Category Archives: Cerita Takaful

Alasan yang selalu kita dengar tentang takaful

“Aku tak perlu takaful-takaful ni, aku percaya pada rezeki Allah, nak buat perlindungan apa lagi, kalau dah nak mati, mati je la bukan boleh ubah apa pun.”
.
Memang betul kalau dah sampai ajal kita akan mati, tapi tuan nak mati yang macam mana?
.
Mati meninggalkan HUTANG atau mati meninggalkan WANG?
.
Apa guna amalan tuan selama ni jika roh tergantung disebabkan HUTANG.
.
Bagaimana nasib ANAK-ANAK DAN ISTERI?
.
makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan tempat tinggal untuk mereka?
.
Tahukah apabila tuan meninggal, segala harta dan wang simpanan akan dibekukan.
.
Kalau tuan pergi OUTSTATION pun tuan akan tinggalkan wang belanja untuk keluarga, tu baru outstation pun dah tinggalkan wang, padahal baru tinggal 5 hari.
.
Cuba bayangkan kalau tinggal keluarga untuk selamanya, berapa yang patut tuan sediakan?
.
Credit to Nakhaie
.
Ingin Mendapatkan Penerangan Percuma Berkenaan Produk Takaful Great Eastern? Hubungi Kami
.
Ahmad Hanizam +01156598769
Takaful Consultant

Perlukah Ambil Takaful untuk Anak-Anak?


.
Secara peribadi, saya boleh katakan yang berikut:
.
1) Utamakan Ketua Keluarga Terlebih Dahulu
.
– Ambil perlindungan pendapatan melalui instrumen takaful untuk ketua keluarga terlebih dahulu contohnya bapa. Selepas itu baru fikirkan tentang perlindungan takaful untuk Ibu, dan anak-anak.
.
2) Lihat Kemampuan/Bajet Sendiri
.
– Kos polisi takaful bagi anak-anak, biasanya dalam lingkungan RM100++ . Kalau mampu, boleh teruskan. Walaupun ibu/bapa ada polisi takaful, tidak semestinya ianya jaminan untuk hidup, kan?.
Apapun, saya masih merasakan, utamakan untuk ibu/bapa terlebih dahulu sebelum anak-anak.
.
Berita baik yang saya ingin kongsikan hari ini ialah, ada pakej perlindungan takaful dan medical card untuk famili pada harga yang sangat-sangat berpatutan.
.
Boleh contact saya sekarang di whatsapp 011-56598769 (Ahmad Hanizam Abdullah)
Takaful Consultant

Ambil tahu tentang sijil Takaful anda

SIJIL Takaful boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen perlindungan Takaful atau kontrak Takaful bagi Takaful Keluarga dan Takaful Am yang di dalamnya terkandung terma serta syarat yang dipersetujui antara peserta dengan pengendali Takaful.

Di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sijil Takaful Keluarga dan kemalangan diri didefinisikan sebagai sijil Takaful yang manfaat Takafulnya akan dibayar sebagai bantuan kewangan apabila berlaku kematian atau kemalangan diri, penyakit atau keuzuran.

Sijil Takaful akan diserahkan kepada peserta Takaful setelah segala proses berkaitan selesai dilakukan oleh pengendali Takaful.

Antara proses yang perlu dilakukan ialah pengisytiharan oleh peserta terhadap segala maklumat kesihatan dan menjawab segala soalan yang terkandung di dalam borang cadangan Takaful dengan telus dan jujur.

Manakala pihak pengendali Takaful pula akan melakukan proses pengunderaitan secara profesional bagi memastikan bakal peserta layak menyertai pelan Takaful berpandukan segala peraturan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan memenuhi tuntutan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, bukan hanya memikirkan faktor keuntungan semata-mata dengan penyertaan peserta baru.

Peserta dan pengendali Takaful serta ejen-ejen seharusnya berusaha untuk mengisytiharkan fakta material ketika membentuk dan mewujudkan kontrak Takaful.

Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan kesan yang buruk.

