Posted in Buletin, Manfaat takaful

Caj wad, rawatan naik 50 peratus

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus mulai Disember ini.

Kenaikan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

Namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.

Difahamkan, taklimat berhubung kenaikan caj perubatan di hospital-hospital kerajaan itu sedang berlangsung secara berpe­ringkat melibatkan semua zon di seluruh negara sejak Oktober lalu.

Selepas itu, berkuat kuasa 1 Disember ini atau selewat-lewatnya awal Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan akan dinaikkan 50 peratus.

Dianggarkan sebanyak 75 pe­ratus daripada 31 juta penduduk negara ini memilih hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan berbanding hanya 25 peratus yang memilih hospital swasta.

Ketika ini Malaysia mempunyai 143 buah hospital kerajaan de­ngan 41,389 buah katil manakala 183 buah hospital swasta dengan 12,000 katil.

Satu sumber di Kementerian Kesihatan memberitahu, antara alasan utama kenaikan tersebut dise­babkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982.

Selain itu, kenaikan tersebut juga didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain.

sumber: Kosmo!

Kita sudah boleh lihat sekarang yang hospital kerajaan pun sudah mula tidak mampu menampung kos perubatan pesakit yang semakin tinggi. Langkah terdekat ialah dengan memiliki kad perubatan untuk setiap seorang. Persediaan awal amatlah penting.

Saya sedia membantu.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s