Posted in Buletin

Lebih banyak produk modal Islam diperlukan – Sultan Nazrin

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Terdapat keperluan besar untuk mengembangkan produk modal Islam ba­gi memastikan pergantungan yang lebih rendah ke atas sistem perbankan, selain mewujudkan kestabilan kewangan yang lebih tinggi, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titah baginda, aset perbankan Islam hari ini menyumbang kira-kira 80 peratus daripada sistem kewangan Islam dunia, manakala produk modal Islam menyumbang baki 20 peratus.

Sultan Nazrin bertitah, asas utama pasaran modal Islam ialah pasaran sukuk dan ekuiti.

“Kedua-duanya telah meng­a­lami pertumbuhan positif dengan jumlah sukuk global hari ini bernilai AS$320 bilion (RM1.35 trilion). Secara puratanya dalam tempoh tiga tahun lepas, kira-kira satu perlima terbitan dalam bentuk korporat, manakala empat perlima terbitan membabitkan negara atau berkaitan negara.

“Pasaran sukuk secara keselu­ru­hannya berkembang, namun ke­dudukan pasaran sukuk korpo­rat berbeza, dengan merekodkan­ aliran menurun sejak empat tahun lepas. Ini perlu ditangani bagi mengubahnya,” titah bagin­da.

Menurut baginda, terbitan su­kuk sering dilihat sebagai sesuatu yang mahal, memakan masa dan kompleks, manakala ada berpendapat bahawa ini menghalang penyertaan peserta korporat walaupun ini mungkin mereka tidak biasa dengan produk berkenaan.

“Oleh itu, perlu ada usaha yang lebih bersepadu untuk mempromosi dan mendidik sektor korporat supaya mereka lebih bersedia untuk mengintegrasikan sukuk ke dalam rancangan kewangan korporat masing-masing. Mereka yang terlibat dalam produk mo­dal Islam juga perlu bekerjasama jika mahu pasaran sukuk korporat mencatatkan aliran menaik,” titah Sultan Nazrin.

Baginda juga menegaskan bahawa selain perlunya terbitan su­kuk korporat yang lebih tinggi, ekuiti dan dana Islam juga tidak mencatat prestasi yang baik.

“Kita semua telah mendengar kisah kejayaan indeks ekuiti Islam telah mengatasi indeks konvensional. Namun yang kurang diketahui ialah jumlah dana Islam dan saiz aset dana Islam semakin berkurangan.

“Daripada 1,100 lebih dana Islam yang ada, kurang daripada tiga suku mempunyai purata AS$25 juta (RM105.75 juta) Aset Dalam Pengurusan.

“Ini jauh berbanding purata AS$395 juta (RM1.67 bilion) yang digerakkan oleh dana konvensio­nal di peringkat global. Yang memburukkan lagi keadaan, kira-kira satu pertiga daripada 1,000 lebih dana Islam diklasifikasikan sebagai tidak aktif,” titah baginda.

Mengulas mengenai takaful, Sultan Nazrin bertitah, industri itu merupakan satu-satunya yang mengekalkan pertumbuhan dua digit, walaupun ini disebabkan oleh asas kecil penyumbang takaful.

Melalui 305 pengendali takaful dan takaful semula, jumlah aset takaful berjumlah AS$25 bili­on­­ (RM105.75 bilion) atau lebih sedikit daripada satu peratus daripada sistem ke­wangan Islam global. Namun, pe­nembusan insurans di keban­yakan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) masih rendah.

“Ia merupakan pasaran besar yang belum diteroka dan syarikat takaful perlu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menyediakan produk dan perkhid­matan inovatif kepada pe­langgan berpotensi mereka,” titah Sultan Nazrin.

Sementara itu, Kewangan Islam perlu meneroka teknologi kewangan (fintech) sejajar dengan keperluan pembiayaan global, titah Sultan Nazrin.