Sebagai contoh, peserta yang tidak mengisytiharkan rekod kesihatan mereka secara telus akan mengakitbatkan ketidakadilan dalam bayaran wang caruman ke dalam dana Tabarru’.

Ini kerana faktor kesihatan adalah salah satu kriteria dalam menentukan jumlah bayaran wang caruman demi memastikan keadilan terhadap sesama peserta Takaful apabila berlaku tuntutan.

Ejen-ejen Takaful pula perlulah bersikap berdisiplin dan amanah tanpa hanya memikirkan ganjaran kewangan yang bakal mereka terima dengan memastikan peserta Takaful cakna tentang perkara yang perlu mereka isytiharkan supaya tiada sebarang kemusykilan yang mungkin timbul di kemudian hari kelak jika pengisytiharan tidak dilakukan dengan telus.

Sementara itu, pihak pengendali takaful juga wajar mematuhi segala maklumat yang telah termaktub di dalam sijil Takaful sekiranya berlaku sebarang tuntutan yang layak diterima oleh peserta.

Akur dan memenuhi peraturan ketika memuktamadkan kontrak sijil Takaful dapat menjamin hak-hak kepada kedua-dua pihak pengendali Takaful dan juga peserta.

Hak peserta dan pengendali Takaful dalam sijil Takaful

Peserta boleh membuat aduan kepada Unit Aduan di syarikat pengendali takaful sekiranya hak mereka tidak ditunaikan mengikut kontrak takaful dan mereka juga boleh merujuk kepada Biro Pengantara Kewangan.

Biro ini merupakan salah satu badan bebas yang menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah di antara peserta/pengguna dengan syarikat penyedia perkhidmatan kewangan sebagai contoh pengendali Takaful.

Aduan ini boleh dipanjangkan kepada Bank Negara Malaysia sekiranya aduan di peringkat biro mencapai jalan buntu.

Pengendali Takaful pula berhak menamatkan atau membatalkan kontrak sekiranya peserta gagal memenuhi terma serta syarat di dalam sijil takaful. Segala aduan serta keputusan yang diperoleh adalah berdasarkan asas undang-undang yang ditetapkan dan bukan menurut emosi semata-mata.

Oleh yang demikian, sebaiknya pemilik sijil takaful mestilah memahami kandungan sijil Takaful mereka bagi mengenal pasti jenis perlindungan yang diberikan/ditawarkan dalam sesebuah pelan Takaful.

Ejen-ejen takaful memainkan peranan yang sangat penting kerana tidak ramai peserta yang mengambil berat tentang perkara ini dan demi memastikan tidak berlaku salah faham atau keluhan khasnya daripada peserta takaful tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap pengendali takaful.

Jika kedua-dua pihak dalam muamalah menerangkan segala aspek dalam transaksi yang mereka lakukan, membuat pengisytiharan secara jujur dan tidak menyembunyikan fakta yang material, mereka akan beroleh ganjaran keberkatan dalam muamalah mereka, Insya-ALLAH.

Sila layari laman web kami di www.greateasterntakaful.com atau facebook.com/greateasterntakaful

Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pilihan polisi takaful dengan Great Eastern Takaful?

Anda boleh whatsapp saya.

Ahmad Hanizam bin Abdullah

Takaful Advisor

011-56598769

Tips Kewangan Peribadi

image3

TIP KEWANGAN 1 MINIT

Sebelum nak buat :-

Tabung Rumah 🏡

Tabung Kereta 🚘

Tabung Haji✈️

Tabung Persaraan 👴👵

Buat dulu Tabung Takaful Income Replacement

Sebab Tabung Takaful Income Replacement yang akan JANA INCOME BULAN-BULAN FOREVER AND EVER, bermodalkan tak sampai 10% dari gaji bulanan anda.

Sebagai contoh, lelaki berumur 31 tahun, income RM5,000 sebulan. Ada tanggungan isteri dan anak-anak 2 orang

Setahun income anda bersamaan RM60,000.

