Posted in Buletin

Ukuran sistem penjagaan kesihatan: Kita bakal gagal?

ubat

Cuba bayangkan 10 pesawat jumbo terhempas setiap minggu selama satu tahun atau keseluruhan penduduk Petaling Jaya meninggal dunia. Jumlah ini adalah antara 210,000-400,000 kematian di Amerika Syarikat yang berpunca dari kecuaian perubatan setiap tahun berdasarkan laporan Institute of Medicine (2013). Sistem penjagaan kesihatan di Amerika mengalami kegagalan.

Ironinya, Amerika mempunyai sistem penjagaan kesihatan swasta terbesar di dunia dan membelanjakan lebih banyak berbanding mana-mana negara untuk sistem penjagaan kesihatan swasta dan juga awam yang mencecah AS$2.8 trilion. Jumlah perbelanjaan ini untuk setahun lebih besar berbanding nilai ekonomi United Kingdom yang berjumlah AS$2.6 trilion atau ekonomi Perancis yang berjumlah AS$2.7trilion. Sekiranya tiada perubahan yang dilakukan kepada sistem penjagaan kesihatan negara ini, kita mungkin akan menjadi seperti Amerika. Jadi, bagaimanakah prestasi Malaysia sebenarnya?

Penduduk berusia dan mengukur prestasi penjagaan kesihatan

Menjelang 2030, penduduk Malaysia akan menua seperti Jepun. Asia dan Malaysia, khususnya, ialah salah satu kelompok penduduk paling pantas berusia di dunia. Menurut Asia Pasific Risk Center (APRC) yang berpangkalan di Singapura, situasi penuaan rantau ini akan mengakibatkan kos penjagaan kesihatan sebanyak $20 trilion pada 2030.

Jepun membelanjakan 8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk penjagaan kesihatan; yang 80 peratus daripada perbelanjaan ini dibiayai oleh kerajaan. Sedangkan Malaysia ketinggalan di belakang dengan hanya 4.4 peratus KDNK diperuntukkan untuk penjagaan kesihatan dan hanya 52.4 peratus dibiayai kerajaan. Jumlah keseluruhan perbelanjaan penjagaan kesihatan awam dan swasta ialah RM50.3 bilion – 93 peratus dibelanjakan untuk kos operasi dan hanya 7 peratus diperuntukkan untuk pembangunan.

Peratusan KDNK yang dibelanjakan untuk penjagaan kesihatan meletakkan Malaysia pada kedudukan 156 dunia. Majoriti rakyat Malaysia menggunakan kemudahan penjagaan kesihatan awam. 75 peratus rakyat Malaysia menggunakan sistem rawatan hospital dan 90 peratus rakyat Malaysia menggunakan sistem pesakit luar penjagaan kesihatan awam. Walaupun begitu, kerajaan hanya membelanjakan 52.4 peratus untuk penjagaan kesihatan. Ini membuktikan dua perkara; kos yang lebih tinggi untuk kemudahan swasta dan keupayaan majoriti rakyat untuk menggunakan sistem penjagaan kesihatan swasta.

Cubaan untuk merumuskan sistem penjagaan kesihatan dalam hanya sebuah rencana bukan satu kerja mudah. Sistem penjagaan kesihatan adalah rumit, kerana ia mempunyai pelbagai indikator yang perlu diukur dengan tahap prestasi yang berbeza. Ini termasuklah pesakit, doktor, pembekal perubatan, rangkaian niaga, serta agensi yang menyelia aktiviti penjagaan kesihatan, termasuk pihak kerajaan.

Bagaimana kita mahu mengukur penjagaan kesihatan sebuah negara?

Sebuah sistem pengukuran prestasi penjagaan kesihatan yang berkesan sangat penting dalam memastikan kita tidak mengikut jejak langkah Amerika. Sebuah pelan pemantauan yang secara berterusan boleh memastikan peningkatan kualiti, keberkesanan, kebertanggungjawaban dan paling mustahak kemampuan.

Pengukuran ini juga perlu meliputi keseluruhan aspek penjagaan kesihatan termasuklah kepuasan pesakit, kecekapan pengamal perubatan, utilisati perubatan, kualiti klinikal, peralatan, teknologi dan prestasi kewangan.

Bagaimana kita mengukur prestasi? Sekiranya kemampuan menanggung kos kesihatan menjadi ukuran, kos melahirkan bayi di hospital di United Kingdom dan Australia dengan tempoh tinggal di hospital selama 2.6 hari ialah pada kadar median sebulan gaji berbanding median gaji tiga bulan di Malaysia. Kos melahirkan anak sengaja dipilih sebagai contoh kerana kehamilan dan kelahiran merupakan sebab nombor satu kemasukan ke hospital iaitu 19.9 peratus untuk hospital awam dan swasta (Kementerian Kesihatan, 2016).

Statistik penjagaan kesihatan terpilih di bawah boleh menjadi ukuran bagi mengukur kedudukan Malaysia.

statistik

sumber: Malaysiakini.com

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s