Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful, Manfaat takaful

7 sebab saya jadi takaful advisor

16602578_1535265049847510_668197003379278577_n
 .
1. Market Luas
 .
14 juta rakyat malaysia belum ada takaful..setiap hari ada je yang bersalin..setiap yang mati ada waris yang perlu dibantu termasuk anak kecil yang baru bersalin tadi. Semua peringkat mampu merasa dari bayi dalam perut sehinggalah abang pencen.
 .
2. Tiada Stok
 .
Tak perlu jadi stokis. Modal besar nak beli stok, nak ada gudang bagai. Nak ada peti sejuk beku. Yang perlu ada sebuah beg lengkap dengan ipad dan borang berkaitan.
 .

3. Boleh kerja di mana mana tempat dan tak kira masa

Boleh kerja siang sebelum subuh atau larut malam. Terpulang kepada klien kita. Boleh kerja di opis sendiri atau opis klien. Boleh sign up di rumah atau kedai makan. Time is yours. Takde merungut takleh sembahyang awal waktu. Takleh cuti mak sakit. Tak sempat dengar kuliah agama.Banyak quality time ada sama kita.

4. Modal bisnes yang rendah tapi income unlimited

Tak perlu kos overhead yang tinggi. Pejabat disediakan. Produk baru juga disediakan. Sistem disediakan. Kelas pun disediakan. Tak payah pecah kepala fikirkannya. Cuma bayar duit exam untuk lesen sahaja.
Income ikut naik dengan ramainya pelanggan kita. Bukan senang nak dapat gaji tiap-tiap hari berubah naik. Jadi, rukun islam yang ke 4 dan ke 5 boleh kita kecapi malahan boleh bantu orang lain juga.

5. Ganjaran dan bonus yang banyak

Income masyuk…lagi ditambah gadjet terkini ipad laptop hp baru malahan dapat melancong banyak kali  di luar negara. Tempat lain mana boleh dapat?

6. Suasana kerja tak stress dan takde kerja berat

Keje dengan rakan-rakan yang energetic, smart, helping each other. Keje tak ikut telunjuk orang. Yang best tak berpeluh, tak perlu angkat benda berat, tak payah sakit pinggang.

7. Dapat buat kerja kerana Allah

Takaful adalah untuk lindungi orang Islam, untuk bangunkan ekonomi Islam. Kalau kita sendiri, tak buat, tidak mustahil orang bukan Islam yang buat. Kenapa nak gadaikannya kepada mereka. Mereka buat bukan kerana Allah.

Jom sertai kami di Annur The Great Agency
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
Advertisements
Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful

Pencapaian Terbaik An Nur The Great Agency

b00f8be2-7d09-46a8-9ff3-655228ca8ee3

Congratulations to JB Branch TOP 5 WG TOTAL MANPOWER (Jan to Sept 16) , leading by GM-En Rosazaman Sarifdin with total of 69 manpower, and TOP 5 WG WITH THE MOST NEW AGENTS RECRUITED also leading by GM- En Rosazaman Sarifdin with total 27 new agents recruited. Well done🎉🎉

Razman wrote: “Alhamdulillah, walau masih baru An Nur The Great Agecy telah berusaha untuk melakukan yang terbaik, terima kasih atas kerjasama semua warga annurians.

Kepada yang berminat membina kerjaya bersama kami, kami komited membantu anda sehingga berjaya.

Ahmad Hanizam Abdullah

019 758 9774

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful

Consultant Hebat Tidak Terlalu Harapkan Leader

leadership-penguins

Tidak dinafikan di dalam sistem networking seperti sistem yang diguna pakai oleh syarikat takaful misalnya, tugas pemimpin (leader) amatlah penting. Leader mestilah membimbing orang bawahannya (rakan bisnes) agar kekal fokus kepada bisnes.

Leader juga mestilah selalu memberikan motivasi kepada rakan bisnesnya. Leader membuka jalan untuk bisnes. Leader mestilah pandai menyelesaikan masalah. Sekurang-kurangnya dia adalah seorang pendengar yang baik. Leader mestilah seorang yang “lead by example”.

Diringkaskan cerita, berat juga tugas leader dalam takaful ni. Namun itu adalah tugas leader. Dan tugas dia wajib menjalankan tugas itu kerana itu adalah tanggungjawabnya. Dan dia sebenarnya dibayar untuk tugas dan tanggungjawab itu.

Ya betul!

Dia dibayar dengan “overriding” komisen yang dia dapat. Jadi jika tugas-tugasnya tidak dibuat maka samalah seperti dia “makan gaji buta”.

