Apa itu takaful

cropped-2837-heba-ipsl-607x210-spotlights.jpg

Dari percakapan biasa, takaful merujuk kepada skim perlindungan seperti juga insurans tetapi secara Islamik. Atau lebih mudah disebut insurans Islamik.

Hakikatnya…

Menurut bahasa, takaful bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.

Dalam Akta Takaful 1984 pula, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Di sini jelaslah bahawa takaful mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang lebih menitik beratkan perasaan saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama peserta. Ia bukanlah hanya sekadar membayar untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja tetapi lebih kepada derma yang bermanfaat dan kena pada sasaran yang tepat.

Wang yang disumbangkan setiap bulan itu dikumpulkan, dilaburkan dan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta-peserta yang ditimpa musibah.

Saya sedia meluangkan masa untuk terangkan kebaikan dan manfaat takaful dengan anda.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s