Posted in Manfaat takaful

Universalnya Takaful

images

TAKAFUL telah menjadi pilihan perlindungan kewangan yang sesuai untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama, terutama kepada mereka yang cenderung terhadap pengamalan syariah.
.
Takaful yang bersifat universal ini dapat dilihat melalui aspek bagaimana Islam memberikan kemudahan kepada umatnya untuk bertransaksi sesama manusia walaupun berlainan agama.
.
Jika kita selusuri sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah melakukan transaksi dengan orang Yahudi seperti membeli makanan secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda.
.
Dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada larangan untuk bertransaksi dengan orang bukan Islam asalkan perkara yang ditransaksikan tersebut tidak mempunyai elemen yang diharamkan seperti penipuan, judi, riba dan sebagainya.
.
Aspek universal dapat dilihat daripada konsep takaful itu sendiri. Takaful direka berdasarkan konsep Ta’awun iaitu peserta akan membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.
.
Konsep ini merentas agama dan bangsa dengan fitrah manusia untuk melakukan kebaikan terhadap orang lain. Maka tidak timbul persoalan bolehkah orang bukan Islam menyertai takaful walaupun ia adalah satu produk patuh syariah.
.
Melalui konsep ini juga, semangat harmoni dapat dilahirkan dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam kerana mereka telah berjanji untuk menyumbang sejumlah wang bagi meringankan beban sesama mereka.
.
Perkara seperti ini merupakan salah satu tuntutan agama dalam menjaga hak sesama manusia seperti mana firman ALLAH SWT. dalam surah Al-Maidah ayat 2, ALLAH telah berfirman kepada orang yang beriman yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa”. Bolehkah orang bukan Islam memasarkan produk takaful?
.
Aspek universal ini juga menggalakkan takaful dipasarkan oleh ejen takaful dari kalangan mereka yang bukan Islam. Kita mungkin berasa pelik dan berfikir, mampukah ejen-ejen ini menjelaskan segala istilah-istilah dan aplikasi syariah dalam produk takaful tersebut?
.
Hal ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana seseorang tidak mengira agama akan menjalani proses yang sama untuk bergelar ejen takaful iaitu lulus ujian dan keperluan menghadiri latihan yang ditetapkan.

.
Dari sudut syariah pula, orang bukan Islam juga dibenarkan untuk memasarkan takaful, asalkan mengikut Universalnya Takaful Firman ALLAH SWT. dalam surah Al-Maidah ayat 2, ALLAH telah berfirman kepada orang yang beriman yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa”. lunas-lunas syarak. Dalam satu riwayat yang masyhur, Umar al-Khattab RA pernah berkata, “Janganlah seseorang berdagang di pasar kami kecuali mereka yang faham selok-belok riba”.

.
Maka, selagi mana seseorang itu mampu memahami perbezaan antara insurans konvensional dan takaful, terma-terma yang wujud dan konsep istilah-istilah yang diguna pakai, dia sudah dikira layak untuk memasarkan produk takaful. Ini dibantu pula dengan takaful yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.
.
Dari sudut manfaat takaful itu sendiri, aspek universal juga amat jelas. Manfaat takaful akan dibahagikan mengikut penama yang telah dilantik oleh peserta. Jika penamaan tidak dibuat, maka bagi peserta Muslim, manfaat takaful akan dibahagikan mengikut faraid manakala peserta bukan Islam, manfaat tersebut dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
.
Takaful merupakan satu mekanisme dakwah yang boleh digunakan untuk mempromosikan pengurusan kewangan Islam. Keterlibatan orang bukan Islam dalam takaful sedikit sebanyak memberikan lebih pemahaman terhadap ajaran Islam yang sentiasa memastikan ketelusan dan keadilan dalam setiap transaksi yang dilakukan.
.
Ini memperlihatkan kelebihan sistem kewangan Islam dan takaful itu sendiri. Wallahu’alam.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s