Untuk anda jana income RM60,000 tiap tiap tahun (atau RM5,000 tiap- tiap bulan) pada kadar pulangan 8% setahun, anda perlukan MODAL RM750,000

Jadi, apa tindakan permulaan anda?

Nak invest dalam Properties terus RM750,000?

Loan RM750,000 (100% loan) selama 30 tahun pada kadar 4.5% setahun, membuatkan anda terpaksa bayar ansuran pinjaman sebanyak RM3,800 sebulan.

Mampu tak bayar loan RM3,800 sebulan sedangkan income anda RM5,000 je sebulan? Bank pun confirm reject loan anda sebab dah lebih dari kemampuan anda. Jadi, maka keluarlah strategi dari otai hartanah, suruh beli rumah sebiji sebiji dulu. Kumpul sikit sikit dulu. Nanti dapatlah hartanah RM750,000 selepas 10 tahun ke.

MASALAH DIA – Kalau tahun depan anda jatuh sakit kritikal dan hilang keupayaan bekerja selama-lamanya, macam mana?

Sebab itu saya sarankan, buat #TabungTakaful Income Replacement dulu.

Dengan caruman Takaful RM150-500 sebulan, anda dah DAPAT JAMINAN BERTULIS yang akan tanggung KERUGIAN KEWANGAN yang berlaku dalam hidup anda.

Kalau esok accident dan meninggal dunia, keluarga dah dapat gantirugi RM800,000 sekelip mata. Dengan duit tu, 750,000 boleh labur semula pada ASB kadar 8% setahun, untuk dapat pulangan RM60,000 tiap tiap tahun.

INI BARU PERANCANGAN KEWANGAN YANG BETUL

Lepas dah buat #TabungTakaful, nak melabur dalam hartanah, unit trust, emas ke, forex, saham , kereta , buatlah! Saya tak larang…..

Saya cuma pesan, DAHULUKAN APA YANG LEBIH PENTING!

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Rancang sekarang elak kekecewaan di masa depan

Kuala Lumpur: Pengurusan kewangan yang betul adalah kunci utama dalam menentukan kelangsungan hidup dengan lebih teratur namun berapa ramai mempunyai matlamat hidup yang jelas dan merancang kewangan mereka sebaik mungkin untuk menghadapi hari tua.

Perunding Kewangan dan Pengasas HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, pemeliharaan hak masyarakat bermula dengan keupayaan menjana pendapatan peribadi masing-masing. Katanya, wang perlu mengalir untuk kesejahteraan masyarakat dan pengaliran wang berlaku dalam lima bentuk utama iaitu upah hasil pekerjaan, jual beli, pelaburan, cukai, zakat serta sedekah.

“Daripada pemantauan kami, kebanyakan rakyat Malaysia tidak memberi fokus kepada persaraan mereka, apatah lagi bila kita berbicara mengenai rancangan persaraan bagi masyarakat di luar bandar, rata-rata meletakkan harapan untuk anak yang akan menjaga mereka pada waktu tua nanti.

“Sebenarnya, sangat penting untuk kita mempelbagaikan simpanan dan menguruskan kewangan daripada peringkat muda lagi. Hakikatnya, rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran tinggi untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara,” katanya.

Rohani berkata, bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta pula, selalu beranggapan mempunyai simpanan yang mencukupi terutama mereka yang sudah menjadi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut KWSP, daripada enam juta pencarum KWSP yang aktif, sebanyak 80 hingga 90 peratus mempunyai simpanan asas bawah dari RM100,000 dan majoritinya ada simpanan antara RM10,000 ke RM20,000 saja.

Selain itu, sebanyak 38 peratus (2.8 juta pencarum) mempunyai simpanan asas RM196,800, manakala 65 peratus mereka yang berumur 54 tahun hanya mempunyai lebih kurang RM50,000.

Rohani berkata, sekurang-kurangnya simpanan asas perlu ada bagi mereka yang mencapai usia persaraan (55 tahun) adalah RM196,800 yang mana dianggarkan hanya RM820 setiap bulan boleh dibelanjakan sehingga tempoh 20 tahun iaitu sampai usia 75 tahun.

