Posted in Buletin

Tidak tahu urus hartanah pusaka, orang Melayu rugi RM38 bilion

image

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Orang Melayu dianggarkan kerugian kira-kira RM38 bilion aset yang terdiri daripada hartanah seperti rumah, tanah dan wang daripada pelbagai institusi kewangan akibat sikap kurang kesedaran mengenai pengurusan hartanah pusaka.

Pakar Perancang Harta Pusaka Islam As Salihin Trustee Berhad, Norisah Ibrahim berkata, anggaran kerugian itu dicatatkan pada 2007 dan mungkin bertambah jika tahap kesedaran pengurusan awal perancangan wasiat masih rendah.

“Dianggarkan hanya 200 orang Melayu melakukan perancangan wasiat berbeza dengan orang bukan Melayu, iaitu 800 orang. Ini menunjukkan tahap kesedaran masih rendah kerana sesetengah masyarakat kita tidak peduli betapa pentingnya menguruskan harta pusaka.

“Mereka harus ingat kegagalan menguruskan harta pusaka boleh menyebabkan waris berdosa kerana kemungkinan mereka termakan hak orang lain secara batil.

Walaupun terdapat sistem faraid, pengagihan juga memerlukan penama sebagai waris untuk membenarkan harta diagihkan,” katanya semasa menyampaikan ceramah Pengurusan Risiko Hartanah & Pengurusan Hartanah Pusaka Islam pada Simposium Hartanah Utusan 2016 (SHU 2016) di sini hari ini.

Norisah berkata, akibat tidak melakukan perancangan harta pusaka boleh menyebabkan perpecahan keluarga dan ada sesetengah sanggup membunuh gara-gara tidak berpuas hati.

“Oleh itu, saya menyarankan supaya membuat urusan awal dan segera laksanakan wasiat ketika dalam keadaan sihat. Ini kerana jika sebaliknya wasiat boleh terbatal berikutan boleh wasiat itu boleh didakwa dilakukan dalam keadaan tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Dhinas Pejuang Takaful, Fadhilah Abdul Aziz berkata, pengurusan risiko dalam hartanah penting kerana ia bersifat panjang dan pelaburan pada masa hadapan.

Katanya, untuk jangka masa panjang, pihaknya menyarankan individu yang ingin melabur memilih Mortgage Level Term Takaful (MLTT) berbanding Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT).

“Kesedaran terhadap MLTT sangat rendah walaupun faedah lebih kepada MRTT. Contohnya, MLTT mempunyai simpanan pada masa hadapan berbeza MRTT tiada unsur simpanan, malah kita boleh menamakan waris sebagai penama berbanding MRTT yang meletakkan bank sebagai penama.

“Nasihat saya, jika hendak melabur dan memberi kesenangan kepada waris janganlah sekadar melabur sahaja. Tinggalkan warisan harta kepada waris dan bukannya warisan hutang,” katanya.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: