Perbezaan simpanan di takaful berbanding ASB

2837-heba-ipsl-607x210-spotlights

Mari saya kongsikan bersama anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan konsep takaful itu:

Takaful membawa konsep “Simpanan” dan “Perlindungan”. (saling melindung, saling menjamin)

Jika anda menyimpan wang di Bank, mahupun ASB, kita hanya mempunyai simpanan (saving) sahaja.

Jika secara tiba-tiba diri kita ditimpa dengan musibah seperti kemalangan, kematian, dimasukkan ke wad untuk jangka masa yang lama, diri anda atau waris anda hanya akan mendapat jumlah wang yang tersimpan dalam akaun-akaun yang disebutkan tadi mengikut jumlah setakat yang anda simpan selama ini.

Tapi, jika anda mempunyai akaun takaful, sekiranya ditakdirkan berlakunya musibah seperti yang dinyatakan tadi, pihak takaful akan memberi anda sejumlah wang (sebagaimana ditandatangani dalam kontrak)

Biasanya jumlahnya mencapai sehingga puluhan/ratusan ribu ringgit yang akan diberi secara lump-sum kepada peserta yang mengambil polisi takaful tersebut tanpa menjejaskan simpanan mereka dalam akaun takaful tadi walaupun anda baru menyumbang sebanyak 2 – 3 kali sahaja bayar caruman takaful.

Anda boleh lihat kelebihan takaful di mana ia gabungan kedua-dua konsep iaitu menyimpan dan melindungi diri anda serta orang-orang tersayang daripada kejadian yang tidak diingini dalam hidup anda.

Anda masih boleh menyimpan di ASB / bank  sebenarnya cuma simpanan di takaful disekalikan pula dengan kad perubatan dan  pada waktu kecemasan seperti perlu dibedah segera, kita dah ada dana yang boleh membiayai iaitu nilai dalam kad perubatan kita. 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s