Beliau berkata, sangat penting untuk mencapai matlamat kewangan daripada mula bekerja hingga bersara dan jika boleh 15 peratus daripada gaji yang diperoleh perlu diasingkan yang mana 10 peratus untuk perlindungan takaful, manakala lima peratus rancang untuk simpanan persaraan sendiri.

“Di Malaysia, kita beruntung kerana wujudnya KWSP yang membantu sebagai perancang persaraan dan bayangkan jika KWSP tidak wujud, sudah pasti ia sukar untuk dilaksanakan.

“Persediaan awal perlu dibuat agar kita tidak perlu bekerja selepas bersara dan tahap kesihatan harus dititikberatkan.

Kebanyakan pencarum mengeluarkan caruman untuk kesihatan dan kalau boleh wang itu jangan dikeluarkan sebab tujuan utamanya untuk selepas bersara,”katanya.

Banyak alternatif lain boleh diguna pakai, antaranya mengambil kad perubatan atau perlindungan takaful kerana kos sara hidup dan perubatan semakin meningkat.

“Musibah boleh berlaku tanpa disangka maka pendapatan masa depan kita perlu dilindungi. Kita perlu jaminan keselamatan daripada tuntutan kewangan yang besar iaitu dengan mengambil insurans untuk menampung musibah yang tidak boleh ditanggung keluarga ataupun diri kita dengan kewangan peribadi yang ada,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 6:12 AM
sumber: Harian Metro
.
P/S: Tahukah anda bahawa ada satu plan di mana anda boleh mencipta satu dana yang bernilai RM500,000 dengan pilihan caruman 10 atau 20 tahun dan pada kadar yang anda mampu.
.
Boleh hubungi saya untuk anda dapatkan maklumat lanjut.
.
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Membuat tuntutan Takaful

imej1

TAKAFUL akaful merupakan permuafakatan sekumpulan individu untuk saling menjamin dan membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui di kalangan mereka seperti pampasan bagi sesuatu musibah yang menimpa serta keperluan kewangan lain.

Permuafakatan ini melibatkan sumbangan wang caruman berasaskan konsep Tabarru’ iaitu perkongsian secara sukarela oleh semua peserta takaful.

Kelebihan atau manfaat mempunyai perlindungan takaful adalah cukup besar bagi meringankan beban yang ditanggung sekiranya peserta ditimpa musibah.

Misalnya, jika berlaku musibah yang dilindungi, waris peserta boleh membuat tuntutan yang membolehkan mereka menerima pampasan secara sekali gus yang merangkumi; jumlah perlindungan asas, jumlah perlindungan tambahan dan jumlah di dalam Akaun Individu Peserta (PIA jika ada).

Bagi memudahkan proses tuntutan, adalah penting untuk mengetahui dan mengenal pasti dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan takaful yang berbeza.

Hubungi wakil ejen atau syarikat pengendali takaful anda untuk mendapatkan maklumat bagi proses tuntuan.

Wakil ejen atau pihak pengendali takaful akan menyerahkan borang tuntutan untuk diisi oleh peserta atau ahli keluarga terdekat.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat di laman-laman web pengendali takaful.

Lazimnya borang-borang boleh dimuat turun dari laman web tersebut.

Peserta atau ahli keluarga terdekat perlu mengemukakan dokumen tuntutan mengikut senarai semakan.

Proses seterusnya akan menjadi lebih mudah dan cepat jika dokumen yang diperlukan semuanya lengkap semasa penyerahan.

Anda perlu memastikan tuntutan yang akan dibuat adalah antara manfaat yang terdapat dalam pelan perlindungan yang anda miliki.

Beberapa perkara penting yang boleh menyebabkan tuntutan tidak dapat dibayar oleh pengendali takaful juga perlu diambil kira, antaranya kerana penyakit sedia ada tidak didedahkan semasa mengisi borang cadangan, sijil takaful yang telah luput akibat tiada pembayaran dibuat atau kejadian yang berlaku di luar daripada skop perlindungan dan sebagainya.

