Posted in i-Great Mega

Perlindungan tinggi dan fleksibel dengan i-Great Mega

capture

MENJALANI kehidupan dan menghabiskan usia yang masih berbaki dengan penuh ketenangan menjadi impian setiap insan.

Apabila segala yang diingini sudah dimiliki, keperluan dan tanggungjawab untuk orang tersayang telah dipenuhi, hari-hari yang dilalui akan lebih bererti.

Nikmat yang dikecap ini amat bermakna kerana bukan semua orang mendapat peluang serupa.

Demi memastikan keselesaan dan kelangsungan hidup tidak terjejas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, anda perlu mengambil pelan perlindungan takaful untuk diri sendiri dan keluarga.

Mempunyai pelan perlindungan takaful juga akan dapat memastikan komitmen bernilai tinggi anda seperti pembiayaan rumah, kereta dan aset-aset lain dapat diteruskan.

Dalam masa yang sama anda masih dapat mengekalkan gaya hidup seperti sedia kala.

i-Great Mega ialah Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan selama 30 tahun.

Ianya juga memberikan manfaat kewangan apabila berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan Kekal (HUPK) kepada orang yang dilindungi.

Tempoh bayaran caruman bergantung pada dua pilihan iaitu pelan pembayaran 10 tahun dan pelan pembayaran 20 tahun.

Jumlah perlindungan asas pelan ini bermula daripada RM500,000 dan anda layak menerima manfaat kesetiaan sehingga 40% pada akhir setiap tahun kelima pembayaran sijil.

Dengan i-Great Mega, sebarang lebihan pengunderaitan daripada Dana Tabarru’, setelah melakukan penyelarasan yang sesuai untuk tujuan kecemasan, akan dikongsi antara semua peserta dan pengendali Takaful dengan nisbah 50:50.

Bahagian peserta daripada lebihan tersebut akan dikreditkan semula ke dalam Akaun Unit Perserta (PUA) supaya anda mendapat lebih pulangan apabila sijil anda matang.

Anda boleh memilih daripada pelbagai dana yang diuruskan secara profesional dan tentukan kombinasi yang paling sesuai untuk anda.

Dana-dana itu ialah Dana i-Makmur, Dana i-Mekar dan Dana i-Majmuk.

Dana i-Makmur melabur dalam sekuriti pendapatan tetap Islam, contohnya sukuk kerajaan dan korporat serta deposit Islam. Bagi Dana i-Mekar, 80% hingga 100% pelaburan adalah dalam ekuiti berlandaskan Syariah yang mudah ubah dalam jangka pendek.

Dana i-Majmuk pula dilaburkan dalam campuran ekuiti berlandaskan Syariah, sekuriti pendapatan tetap Islam dan deposit Islam.

Manfaat yang diterima melalui pelan i-Great Mega tidak dikenakan cukai dan caruman yang dibayar mungkin layak mendapat pelepasan cukai. Pelan i-Great Mega ini terbuka bagi mereka yang berumur 19 tahun sehingga 60 tahun.

Pelan i-Great Mega turut menawarkan khidmat tambahan badal haji sekiranya peserta meninggal dunia.

Kewajipan haji peserta akan ditunaikan oleh badan atau organisasi yang berkaitan.

Bagi menikmati khidmat tambahan ini, peserta harus mengisi Borang Perkhidmatan Badal Haji.

Bagaimanapun, jumlah Perlindungan Asas mestilah mencukupi untuk pemotongan bagi perkhidmatan ini.

Sekiranya peserta meninggal dunia, jumlah daripada Manfaat Kematian yang telah dipersetujui oleh peserta akan disalurkan kepada badan wakaf yang dilantik oleh Great Eastern Takaful.

Khidmat ini ialah pilihan tambahan dan peserta bolehlah mengisi borang perkhidmatan wakaf untuk mendapatkan khidmat ini.

Senario ringkas i-Great Mega

Kamarul berumur 35 tahun dan telah mencarum dalam pelan i-Great Mega sejak 18/10/2016.

Beliau memilih tempoh bayaran caruman untuk 20 tahun dan memilih Dana i-Majmuk sebagai dana pelaburan pelannya.

Setiap bulan, Kamarul membayar caruman sebanyak RM300 untuk jumlah perlindungan bernilai RM500,000.

Pada 17/10/2021, beliau akan layak untuk mendapatkan manfaat kesetiaan sebanyak 5%.

Dia meneruskan pelan i-Great Mega ini sehingga tahun kedua puluh di mana beliau menerima manfaat kesetiaan yang selanjutnya pada akhir tahun ke-10, ke-15 dan ke-20 dan menikmati perlindungan untuk sepuluh tahun yang berikutnya. Beliau juga akan menerima manfaat matang apabila sijilnya matang pada tahun ke-30.

Sila layari laman web kami di  www.greateasterntakaful.com atau  facebook.com/greateasterntakaful.

Artikel ini dibawakan oleh Great Eastern Takaful

sumber: Sinar Harian

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

 

Advertisements

Author:

Saya membantu orang ramai merancang perlindungan pendapatan dan seterusnya mencapai ketenangan fikiran dalam hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: