Posted in Manfaat takaful

Apa Itu Takaful?

Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Konsep ini bertujuan menggalakkan tolong-menolong dan perpaduan di kalangan masyarakat selari dengan konsep taa’wun (kerjasama).

Istilah Takaful yang digunakan dalam perniagaan adalah konteks insurans yang dijalankan secara Islamik. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Takaful yang ingin saya kongsikan di sini  adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari).  Sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur-unsur yang tidak sepatutnya ada dalam sitem islam iaitu Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian).

Untuk memastikan perniagaan ini tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, pemilik syarikat Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s