Posted in i-Great Mega

Aset segera


Bayar cuma 10 atau 20 tahun tapi dana beranak sampai 30 tahun.
Modal cuma 10% dari gaji anda tapi benefit sebesar RM500,000.

*Pada umur 58 tahun dan simpanan anda ada RM110,224 tapi cuma bayar RM72,000 (20 tahun) sahaja.
* (Untung RM38,244)💸

Ada sesiapa yang boleh bagi?

Perlu tunggu gaji RM10,000 ke? 🤔

Perunding Takaful Anda

Ahmad Hanizam Abdullah
011-56598769

Advertisements
Posted in i-Great Mega

Perlindungan tinggi dan fleksibel dengan i-Great Mega

capture

MENJALANI kehidupan dan menghabiskan usia yang masih berbaki dengan penuh ketenangan menjadi impian setiap insan.

Apabila segala yang diingini sudah dimiliki, keperluan dan tanggungjawab untuk orang tersayang telah dipenuhi, hari-hari yang dilalui akan lebih bererti.

Nikmat yang dikecap ini amat bermakna kerana bukan semua orang mendapat peluang serupa.

Demi memastikan keselesaan dan kelangsungan hidup tidak terjejas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, anda perlu mengambil pelan perlindungan takaful untuk diri sendiri dan keluarga.

Mempunyai pelan perlindungan takaful juga akan dapat memastikan komitmen bernilai tinggi anda seperti pembiayaan rumah, kereta dan aset-aset lain dapat diteruskan.

Dalam masa yang sama anda masih dapat mengekalkan gaya hidup seperti sedia kala.

i-Great Mega ialah Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan selama 30 tahun.

Ianya juga memberikan manfaat kewangan apabila berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan Kekal (HUPK) kepada orang yang dilindungi.

Tempoh bayaran caruman bergantung pada dua pilihan iaitu pelan pembayaran 10 tahun dan pelan pembayaran 20 tahun.

Jumlah perlindungan asas pelan ini bermula daripada RM500,000 dan anda layak menerima manfaat kesetiaan sehingga 40% pada akhir setiap tahun kelima pembayaran sijil.

Dengan i-Great Mega, sebarang lebihan pengunderaitan daripada Dana Tabarru’, setelah melakukan penyelarasan yang sesuai untuk tujuan kecemasan, akan dikongsi antara semua peserta dan pengendali Takaful dengan nisbah 50:50.

Bahagian peserta daripada lebihan tersebut akan dikreditkan semula ke dalam Akaun Unit Perserta (PUA) supaya anda mendapat lebih pulangan apabila sijil anda matang.

Anda boleh memilih daripada pelbagai dana yang diuruskan secara profesional dan tentukan kombinasi yang paling sesuai untuk anda.

Dana-dana itu ialah Dana i-Makmur, Dana i-Mekar dan Dana i-Majmuk.

Dana i-Makmur melabur dalam sekuriti pendapatan tetap Islam, contohnya sukuk kerajaan dan korporat serta deposit Islam. Bagi Dana i-Mekar, 80% hingga 100% pelaburan adalah dalam ekuiti berlandaskan Syariah yang mudah ubah dalam jangka pendek.

Dana i-Majmuk pula dilaburkan dalam campuran ekuiti berlandaskan Syariah, sekuriti pendapatan tetap Islam dan deposit Islam.

Manfaat yang diterima melalui pelan i-Great Mega tidak dikenakan cukai dan caruman yang dibayar mungkin layak mendapat pelepasan cukai. Pelan i-Great Mega ini terbuka bagi mereka yang berumur 19 tahun sehingga 60 tahun.

Pelan i-Great Mega turut menawarkan khidmat tambahan badal haji sekiranya peserta meninggal dunia.

Kewajipan haji peserta akan ditunaikan oleh badan atau organisasi yang berkaitan.

Bagi menikmati khidmat tambahan ini, peserta harus mengisi Borang Perkhidmatan Badal Haji.

Bagaimanapun, jumlah Perlindungan Asas mestilah mencukupi untuk pemotongan bagi perkhidmatan ini.

Sekiranya peserta meninggal dunia, jumlah daripada Manfaat Kematian yang telah dipersetujui oleh peserta akan disalurkan kepada badan wakaf yang dilantik oleh Great Eastern Takaful.