Titah baginda, ini adalah sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang mana teknologi individu sedang pesat dibangunkan dan memperkukuh­kan antara satu sama lain. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lebih-banyak-produk-modal-islam-diperlukan-8211-sultan-nazrin-1.533873#ixzz4vAFivlYR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements
Posted in Hibah

Jenis-Jenis Hibah Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pewarisan pusaka adalah tajuk yang paling banyak disentuh sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, saya mahu mengajak  dan memberitahu bahawa ‘lets back to basic’ iaitu mengapa tujuan takaful pertama kalinya ditubuhkan. Ramai ingat, takaful adalah kad medikal itu sendiri. Walhal, pada asalnya takaful itu wujud untuk melindungi dua perkara penting sahaja; (1) manfaat kematian dan (2) manfaat lumpuh kekal.

Elaun hospital, kad medikal, limit tahunan, pendidikan, simpanan persaraan dan lain-lain sebenarnya adalah ‘rider’ atau manfaat tambahan kepada pelan asal.

Hari ini saya mahu menyentuh apakah jenis hibah yang anda perlu tahu.

  1. Hibah Biasa
  2. Hibah Amanah
  3. Hibah Bersyarat

 

Hibah Biasa

Hibah adalah hadiah. Hakikatnya, hibah adalah satu transaksi yang mudah. Ada pemberi, ada penerima dan ada barang (hadiah). Dalam konteks ini, pemilik harta mahu memberikan harta kepada seseorang. Harta itu mungkin dalam bentuk rumah, tanah-tanah atau ladang-ladang.

Sudah pasti, hibah adalah sesuatu yang perlu diberi dalam keadaan kedua-duanya masih hidup. Bagaimana hibah biasa ini dilakukan?

Mudah sangat. Contohnya, seorang bapa mempunyai tanah 10 ekar dan mahu memberikan kepada anaknya. Pergi sahaja pejabat tanah, tukar nama dalam geran.

Bapa telefon anak dan meminta pulang ke kampung.

“Ali (nama anak), bapak nak bagi kau tanah ini. Bapak nak hibahkan ke nama kau. Geran rumah ini sudah ada nama kau. Jadi tanah yang ada kelapa sawit ini dan rumah ini sebenarnya sudah milik kau. 

Aku tak ada nanti (meninggal dunia), ini bukan harta pusaka aku. Jadi, tidak perlu difaraidkan sebab nama rumah nama kau dah. Tetapi bapak nak duduk sini sampai bapak mati. Nak duduk mana lagi kalau tak rumah ini? Bapak minta tumpang di sini. Geran ini bapa simpan dulu.”

Ini adalah contoh hibah biasa.

Bapanya tinggal di situ sehingga hembusan nafas terakhir.

Kalau anak ‘jahat’ sedikit, bagaimana?

Anak rasa suka dapat tanah. Boleh jadi cagaran untuk dapatkan tunai. Boleh suntik modal pelaburan di tempat lain. Disebabkan geran itu ada di tangan bapanya, sukar untuk anak itu buat cagaran.

Dijadikan cerita, anak itu pergi ke Pejabat Tanah. Melaporkan bahawa geran hilang, dapatlah geran baru. Pergi ke bank untuk buat cagaran pinjaman modal RM500,000. Rupanya pelaburan itu adalah skim pelaburan cepat kaya. Hangus la duit tersebut. Pinjaman tidak dapat dibayar. Tanah dilelong beserta rumah. Bapanya terpaksa keluar dari rumah tersebut dan menyewa di tempat lain sehingga meninggal dunia.

Hibah begini (hibah biasa) memang ringkas. Tetapi risiko kalau penerima hibah itu tiada sikap bertimbang rasa maka kes di atas mungkin berlaku.

Hibah biasa untuk rumah, kereta atau tanah perlulah harta tersebut harta yang mutlak (sudah habis buat pinjaman, misalnya).

 

Hibah Amanah

Hibah biasa ada tiga perkara;

  1. Pemberi hibah.
  2. Penerima hibah.
  3. Barang hibah.

Tapi untuk hibah amanah ada empat perkara;

  1. Pemberi hibah.
  2. Pemegang Amanah.
  3. Penerima hibah.
  4. Barang hibah.

Bapaknya mahu memberi tanah dan rumah kepada anaknya. Disebabkan kalau diberi terus, anaknya akan gelap mata dan tidak pandai menguruskan harta tersebut – bapaknya tidak beri secara ‘direct’ atau terus kepada anaknya. Takut, anaknya jadi boros, tidak berhati perut dan rakus.