Tetapi jika kita ada leader dan leader kita tidak seperti di atas. Apa tindakan kita?

Kecewa sehingga tidak buat bisnes kita?

Berhenti dari menjadi consultant?

Menjaja cerita tentang leader kita tidak menjalankan tugasnya?

Memutuskan hubungan dengan leader?

Pada pandangan saya tak perlu sampai begitu sekali. Leader adalah leader. Kita adalah kita. Kita memilih bisnes financial consultant ni bukanlah kerana leader kita. Kita pilih kerana kita yakin dengan bisnes ini yang mana ianya bukan sekadar bisnes semata-mata.

Kita juga dapat menolong orang mencapai impian kewangan mereka dengan bisnes ini. Kita dapat menjadi penyelesai kepada perancangan kewangan mereka. Kita juga dapat berdakwah dengan bisnes ini kerana kita.

Pada saya, sokongan leader, sokongan dari syarikat, dan lain-lain bantuan persekitaran adalah menyumbang 10% sahaja daripada kejayaan kita dalam bisnes financial consultant ini. 90% lagi adalah datang dari dalam diri kita.

Datang dari kemahuan kita yang kuat. Kita tau kenapa kita memilih kerjaya ini. Kita ada daya tolakan yang kuat dalam diri kita untuk mengubah diri kita dan orang-di sekeliling kita ke arah yang lebih baik.

Jadi saya amat tidak setuju jika consultant terlalu komplen ataupun bersungut tentang leader mereka. Mereka ini harus sedar bahawa leader mereka bukanlah orang yang “perfect”. Dia pun ada masalah sendiri. kadang-kadang apa yang dibuat itu tidak memuaskan hati kita. Kadang-kadang dia tidak seperti yang kita harapkan. Dia juga tidak seperti leader lain yang pada kita lebih hebat.

Percayalah, segalanya datang dari dalam diri kita sendiri sebagai consultant. Sehebat mana pun leader kita, jika kita yang tak bergerak, kita tidak akan kemana-mana. Kerana kejayaan kita 90% datang dari diri kita sendiri.

Saya sendiri, jika berharap kepada leader tidak akan sampai ke tahap ini. Begitu juga rakan bisnes sekarang dan bekas rakan bisnes yang sudah berjaya. Jika mereka berharap kepada saya, saya rasa mereka tidak akan sampai ke tahap di mana mereka sekarang.

Saya ada membaca sebuah buku (tajuk saya sudah lupa), kata buku tersebut, jika kita selalu menyalahkan keadaan sekeliling kita sebagai sebab kita tidak berjaya, maknanya kita tidak kenal diri kita lagi sebenarnya.

Namun begitu, untuk seronok buat bisnes, untuk keharmonian group kita, jika hubungan leader dan rakan bisnes yang lain akrab dan saling bantu membantu, insyaAllah group kita akan bertambah maju. Dan suasana kerja mesti akan menjadi seronok.

Jadi, wahai takaful consultant, bangkit lah!

Berhenti dari mengkritik. Jangan terlalu mengharap leader. Kita adalah kita. Bisnes ini adalah bisnes kita. Majulah!

Mulakan langkah dengan perancangan yang rapi, perlaksanaan yang jitu, dan pengharapan dan doa kepada yang maha berkuasa. Ingat, sehebat mana pun perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. Jagalah hubungan kita denganNya.

Setiap orang adalah leader, sekurang-kurangnya kepada diri mereka sendiri. 🙂

Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful

Referral Sebagai Alat Pemasaran

referrals

Referral ialah keadaan di mana orang lain yang mencadangkan nama kenalannya kepada kita untuk kita jumpa dan buat presentation.

Biasanya pelanggan sedia ada akan memberikan nama dan nombor telefon rakannya dan membenarkan kita memberitahu namanya jika rakannya bertanya dari mana kita mendapt nombor telefonnya. Namun ada juga yang sudi memberikan nama dan nombor telefon kenalannya tetapi enggan namanya dikaitkan. Dalam perkara ini kita kenalah pandai menggunakan “seni” panggilan telefon supaya dapat menjaga perasaan kedua-dua belah pihak tadi.

Mengikut kebiasaannya, prospek yang kita dapat daripada referral agak mudah untuk diterangkan berkenaan dengan servis dan pelan perancangan kewangan kita. Kadar penutupan kes (closing rate) untuk kes-kes referral sebegini biasanya agak tinggi.

Kita juga boleh meramalkan keadaan kewangan prospek dan pangkat pekerjaan prospek yang direfer kepada kita. Contohnya jika kita mempunyai rakan yang berjawatan pengurus, sudah semestinya dia berdampingan dengan rakan-rakan yang satu level pengurus dengannya.