Khidmat ini ialah pilihan tambahan dan peserta bolehlah mengisi borang perkhidmatan wakaf untuk mendapatkan khidmat ini.

Senario ringkas i-Great Mega

Kamarul berumur 35 tahun dan telah mencarum dalam pelan i-Great Mega sejak 18/10/2016.

Beliau memilih tempoh bayaran caruman untuk 20 tahun dan memilih Dana i-Majmuk sebagai dana pelaburan pelannya.

Setiap bulan, Kamarul membayar caruman sebanyak RM300 untuk jumlah perlindungan bernilai RM500,000.

Pada 17/10/2021, beliau akan layak untuk mendapatkan manfaat kesetiaan sebanyak 5%.

Dia meneruskan pelan i-Great Mega ini sehingga tahun kedua puluh di mana beliau menerima manfaat kesetiaan yang selanjutnya pada akhir tahun ke-10, ke-15 dan ke-20 dan menikmati perlindungan untuk sepuluh tahun yang berikutnya. Beliau juga akan menerima manfaat matang apabila sijilnya matang pada tahun ke-30.

Sila layari laman web kami di  www.greateasterntakaful.com atau  facebook.com/greateasterntakaful.

Artikel ini dibawakan oleh Great Eastern Takaful

sumber: Sinar Harian

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

 

Posted in i-Great Mega

Beli rumah, wajib beli i-Great Mega

15032831_625053951010275_1007315527827209823_n
Kenapa?

Sebab produk baru ni menawarkan perlindungan nyawa minimum rm500k tanpa medical checkup dan serendah rm1600 setahun.

Tempoh bayaran hanya selama 10 atau 20 tahun tetapi melindungi pencarum selama 30 tahun.

Sekiranya anda gunakan untuk melindungi loan rumah anda, plan ini boleh dipindah milik ke rumah yang lain.

Contohnya anda dah jual rumah yang pertama, untuk rumah kedua, hanya gunakan plan yang sama dan dapat “cash value” yang tinggi.

Anda tak perlu pening kepala untuk bayar lebih ke dalam loan disebabkan takaful, hanya satu plan boleh dipindah milik.

Tiada rumah lagi?

Pun boleh ambil, kerana lebih awal anda ambil, lebih murah dan apabila dah ada rumah yang kena dengan jiwa anda, “attachkan” sahaja dengan loan rumah tersebut.

 

Tiada apa yang rugi mencarum awal. Lagi banyak kita boleh simpan. Sekarang kan ramai pemuda pemudi celik hartanah?

 

Kalau tak ambil port tentang plan ni, bagi saya amat rugi. Kita mampu nak dapatkan 1 juta perlindungan pendapatan dengan harga yang mampu milik.

Dah, boleh share kat kawan-kawan yang planning nak beli rumah. Mana tahu anda boleh bantu mereka. 🙂

Saya sedia membantu.

Ahmad Hanizam Abdullah
019-7589774
https://takafulbistari101.wordpress.com/
.
#takafulbistari
#igreatmega

Posted in Buletin, Cerita Takaful, i-Great Mega

Rancang sekarang elak kekecewaan di masa depan

Kuala Lumpur: Pengurusan kewangan yang betul adalah kunci utama dalam menentukan kelangsungan hidup dengan lebih teratur namun berapa ramai mempunyai matlamat hidup yang jelas dan merancang kewangan mereka sebaik mungkin untuk menghadapi hari tua.

Perunding Kewangan dan Pengasas HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, pemeliharaan hak masyarakat bermula dengan keupayaan menjana pendapatan peribadi masing-masing. Katanya, wang perlu mengalir untuk kesejahteraan masyarakat dan pengaliran wang berlaku dalam lima bentuk utama iaitu upah hasil pekerjaan, jual beli, pelaburan, cukai, zakat serta sedekah.

“Daripada pemantauan kami, kebanyakan rakyat Malaysia tidak memberi fokus kepada persaraan mereka, apatah lagi bila kita berbicara mengenai rancangan persaraan bagi masyarakat di luar bandar, rata-rata meletakkan harapan untuk anak yang akan menjaga mereka pada waktu tua nanti.

“Sebenarnya, sangat penting untuk kita mempelbagaikan simpanan dan menguruskan kewangan daripada peringkat muda lagi. Hakikatnya, rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran tinggi untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara,” katanya.