Menguruskan risiko tadi (kemungkinan tidak baik), bapaknya melantik seorang pemegang amanah yang dipercayai mampu memikul tanggungjawab besar ini. Bapaknya memilih seorang peguam dalam hal ini, nama peguam adalah Peguam Abu.

Bapaknya telah mengamanahkan Peguam Abu. Kalau berlaku kematian, harta itu akan dipegang amanah oleh Peguam Abu dan perlu menyerahkan kepada anaknya kelak.

Ini bukan menidakkan hak orang lain dalam faraid, tapi untuk merancang lebih baik kepada anaknya kelak.

(Boleh rujuk kepada instrumen seperti Pri Hibah atau Amanah Hayat, boleh juga rujuk kepada syarikat pemegang amanah yang menawarkan instrumen begini)

 

Hibah Bersyarat

Hibah bersyarat adalah hibah yang khusus dan istimewa untuk takaful sahaja. Hibah bersyarat tidak boleh dilakukan untuk harta rumah, harta tunai, ladang-ladang atau kereta.

Hibah bersyarat juga perlu ada tiga perkara ini:

  1. Pemberi hibah iaitu pemunya sijil takaful.
  2. Penerima hibah iaitu penama, untuk tuntutan kematian.
  3. Barang hibah iaitu pampasan takaful.

Takaful keluarga (atau takaful nyawa) secara teorinya tidak mempunyai nilai tunai apabila pemunya sijil takaful itu hidup. Takaful akan menjadi barang hibah apabila berlakunya kematian – di sini barulah wujud barang hibah iaitu pampasan takaful itu sendiri.

Hibah Bersyarat mempunyai keistimewaan sendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Anda boleh rujuk sendiri di sini : Hibah Bersyarat.

Hibah bersyarat adalah salah satu instrumen untuk harta pusaka, dimana keluarga boleh mendapatkan tunai dalam keadaan cepat berbanding pengurusan harta seperti rumah dan kereta. Akta itu sendiri, menjaminkan bahawa syarikat takaful perlu membayar dalam masa 60 hari.

 

Pilih instrumen hibah terbaik untuk pengurusan harta pusaka anda.

 

Adib Yazid

Rujukan: https://wordpress.com/read/blogs/90386114/posts/9066

.

Saya sedia membantu.

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Consultant

011-5659 8769

Posted in i-Great Ameen

Hadiahkan pemberian kasih sayang dan amalan yang berterusan dengan i-Great Ameen

Pemberian yang berterusan

Memberi adalah satu amalan yang menyentuh kehidupan orang lain. Ia adalah satu sifat kasih sayang yang amat kuat dan satu amalan yang meninggalkan kesan berkekalan yang akan diingati oleh mereka yang tersentuh dengan kehadiran anda: keluarga anda. Sediakan pemberian yang berterusan ini untk melindungi warisan anda yang terpenting.

 

Manfaat-manfaat utama

  1. Pendaftaran mudah tanpa pengunderaitan perubatan
    • Kami memudahkan anda untuk mendapatkan perlindungan di hari tua anda.
  2. Caruman bulanan mampu bayar serendah RM100
    • Tetapkan tahap perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Caruman minima untuk i-Great Ameen adalah RM100=2 unit. Unit maksimum yang boleh anda miliki adalah 10.
  3. Tempoh perlindungan sehingga usia 85 pada hari lahir berikutnya
    • Anda akan dilindungi sehingga usia 85 pada hari lahir berikutnya supaya anda boleh menikmati hari tua anda dengan tenang.

 Tertakluk pada terma dan syarat

Saya sedia membantu. Hubungi saya sekarang.

