Referral Sebagai Alat Pemasaran

referrals

Referral ialah keadaan di mana orang lain yang mencadangkan nama kenalannya kepada kita untuk kita jumpa dan buat presentation.

Biasanya pelanggan sedia ada akan memberikan nama dan nombor telefon rakannya dan membenarkan kita memberitahu namanya jika rakannya bertanya dari mana kita mendapt nombor telefonnya. Namun ada juga yang sudi memberikan nama dan nombor telefon kenalannya tetapi enggan namanya dikaitkan. Dalam perkara ini kita kenalah pandai menggunakan “seni” panggilan telefon supaya dapat menjaga perasaan kedua-dua belah pihak tadi.

Mengikut kebiasaannya, prospek yang kita dapat daripada referral agak mudah untuk diterangkan berkenaan dengan servis dan pelan perancangan kewangan kita. Kadar penutupan kes (closing rate) untuk kes-kes referral sebegini biasanya agak tinggi.

Kita juga boleh meramalkan keadaan kewangan prospek dan pangkat pekerjaan prospek yang direfer kepada kita. Contohnya jika kita mempunyai rakan yang berjawatan pengurus, sudah semestinya dia berdampingan dengan rakan-rakan yang satu level pengurus dengannya.

Jadi, saya biasanya akan mengamalkan tabiat meminta nama rakan dan keluarga klien sedia ada saya untuk bisnes takaful ini. Saya telah memformatkan satu borang referral yang mengandungi data-data seperti nama, nombor untuk dihubungi, pekerjaan, umur, dan seabagainya untuk diisi oleh klien sedia ada saya.

Biasanya saya akan memberi sedikit ole-ole untuk klien saya yang sudi memberi nama (referral) rakan-rakan merreka kepada saya.

Jadi amalkan meminta referral daripada klien sedia ada. Jika amalan ini telah menjadi sebati dengan kita, insyaAllah kita tidak akan kering prospek untuk didekati dan ini akan menjamin kelangsungan bisnes kita. InsyaAllah.

Sama-sama kita amalkan dengan tabiat meminta referral.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s