Rohani berkata, bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta pula, selalu beranggapan mempunyai simpanan yang mencukupi terutama mereka yang sudah menjadi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut KWSP, daripada enam juta pencarum KWSP yang aktif, sebanyak 80 hingga 90 peratus mempunyai simpanan asas bawah dari RM100,000 dan majoritinya ada simpanan antara RM10,000 ke RM20,000 saja.

Selain itu, sebanyak 38 peratus (2.8 juta pencarum) mempunyai simpanan asas RM196,800, manakala 65 peratus mereka yang berumur 54 tahun hanya mempunyai lebih kurang RM50,000.

Rohani berkata, sekurang-kurangnya simpanan asas perlu ada bagi mereka yang mencapai usia persaraan (55 tahun) adalah RM196,800 yang mana dianggarkan hanya RM820 setiap bulan boleh dibelanjakan sehingga tempoh 20 tahun iaitu sampai usia 75 tahun.

Beliau berkata, sangat penting untuk mencapai matlamat kewangan daripada mula bekerja hingga bersara dan jika boleh 15 peratus daripada gaji yang diperoleh perlu diasingkan yang mana 10 peratus untuk perlindungan takaful, manakala lima peratus rancang untuk simpanan persaraan sendiri.

“Di Malaysia, kita beruntung kerana wujudnya KWSP yang membantu sebagai perancang persaraan dan bayangkan jika KWSP tidak wujud, sudah pasti ia sukar untuk dilaksanakan.

“Persediaan awal perlu dibuat agar kita tidak perlu bekerja selepas bersara dan tahap kesihatan harus dititikberatkan.

Kebanyakan pencarum mengeluarkan caruman untuk kesihatan dan kalau boleh wang itu jangan dikeluarkan sebab tujuan utamanya untuk selepas bersara,”katanya.

Banyak alternatif lain boleh diguna pakai, antaranya mengambil kad perubatan atau perlindungan takaful kerana kos sara hidup dan perubatan semakin meningkat.

“Musibah boleh berlaku tanpa disangka maka pendapatan masa depan kita perlu dilindungi. Kita perlu jaminan keselamatan daripada tuntutan kewangan yang besar iaitu dengan mengambil insurans untuk menampung musibah yang tidak boleh ditanggung keluarga ataupun diri kita dengan kewangan peribadi yang ada,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 6:12 AM
sumber: Harian Metro
.
P/S: Tahukah anda bahawa ada satu plan di mana anda boleh mencipta satu dana yang bernilai RM500,000 dengan pilihan caruman 10 atau 20 tahun dan pada kadar yang anda mampu.
.
Boleh hubungi saya untuk anda dapatkan maklumat lanjut.
.
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
Posted in i-Great Mega

i-Great Mega

capture

Plan Terbaru Daripada Great Eastern Takaful

” I GREAT MEGA ”

Pelan Hibah Takaful yang sangat berbaloi baloi dan yang pasti MAMPU MILIK

🌹Hanya perlu bayar 10 tahun atau 20 tahun sahaja. Protection sehingga 30 tahun

🌹Protection sehingga RM1,500,000

🌹TIDAK PERLU melakukan pemeriksaan kesihatan untuk membuka akaun hibah sehingga RM1.5 juta 👍👍

🌹Sekiranya memilih term contribution 10 tahun, tahun ke-11 sudah tiada komitmen contribution, tetapi nilai tunai tetap akan meningkat (sehingga pulangan melebihi 50% dari jumlah sumbangan yg telah dibuat)

❤ Aset tunai yang paling mudah dicairkan

❤ Tanpa perlu berurusan dengan unit pembahagian harta pusaka/Pejabat Tanah

❤ Tanpa perlu campur tangan Amanah Raya

❤ Tanpa perlu pembahagian Faraid (Hibah bermaksud Hadiah, dan apabila akad tersebut sebagai Hibah, ianya sudah tidak perlu dibahagikan melalui Faraid)

Pelan ini juga sesuai untuk tujuan :

👉Pelupusan hutang

👉Pengantian pendapatan

👉Persaraan

👉Pembelajaran

👉Pelaburan

Berminat nak tahu?

pm @ whatsapp:

Ahmad Hanizam Abdullah

☎️ 019-758 9774