Peserta perlu memberi informasi yang telus kerana pengendali takaful akan membuat pengunderaitan untuk menyaring bakal peserta yang layak berasaskan peraturan sedia ada yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Sejarah penyakit perlu diistiharkan oleh peserta untuk menentukan kadar sumbangan yang bersesuaian dan memberi perlindungan kepada penyakit sedia ada.

Sekiranya peserta meninggal dunia, waris terdekat boleh mengemukakan tuntutan kematian.

Antara dokumen yang perlu disertakan adalah sijil kematian, laporan bedah siasat dan laporan perubatan daripada pegawai perubatan yang terakhir merawat peserta.

Pampasan yang dibayar dapat membantu ahli keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Manakala bagi tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh (disebabkan penyakit atau kemalangan), dokumen yang diperlukan ialah laporan penilaian perubatan selepas enam bulan daripada tarikh hilang upaya, salinan kad pengenalan dan borang tuntutan yang lengkap diisi.

Jika melibatkan tuntutan akibat kemalangan, salinan laporan polis juga perlu disediakan.

Bagi peserta yang mempunyai kad perubatan, mereka boleh menggunakannya bagi tujuan kemasukan ke panel hospital di seluruh Malaysia.

Sebelum surat jaminan dikeluarkan, penilaian akan dilakukan berdasarkan kepada laporan perubatan doktor yang merawat.

Selain itu, peserta juga boleh mengemukakan tuntutan perubatan bagi rawatan kemasukan ke hospital bukan panel.

Antara dokumen yang perlu disertakan ialah borang tuntutan, laporan perubatan, resit asal, bil asal, bil terperinci dan laporan makmal (jika ada). Pegawai tuntutan akan menilai setiap dokumen yang diberi.

Sekiranya perlu, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan sejarah perubatan peserta.

Manakala perlindungan terhadap 36 penyakit kritikal dapat dimanfaatkan oleh peserta sekiranya didiagnos menghidap salah satu daripadanya.

Tuntutan bagi  penyakit kritikal seperti strok, serangan jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, kanser dan sebagainya perlu disertakan dokumen seperti borang tuntutan, laporan perubatan, laporan makmal/ radiologi dan sebagainya.

Pampasan akan dibayar jika keadaan peserta memenuhi kriteria seperti mana yang diterangkan dalam sijil. Ia dapat membantu peserta serta ahli keluarga di saat-saat memerlukan.

Terutama dalam mengenalpasti jenis rawatan yang bersesuaian serta peluang untuk mendapatkan kepelbagaian jenis rawatan lain yang juga boleh dilakukan seperti pembedahan dan sebagainya.

Sekiranya peserta masih hidup hingga akhir tempoh sijil, manfaat kematangan akan dibayar kepadanya di mana peserta perlu mengembalikan dokumentasi sijil asal kepada pengendali takaful.

Sekiranya pengendali takaful berpuas hati mengenai kesahihan semua informasi yang dikemukakan, semua pertanyaan lain telah terjawab sepenuhnya dan memenuhi syarat-syarat sijil maka pengendali takaful akan membayar amaun tuntutan.

Apa yang perlu dititikberatkan mengenai pembayaran tuntutan ialah kita perlu berbalik semula kepada konsep takaful itu sendiri di mana dana yang disumbangkan itu adalah milik para peserta.

Oleh itu, peranan pengendali takaful yang bertindak sebagai pemegang amanah sangatlah penting untuk memastikan pembayaran dilakukan secara adil dan telus serta tiada sebarang unsur penyelewangan berlaku.

Proses membuat tuntutan sebenarnya tidaklah sukar atau mengambil masa yang lama seperti yang didakwa sesetengah pihak sekiranya semua prosedur dipatuhi.

Lebih cepat diuruskan maka adalah lebih baik untuk ahli keluarga yang terlibat, agar kehidupan dapat diteruskan dan meringankan beban kewangan yang ditanggung.

Sila layari laman web kami  di www.greateasterntakaful.com atau facebook.com/greateasterntakaful.com

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH