Posted in Manfaat takaful

Kenapa saya tidak ambil takaful?

takaful-wakala-explained1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam satu perbualan dengan seorang bakal pelanggan, setelah dia faham akan kepentingan perlindungan dan pelan perlindungan untuk anaknya, dia melontarkan soalan:

‘Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans / takaful?’

Kadang-kala soalan yang sama berlegar dalam fikiran saya. Mulanya dulu saya pun hairan tetapi lama kelamaan saya akur. Melalui pengalaman berhadapan dengan orang ramai, memang apa yang diperkatakan oleh pelangga di atas ada benarnya. Setiap orang mempunyai pemahaman yang berlainan.

Malah, ada yang ekstrim yang menggelarkan ejen takaful seperti meminta sedekah. Sedangkan jika kita faham, kewujudan ejen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah melanda. Adakah ejen itu meminta sedekah jika usaha ejen itu adalah menyelamatkan dia daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah?

Fikirkanlah.

SEPULUH alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil insurans / takaful adalah:

  1. Saya tidak ada duit.
  2. Saya tidak percaya ejen insurans / takaful.
  3. Saya tidak percaya insurans / takaful.
  4. Saya ada simpanan dan perlindungan lain.
  5. Saya tidak percaya syarikat insurans / takaful.
  6. Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan.
  7. Saya masih lagi muda.
  8. Saya tiada tanggungan.
  9. Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans / takaful.
  10. Saya kena berhenti merokok.

Dan saya ingin menambah satu lagi, saya TIDAK TAHU, tidak mahu ambil tahu dan TIDAK PEDULI.

Walauapapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan insurans / takaful adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.

Sebab yang paling utama bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan adalah supaya keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekrang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.

Nota: Perkongsian oleh Eyka Syameera.

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s