Posted in Perancangan Kewangan

Urus pusaka perlu wang

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin kita tidak pernah terfikir, atau tangguh untuk berfikir.

Saat kita tidak lagi bernyawa, harta milik kita, termasuk akaun bank, tabung haji, asb dan sebagainya bukan lagi jadi milik kita. Ianya akan jadi harta pusaka.

Ketika waris mendaftarkan kematian kita di Jabatan Pendaftaran Negara, dalam masa 24 jam semua akaun bank kita akan dibekukan.

Kita mungkin punyai harta lain termasuk rumah yang perlu diuruskan MRTT (sekiranya ada), urus faraid, siapa yang layak untuk dapat dari harta peninggalan kita.

Urusan ini mengambil masa yang lama, bergantung kepada berapa banyak harta yang kita ada, dan yang pentingnya berapa cepat waris mulakan usaha untuk bertindak menguruskan harta pusaka.

SIAPA BAKAL URUSKAN HARTA PUSAKA KITA?

Anda sudah lantik siapa yang akan uruskan harta dan juga hutang yang ada untuk dia/ mereka selesaikan?

Walaupun Mati itu Pasti, saya dapati ramai antara kita ‘take for granted’, tidak lantik siapa yang bakal uruskan harta pusaka dan hutang kita nanti. Kita pernah dengar tentang wasiat, kita ingatkan tak perlu buat sebab kita tak nak wasiatkan harta kepada orang lain, nanti pandai-pandailah waris uruskan.

Harta mungkin tak jadi isu, namun bagaimana dengan hutang?

Siapa yang bakal menjamin kepada orang di dunia untuk selesaikan hutang kita?

Namun harta juga jadi isu besar sekiranya waris bertelingkah tentang pengurusan, atau ada juga waris tak ambil kisah untuk uruskan harta si mati.

KERANA HUTANG SYURGA TERHALANG

Bila berlaku kematian, selain daripada kos pengurusan harta pusaka, nak gerak ke sana ke mari perlukan wang, duit saku, duit guaman, dan sebagainya, ada perkara yang paling penting untuk difikirkan oleh kita yang masih bernyawa ini, iaitu HUTANG.

Saya cukup risau dengan diri saya, dan setiap hari saya berpesan kepada isteri dan adik beradik saya agar gunakan wang peninggalan takaful untuk selesaikan hutang piutang saya. Dengan wang simpanan yang tak seberapa, memang tidak cukup waris selesaikan hutang piutang saya yang bertimbun. Inilah kehidupan kita di dunia berkonsepkan ekonomi kapitalis, akses kepada hutang itu terlalu senang. Bil telefon, internet, majlis perbandaran, ini pun dikira hutang juga.

Setakat ini dulu perkongsian dari saya, semoga apa yang saya nukilkan dalam emel ini memberi satu manfaat untuk anda agar mula rancang untuk fikirkan siapa dan bagaimana aset dan liabiliti kita akan diuruskan sepeninggalan kita suatu hari nanti.

Terima kasih.

Ahmad Humaizi
0193726080

Sekiranya berminat untuk sertai takaful, boleh hubungi saya.

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Consultant

011 56598769

 

Advertisements