GREAT EASTERN TAKAFUL AGIH LEBIHAN PENGUNDERAITAN DAN KEUNTUNGAN PELABURAN KEPADA PARA PEMEGANG SIJIL TAKAFUL

images

Siaran Akhbar
Untuk Hebahan Segera

GREAT EASTERN TAKAFUL AGIH LEBIHAN PENGUNDERAITAN DAN
KEUNTUNGAN PELABURAN KEPADA PARA PEMEGANG SIJIL TAKAFUL

Kuala Lumpur, 17 Jun 2016 – Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah mengagihkan lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan kepada para pemegang sijil takaful mereka bagi tahun kewangan berakhir 2015. Pelanggan GETB yang layak akan menerima kadar serata daripada lebihan pengauderaitan dari dana Tabarru.

Kumpulan dana ini disumbangkan oleh para peserta dengan niat untuk membantu di antara satu sama lain sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Pada masa yang sama GETB juga mengagihkan hasil pelaburan daripada Akaun Individu Peserta (PIA), yang merupakan akaun simpanan
para pemegang sijil takaful.

Encik Zafri Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful berkata, “Kami gembira untuk mengumumkan pengagihan kedua-dua iaitu lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada tahun 2015. Ini dapat dicapai dengan berasaskan pertumbuhan perniagaan yang kukuh dan amalan pengurusan risiko yang mantap.

Lebih 380,000 para pemegang pelan sijil takaful keluarga yang layak menerima pengagihan ini, dari pelbagai produk yang innovatif dan tidak hanya terhad hanya kepada i-Great Damai, i-Great Amal, i-Great Teras, i-Great Idaman, Pelan Takaful Berkelompok malah melibatkan pelan berkaitan kredit turut menerima bahagian dari lebihan pengunderaitan
dan keuntungan pelaburan berjumlah RM20.4 juta.

Encik Zafri menambah, “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana meletakkan kepercayaan mereka kepada kami serta memiliki produk kami. Kami akan terus menguruskan pelaburan dan dana Tabarru
dengan penuh berhemah”.

Hari ini Great Eastern Takaful melindungi dan memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 rakyat Malaysia dengan syer pasaran sebanyak 7.4%.

-Tamat-

Mengenai Great Eastern Takaful Berhad

Great Eastern Takaful Berhad adalah sebuah syarikat usaha sama di antara I Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Syarikat telah mencapai pelbagai kemajuan di mana ia dinamakan ‘Institusi Terbaru Islamik Terbaik 2011’; ‘Institusi Terbaru Takaful Terbaik’ pada 2012;
dan ‘Pengendali Takaful Terbaik (Asia)’ pada 2013 di ‘Islamic Business & Finance Awards’ di Dubai.
______________________________________________
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Zarina Idris, Brand & Marketing Communications, Tel: 03 4259 8336

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s