Penasihat Kewangan Takaful sebagai kerjaya pilihan

image

INDUSTRI takaful terus berkembang dengan disokong oleh peningkatan kesedaran orang ramai tentang sistem kewangan Islam dan pelbagai usaha yang dilaksanakan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam.

Takaful kini menjadi instrumen kewangan pilihan rakyat Malaysia yang tidak terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Perkembangan ini memperlihatkan tawaran alternatif terbaik dalam pengendalian dan pengurusan kewangan yang patuh syariah.

Berdasarkan perkembangan ini, keperluan dan permintaan untuk kerjaya dalam bidang ini juga turut terbuka luas.

Peluang kerjaya dalam industri ini turut meliputi pelbagai bidang seperti kewangan, sumber manusia, syariah, pelaburan dan sebagainya yang beroperasi dalam industri takaful.

Selain itu juga peluang kerjaya turut terdapat pada organisasi yang berkait rapat dengan pengurusan takaful seperti syarikat retakaful, syarikat broker takaful dan agensi perunding kewangan takaful.

Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan, menukar kerjaya kepada perunding takaful turut boleh dipertimbangkan. Penasihat kewangan takaful atau dikenali sebagai ejen takaful bertanggungjawab sebagai pengantara di antara pengendali takaful dan para peserta takaful.

Bagi menjamin kualiti para perunding, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah menggariskan beberapa panduan tatakelakuan yang perlu dipatuhi oleh setiap ejen yang mempromosikan takaful.

Dalam panduan tersebut, dijelaskan secara terperinci mengenai perkaraperkara yang harus dan yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang perunding.

Selari dengan kehendak syariah yang mementingkan hak kedua-dua pihak yang menandatangani kontrak, setiap ejen perlu memberi maklumat yang tepat mengenai sesuatu produk yang ditawarkan supaya keperluan bakal peserta takaful dapat dipenuhi.

Para ejen perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan konsep takaful dan faktor kepentingan perancangan kewangan. Mereka perlu arif dalam keseluruhan sistem takaful termasuk proses dalaman pengendalian serta pelan takaful yang ditawarkan.

Untuk itu, mereka yang memilih kerjaya sebagai penasihat kewangan takaful perlu menduduki dan lulus peperiksaan Takaful Basic Exam (TBE) yang menekankan keseluruhan aspek takaful.

Selain itu syarikat pengendali takaful juga akan memberikan latihan yang berterusan untuk memastikan para ejen takaful mereka mampu menangani sebarang kemusykilan bakal peserta berkaitan produk, manfaat, maklumat pelaburan dan segala yang berkait rapat dengan pemilihan sesuatu pelan perlindungan.

Sikap amanah dan prihatin seseorang ejen juga merupakan ciri penting untuk memastikan mereka terus menjadi pilihan.

Kerjaya ini bersesuaian kepada mereka yang tidak suka terikat dengan rutin pekerjaan biasa. Kebebasan waktu bekerja menanti mereka yang memilih kerjaya ini namun disiplin serta komitmen yang tinggi diperlukan untuk memastikan prestasi kerjaya berterusan.

Pelbagai kelebihan seperti faedah dan komisen ditawarkan oleh syarikat pengendali takaful kepada agensi perunding takaful yang dilantik untuk menghargai dan memberi ganjaran serta pengiktirafan di atas pencapaian mereka.

Pendapatan yang berasaskan komisen juga boleh menjanjikan pendapatan yang lumayan. Namun segalanya bergantung kepada komitmen dan usaha seseorang ejen itu. Usaha berterusan untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan akan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi.

Kadar kenaikan pendapatan dan jawatan boleh naik dengan mendadak setimpal dengan usaha yang dilakukan.

Ini berbeza dengan mereka yang hanya bekerja makan gaji iaitu yang hanya mengikut kenaikan pendapatan tahunan.

Para ejen adalah umpama usahawan yang menentukan sendiri kejayaan mereka serta jangka masa yang ingin dicapai untuk mendapat sasaran pendapatan yang diidamkan.

Pulangan pendapatan boleh mencecah jutaan ringgit dan mampu mengubah taraf hidup seseorang. Malah ganjaran yang diperoleh dalam kerjaya ini juga bukan hanya di dunia sahaja, malah ganjaran pahala insya-Allah akan berkekalan hingga ke akhirat kelak.

Secara keseluruhannya, industri takaful telah dapat melahirkan perunding kewangan Islam yang berwibawa dan berkaliber bagi memacu pertumbuhan industri serta memperlihatkan keindahan sebenar konsep takaful kepada masyarakat umum.

Takaful sudah tidak asing lagi kepada kita semua dan kerjaya sebagai perunding takaful boleh dipertimbangkan sebagai salah satu kerjaya pilihan pada masa ini.

Sila layari laman web kami di www. greateasterntakaful.com atau facebook.com/greateasterntakaful.com

sumber: Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s