Jadi, saya biasanya akan mengamalkan tabiat meminta nama rakan dan keluarga klien sedia ada saya untuk bisnes takaful ini. Saya telah memformatkan satu borang referral yang mengandungi data-data seperti nama, nombor untuk dihubungi, pekerjaan, umur, dan seabagainya untuk diisi oleh klien sedia ada saya.

Biasanya saya akan memberi sedikit ole-ole untuk klien saya yang sudi memberi nama (referral) rakan-rakan merreka kepada saya.

Jadi amalkan meminta referral daripada klien sedia ada. Jika amalan ini telah menjadi sebati dengan kita, insyaAllah kita tidak akan kering prospek untuk didekati dan ini akan menjamin kelangsungan bisnes kita. InsyaAllah.

Sama-sama kita amalkan dengan tabiat meminta referral.

 

Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful, Manfaat takaful, Tips Bisnes

Tips menjual insurans takaful

10384607_1107754939265192_8447319390393697189_n

Menjual insurans takaful bermula dengan kita mengenal pasti siapa prospek kita.  Di mana mereka berada?

Apa kegemaran dan minat mereka?

Apa kemahuan dan keperluan mendesak yang mereka ada?

Berapa pendapatan mereka?

Selepas dah jelas dengan persoalan-persoalan tersebut, barulah kita susun strategi untuk mempromosikan produk insurans/takaful kepada mereka.

Kita akan rasa susah nak jual polisi apabila kita mensasarkan prospek yang kurang berkualiti.

Kurang berkualiti ni maksudnya, kita dah pilih prospek yang memang berpendapatan rendah.

… ataupun dari segi undang-undang insurans sendiri, mereka tak layak untuk ambil pelan perlindungan untuk diri mereka, boleh jadi disebabkan mereka telah pun jatuh sakit.

Untuk membantu proses jualan berlaku dengan lancar,

1. Pastikan anda jelas dan faham kegunaan produk 

Tujuannya adalah supaya anda boleh jadi lebih kreatif dalam membuat persembahan jualan. Produk insurans/takaful bukan semata-mata untuk perlindungan atau tabung ketika musibah sahaja.

Ia boleh dijadikan sebagai guarantee untuk memastikan pencarum ada duit untuk pembiayaan pendidikan anak-anak, tabungan untuk pergi haji dan umrah dan sebagainya.

Semuanya bergantung pada cara anda menerangkan kepada prospek apa kegunaan lain insurans dan takaful.

2. Jual kegunaan, kebaikkan dan keistimewaan produk 

Terangkan pada pelanggan, apa benefit yang pelanggan akan dapat apabila mencarum.

Jangan buang masa ceritakan ciri-ciri produk kepada pelanggan.

3. Mendidik bukan sekadar menjual 

Dekati pelanggan dengan perspektif ingin mendidik pelanggan apa kelebihan, kebaikkan insurans.

Rata-rata manusia tak suka dipaksa atau disuruh untuk beli barang.

Tapi, sebenarnya manusia ni suka beli barang apabila tak dipaksa untuk membeli.

4. Beri free gift 

Ini pun kaedah yang boleh digunakan.

Sediakan hadiah-hadiah istimewa untuk prospek tak kisahlah sama ada dia akan beli atau tidak dari anda.

5. Berlatih menjual selalu 

Macam mana cara nak berlatih menjual?

Ada dua cara.

Pertama berlatih menjual dengan cara menemui sebanyak mana prospek dan membuat persembahan jualan.

Kedua, berlatih menjual dengan cara menulis. Sama ada penulisan menerusi email ataupun blog/facebook.

Semoga tips ini bermanfaat.

Konsultan Takaful Anda
Ahmad Hanizam Abdullah
019-7589774
Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful, Manfaat takaful

Sedia menjadi rama-rama?