==

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Consultant

011-5659 8769

Posted in i-Great Ameen

Warga Emas pun layak ada takaful

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hadiah yg amat bermakna untuk ibu bapa anda!!!
🎁🎁

GREAT EASTERN TAKAFUL telah melancarkan satu produk I-Great Ameen..khusus untuk warga emas (45-75 Tahun) tanpa melalui ujian kesihatan..maknanya jika sudah sakit juga layak sertainya….walau sedang terlantar di hospital juga…

Contoh Quotation FEMALE (Next Birthday : 45 Tahun)

Bayaran Bulanan RM100 (2 unit)

Tempoh perlindungan – 40 tahun (sehingga 85tahun)

Apa MANFAAT yang anda dapat ☺

☔Pampasan kematian akibat kemalangan 300% (pada umur 50-64thn) = RM 160,000 + Simpanan terkumpul

☔Pampasan kematian akibat kemalangan 150% (pada umur 65-75thn) = RM 100,000 + Simpanan terkumpul

☔Pampasan kematian akibat kemalangan (pada umur 76-85thn) = RM 40,000 + Simpanan terkumpul

☔Pampasan kematian bukan kemalangan (pada tahun 1 & 2 polisi bermula) = Bayaran yang telah dibuat selama ini akan dikembalikan

☔Pampasan kematian bukan kemalangan (pada tahun ke3 dan seterusnya) = RM 40,000 + Simpanan terkumpul
——————————

MANFAAT PAMPASAN :

● Melangsaikan hutang-piutang si mati (ayah/mak/nenek/atuk anda)

● Waris boleh mewakafkan dan menginfakkan pampasan bagi pihak si mati

● Khairat kematian

● Badal haji

● Perbelanjaan si waris (keluarga tersayang) yang ditinggalkan bagi kelangsungan hidup. Kos sara hidup semakin meningkat
—————————–

Untuk perhatian anda…setiap individu layak minimum 2 unit (RM 100/bulan) dan maximum 10 unit (RM500/bulan)

💙Unit ini terhad sehingga 6 Oct – 31 Dis 2017 CEPAT..CEPAT. ☺

💙Dari anda untuk yang tersayang.

💙Masih ada peluang untuk terus berbakti pd ibu bapa tersayang

Hubungi saya:

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Consultant

011-56598769

Posted in Tips Bisnes

Nasihat Daripada Mamat Yang Buat Jualan 12 Angka

Image result for warren buffet pics

1. “Semua orang boleh buat macam apa aku buat dan lebih lagi. Ada yang berjaya buat. Ada yang tak berjaya.

“Yang tak berjaya tu sebab diri sendiri yang halang jalan. Bukan sebab lain.”

2. “Baca 500 muka surat sehari. Macam tu la kumpul ilmu. Bertambah macam compound interest. Semua orang boleh buat. Tapi aku jamin tak ramai yang akan buat.”

3. “Kalau kau beli benda tak perlu. Lama-lama kau kena jual benda kau perlu.”

4. “Kau kena isi kepala otak dengan pendapat yang berlawanan. Lepas tu kau pilih mana yang paling masuk akal.”

5. “Harga ialah apa yang kau bayar. Nilai ialah apa yang kau dapat.”

6. “Jangan melabur dalam bisnes yang kau tak faham.”

7. “Kau tak boleh jaga masa kau sendiri melainkan kau selalu berkata TIDAK. Jangan biar orang lain set agenda hidup kau.”

8. “Apabila air surut, baru kau tahu siapa yang berenang bogel.”

9. “Kalau kau berada dalam bot yang bocor teruk, lagi baik pindah bot daripada sibuk menampal kebocoran.”

Semua ini versi terjemah yang telah dipermudah daripada kata-kata Warren Buffett.

Beliau ialah Pengerusi Berkshire Hathaway — jualan US$223 billion & pegangan aset US$620 billion (2016).

  • Dia suruh baca buku.
  • Dia suruh jadi pandai.
  • Dia suruh berfikir.

Adakah artikel ini bermanfaat?

Apa anda dapat daripada artikel ini?

~ Bukhari Ramli

==

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Consultant

011-5659 8769

Posted in Perancangan Kewangan

Urus pusaka perlu wang

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin kita tidak pernah terfikir, atau tangguh untuk berfikir.

Saat kita tidak lagi bernyawa, harta milik kita, termasuk akaun bank, tabung haji, asb dan sebagainya bukan lagi jadi milik kita. Ianya akan jadi harta pusaka.

Ketika waris mendaftarkan kematian kita di Jabatan Pendaftaran Negara, dalam masa 24 jam semua akaun bank kita akan dibekukan.

