memegang polisi insuran konvensional, bertukarlah ke polisi takaful sekarang.

Dalam mencari rezeki, adalah tanggungjawab kita untuk pastikan ia berasal dari sumber yang bersih, supaya ia diberkati Allah S.W.T.

Kalau tak berkat, takut nanti anak bini termakan duit yang berasal daripada pelaburan yang tak patuh syariah.

Kalau korang tengah gunakan insuran konvensional, masih sempat untuk buat perubahan. Bertindak segera.

12373213_1659695257637878_8232492695106792581_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s