images

Pernah tengok ulat dalam kepompong?
.
Bagaimana agaknya rasa ulat tersebut duduk di dalam kepompong?
.
Selesa dan selamat..
.
Bagaimana jika ulat itu membuat keputusan untuk terus duduk di dalam kepompongnya?
.
Adakah dia akan dapat mengetahui bahawa diri dia sebenarnya adalah seekor rama-rama yang cantik sayapnya?
.
Adakah dia dapat mengetahui bahawa dunia ini luas dan dia bebas untuk menjelajahnya?
Adakah dia akan tahu dunia di luar sana sebenarnya menyediakan keselesaan yang lebih baik daripada dalam kepompong?
.
Adakah dia dapat merasai nikmat mengharungi cabaran dan berpuas hati pada akhirnya kerana berjaya mengharungi semua cabaran itu?
.
Begitulah diri kita. Kadang kala kita terlalu selesa berada dalam kepompong kita, walaupun ada kalanya kepompong kita itu tak selesa dan tak cukup selamat pun. Cuba lihat, adakah setiap hari kita merasa meluat untuk pergi kerja kerana tak tahan dengan kerenah bos?
.
Tapi akhirnya kita pergi juga sebab kalau tak, nanti tak dapat gaji. Adakah setiap Isnin kita rasa bosan nak pergi kerja, tapi akhirnya kita pergi juga sebab nanti nak dapat bonus, tak boleh ponteng-ponteng kerja. Kita marah dengan politik di tempat kerja, tapi kita “hadap”kan juga sebab itulah mata pencarian kita, kita tak pandai buat apa-apa lagi..
.
Sedar atau tidak, kita lama kelamaan kita semakin “takut” untuk keluar dari kepompong kita? Walaupun tidak selesa, kurang selamat, kita tetap ingin duduk di dalam kepompong kita. Kita terlalu bergantung kepada kepompong itu, kita semakin lupa yang kita sebenarnya adalah RAMA-RAMA.
.
Keluarlah dari kepompong, cari kekuatan untuk belajar benda baru. Cari jalan untuk dapatkan kemanisan madu dari bunga-bunga yang berwarna warni di luar sana. Cari kekuatan dalaman untuk merancang kehidupan kita agar menjadi seperti yang kita inginkan.
.
Ada orang ingin hidup kaya raya, money is never a problem. Ada orang ingin mempunyai lebih masa untuk mendidik anak-anak sendiri di rumah. Ada orang ingin berjaya dalam kerjaya dan dalam keluarga. Ada orang ingin melancong ke luar negara, menikmati bumi ciptaan Allah. Ada orang cuma ingin gembira setiap kali pergi kerja..
.
Carilah RAMA-RAMA di dalam diri kita. Sedarlah bahawa kita adalah RAMA-RAMA. Kita mampu terbang jauh dan kita sememangnya memiliki sayap yang cantik.

12373213_1659695257637878_8232492695106792581_n
Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful, Tips Bisnes

Hidup ini mudah

11204972_679638175512345_5311747281317885665_n

A: Apa cara terbaik baca buku?

B: Ambil buku. Buka. Baca.

A: Apa cara untuk buat bisnes?
B: Tanya apa orang mahu. Jual kepada mereka.

A: Kamera apa paling bagus untuk ambil gambar?
B: Kamera yang ada di tangan. Walaupun ia sebenarnya smartfon.

A: Apa cara terbaik untuk buat __________?
B: Pasang niat. Buat __________. Betulkan kalau ada silap.

.
.

A: Saya mahu lari 5km 3 kali seminggu, tapi masih tak mula. Apa cara terbaik untuk mendatangkan motivasi?

B: Larilah sekali seminggu dulu. Sarung seluar, sarung kasut, buka pintu, lari! Sampai depan pagar pun cukup.

.

A: Senang macam tu je ke baca buku? Tapi saya mudah lupa la. Apa cara terbaik untuk ingat apa kita baca?

B: Mahu baca buku ke mahu ambil exam? Lepas baca, amalkan. Kalau lupa, baca saja lagi.

.

A: Buat apa lari seminggu sekali sampai pagar je? Takde kesan langsung kalau setakat lari sekali je seminggu kalau sikit macam tu!

B: Ye betul. Sebenarnya lebih berkesan lari 50km 15 kali seminggu dalam kepala semata-mata. Teruskan.

.

A: Tapi kan kamera __________ tu yang si X kata paling best? Saya keliru sebab si Y kata kamera __________ yang paling best untuk bajet bawah RM3,000? Kamerafon tak sesuai untuk saya.

B: Ye betul. Sementara pilih kamera terbaik itu, gambar-gambar yang awak mahu ambil akan siap sendiri dengan cantik. Cukup 2 bulan, boleh buat pameran di galeri. Teruskan.

.

A: Buat apa baca buku kalau lupa? Membazir masa je!

B: Ye betul. Berangan baca buku dan ingat setiap patah perkataan itu lebih best. Teruskan. Boleh jadi cendekiawan bulan depan.

.

A: A’ah la. Baik kita berangan buat terbaik daripada betul-betul buat kan? Terima kasih!

B: Sama-sama. Jangan lupa berangan untuk ‪#‎SHARE‬ pada kawan-kawan.

12373213_1659695257637878_8232492695106792581_n