Posted in Perancangan Kewangan

Perancangan Kewangan Untuk Masa Depan

15535_182117279035_593934035_2759188_6572943_n

Merancang untuk pembelajaran anak, tahun persaraan, dan mengenal pasti cara yang terbaik mewariskan harta kepada bakal pewaris anda. Terdapat dua pelan gaji persaraan iaitu persaraan ditaja majikan dan pelan persaraan individu.

Baiklah mari kita sama-sama belajar tentang sebahagian elemen dalam perancangan kewangan yang anda rasa ‘sukar’ ini:

1. Pengurusan Aliran Tunai

Berfungsi untuk menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang sedia ada). Secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.

2. Perancangan Pelaburan

Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.

3. Perancangan Insurans

Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.

4. Perancangan Cukai

Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.

5. Perancangan Persaraan

Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.

6. Perancangan Harta

Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.

Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.

Proses Perancangan Kewangan Peribadi anda melibatkan enam elemen ini iaitu:

  1. Menilai kedudukan kewangan semasa anda.

  2. Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda.

  3. Menentukan tindakan yang perlu diambil

  4. Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda

  5. Mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakannya

  6. Mengkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda

Memandangkan keperluan anda adalah berbeza-beza mengikut umur dan keutamaan, keutamaan kewangan anda akan diselaraskan untuk memenuhi keperluan tersebut pada waktu yang berlainan dalam hidup anda.

Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah penting dan berfaedah untuk ditekankan di sini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu membuat simpanan dan menabung mulai sekarang.

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan!

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s