Kita mungkin punyai harta lain termasuk rumah yang perlu diuruskan MRTT (sekiranya ada), urus faraid, siapa yang layak untuk dapat dari harta peninggalan kita.

Urusan ini mengambil masa yang lama, bergantung kepada berapa banyak harta yang kita ada, dan yang pentingnya berapa cepat waris mulakan usaha untuk bertindak menguruskan harta pusaka.

SIAPA BAKAL URUSKAN HARTA PUSAKA KITA?

Anda sudah lantik siapa yang akan uruskan harta dan juga hutang yang ada untuk dia/ mereka selesaikan?

Walaupun Mati itu Pasti, saya dapati ramai antara kita ‘take for granted’, tidak lantik siapa yang bakal uruskan harta pusaka dan hutang kita nanti. Kita pernah dengar tentang wasiat, kita ingatkan tak perlu buat sebab kita tak nak wasiatkan harta kepada orang lain, nanti pandai-pandailah waris uruskan.

Harta mungkin tak jadi isu, namun bagaimana dengan hutang?

Siapa yang bakal menjamin kepada orang di dunia untuk selesaikan hutang kita?

Namun harta juga jadi isu besar sekiranya waris bertelingkah tentang pengurusan, atau ada juga waris tak ambil kisah untuk uruskan harta si mati.

KERANA HUTANG SYURGA TERHALANG

Bila berlaku kematian, selain daripada kos pengurusan harta pusaka, nak gerak ke sana ke mari perlukan wang, duit saku, duit guaman, dan sebagainya, ada perkara yang paling penting untuk difikirkan oleh kita yang masih bernyawa ini, iaitu HUTANG.

Saya cukup risau dengan diri saya, dan setiap hari saya berpesan kepada isteri dan adik beradik saya agar gunakan wang peninggalan takaful untuk selesaikan hutang piutang saya. Dengan wang simpanan yang tak seberapa, memang tidak cukup waris selesaikan hutang piutang saya yang bertimbun. Inilah kehidupan kita di dunia berkonsepkan ekonomi kapitalis, akses kepada hutang itu terlalu senang. Bil telefon, internet, majlis perbandaran, ini pun dikira hutang juga.

Setakat ini dulu perkongsian dari saya, semoga apa yang saya nukilkan dalam emel ini memberi satu manfaat untuk anda agar mula rancang untuk fikirkan siapa dan bagaimana aset dan liabiliti kita akan diuruskan sepeninggalan kita suatu hari nanti.

Terima kasih.

Ahmad Humaizi
0193726080

Sekiranya berminat untuk sertai takaful, boleh hubungi saya.

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Consultant

011 56598769

 

Posted in Cerita Takaful, i_Great Medimax

Tuan boleh cadangkan medical card untuk anak perempuan saya?

Kita ada dua jenis plan, plan yang terbaik adalah MENGIKUT BUDJET tuan, Jika budjet tuan rendah saya cadangkan ambil plan medical card sahaja untuk anak.

Tidak perlu ambil pakej yang sekali dengan takaful hayat (life) untuk anak.

Medical Card untuk Kanak-Kanak:

Bilik Wad RM200/hari (maksima 180 hari setahun)

Had Tahunan RM1,320,000

Tiada HAD Seumur Hidup

Coverage hingga umur 99 tahun

Rawatan pesakit luar bagi kes kemalangan

Elaun Wad jika dimasukkan Hospital Kerajaan

Manfaat rawatan Intercular lens

Rawatan pesakit luar bagi kanser & dialisis

Tiada ko-takaful

Tiada PWC

Renewal Guaranteed

Pampasan RM 15,000 kematian kemalangan

Diskaun 5% jika ambil untuk keluarga

Lebih 90 panel hospital seluruh negara

Dan lain-lain lagi

Caruman bulanan RM114 anak 0-5 tahun
Caruman bulanan RM91 anak 6-10 tahun
Caruman bulanan RM81 anak 10-15 tahun
Caruman bulanan RM83 anak 16-20 tahun
Caruman bulanan RM87 anak 21-25 tahun

Berminat?

www.wasap.my/601156598769

Ahmad Hanizam Abdullah
Takaful Consultant

011 5659 8769
Great Eastern Takaful Berhad
www.takafulbistari101.wordpress.com