Posted in Manfaat takaful

Konsep mudah takaful

20800161_340523906407866_8469670610607153321_n.jpg

Mulianya hati orang yang mempunyai satu akaun polisi takaful apabila beliau sebenarnya sanggup untuk memperuntukkan sebahagian wangnya kepada mereka yang kurang bernasib baik, jika satu hari nanti, beliau mengalami nasib yang sama, beliau juga akan dilindungi.

Ahmad Hanizam

Takaful Consultant

011-56598769

Advertisements
Posted in Manfaat takaful, Uncategorized

Mula Tanam 7 Prinsip Ini Dalam Diri Kalau Anda Nak Kaya Cepat

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.

Saya sendiri pun amalkan prinsip ni. Dan Alhamdulillah, ia memang berkesan:

Prinsip #1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi. Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

Prinsip #2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkanmacam Tabung Haji (tak ada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.

Prinsip #3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan,yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tak akan jadi kaya.

Prinsip #4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

Prinsip #5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta. Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, In Shaa Allah.

Prinsip #6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, re-invest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

Prinsip #7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang.  Tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan.

Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful. Contohnya: simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan, dan lain-lain), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan, atau sebagainya.

— Bak kata Zig Ziglar: “WEALTH ARE ACQUIRED BY 20% HEAD KNOWLEDGE AND 80% BEHAVIOR”

Benar. Kita bergantung 100% kat rezeki yang Allah berikan. Tapi kalau kita sendiri tak mulakan tindakan, tak jadi juga. Kalau tak ada usaha, sampai bila-bila kita tak layak jadi kaya. Dan ini bermula dengan membenih tabiat menyimpan. Bila kita dapat kuasai asas ini, kekayaan akan datang tanpa dijemput, dan kita pula “terpaksa” jadi kaya.

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Advisor

011 5659 8769

cropped-16602578_1535265049847510_668197003379278577_n.jpg

Posted in Manfaat takaful, Perancangan Kewangan, Uncategorized

2 sebab pekerja kerajaan pun perlu medical card

cropped-16602578_1535265049847510_668197003379278577_n.jpg Majoriti yang bekerja di sektor awam rasa selesa apabila mereka dijanjikan manfaat perubatan di hospital kerajaan. Tapi ramai yang tak tahu di sebalik kemudahan perubatan untuk pekerja dan pesara sektor awam ni ada had dan batasnya.
 .
Di sini saya senaraikan dua keburukan apabila seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada manfaat perubatan di hospital kerajaan.
. .
1⃣ Kos Peralatan Tidak Ditanggung
 .
Yang datang untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan ni kena bayar RM1 sahaja untuk jumpa doktor dan RM5 untuk dapatkan rawatan daripada pakar. Murah kan?
 .
Namun, kalau kena kes yang serius di mana anda memerlukan penggunaan peralatan canggih di hospital, kos tersebut tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.
.
Ini dialami sendiri oleh seorang pesara pegawai pelajaran daerah dan pengetua, di mana beliau terpaksa menggunakan RM11,000 daripada wang pencennya untuk membiayai kos pembelian stent yang dipasang pada jantungnya.
 .
Dalam perkongsian yang lain seorang pegawai kerajaan terpaksa mengeluarkan RM27,000 untuk kos pembelian besi bagi menggantikan tulang anaknya yang patah kerana menghidap kanser tulang.
 .
Bagi pegawai kerajaan, membayar untuk medical card tu dilihat sebagai satu pembaziran tapi bolehkah anda jamin untuk sepanjang hidup anda everything will be good dan anda tidak akan menghadapi ujian besar seperti ini?
 .
Sanggupkah anda menghabiskan wang simpanan dan wang pencen anda untuk membiayai kos perubatan seperti ini?
 .
2⃣ Boleh Claim Tapi Tak Dijamin & Giliran Menunggu Yang Lama
 .
Ada yang berkata pegawai kerajaan boleh claim kos perubatan daripada JPA. Memang boleh claim, tapi tiada jaminan akan dapat.
 .
Kenapa?
 .
Tahukah anda terdapat lebih daripada 1.6 juta penjawat awam di negara kita pada tahun 2017 ini?
 .
Bilangan penjawat awam di Malaysia takkan berkurangan malah semakin bertambah dari tahun ke tahun.
 .
Dalam 1.6 juta tu, berapa puluh ribu pula yang sama jawatan dengan anda dan berapa puluh ribu lagi yang mempunyai jawatan lebih tinggi daripada anda?
 .
Apakah keistimewaan anda untuk menjamin rawatan anda disegerakan atau menjamin claim untuk kos perubatan anda akan dilayan as soon as possible?
 .
Kalau kes untuk tahun-tahun dulu, mungkin ya. Tak ada masalah nak claim dan JPA boleh pulangkan semula kos perubatan anda dalam masa kurang daripada 3 bulan.
 .
Sekarang?
 .
Belum tentu lagi sebab terlalu banyak claim.
 .
✅ Bertindak lah sekarang, kerana sakit kritikal itu tak ada tanda tanda seawal 2 ke 3 tahun.
 .
Ahmad Hanizam Abdullah
Takaful Advisor
011-56598769
Posted in Cerita Takaful, Manfaat takaful, Uncategorized

Ambil tahu tentang sijil Takaful anda

SIJIL Takaful boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen perlindungan Takaful atau kontrak Takaful bagi Takaful Keluarga dan Takaful Am yang di dalamnya terkandung terma serta syarat yang dipersetujui antara peserta dengan pengendali Takaful.

Di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sijil Takaful Keluarga dan kemalangan diri didefinisikan sebagai sijil Takaful yang manfaat Takafulnya akan dibayar sebagai bantuan kewangan apabila berlaku kematian atau kemalangan diri, penyakit atau keuzuran.

Sijil Takaful akan diserahkan kepada peserta Takaful setelah segala proses berkaitan selesai dilakukan oleh pengendali Takaful.

Antara proses yang perlu dilakukan ialah pengisytiharan oleh peserta terhadap segala maklumat kesihatan dan menjawab segala soalan yang terkandung di dalam borang cadangan Takaful dengan telus dan jujur.

Manakala pihak pengendali Takaful pula akan melakukan proses pengunderaitan secara profesional bagi memastikan bakal peserta layak menyertai pelan Takaful berpandukan segala peraturan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan memenuhi tuntutan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, bukan hanya memikirkan faktor keuntungan semata-mata dengan penyertaan peserta baru.

Peserta dan pengendali Takaful serta ejen-ejen seharusnya berusaha untuk mengisytiharkan fakta material ketika membentuk dan mewujudkan kontrak Takaful.

Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan kesan yang buruk.

Sebagai contoh, peserta yang tidak mengisytiharkan rekod kesihatan mereka secara telus akan mengakitbatkan ketidakadilan dalam bayaran wang caruman ke dalam dana Tabarru’.

Ini kerana faktor kesihatan adalah salah satu kriteria dalam menentukan jumlah bayaran wang caruman demi memastikan keadilan terhadap sesama peserta Takaful apabila berlaku tuntutan.

Ejen-ejen Takaful pula perlulah bersikap berdisiplin dan amanah tanpa hanya memikirkan ganjaran kewangan yang bakal mereka terima dengan memastikan peserta Takaful cakna tentang perkara yang perlu mereka isytiharkan supaya tiada sebarang kemusykilan yang mungkin timbul di kemudian hari kelak jika pengisytiharan tidak dilakukan dengan telus.

Sementara itu, pihak pengendali takaful juga wajar mematuhi segala maklumat yang telah termaktub di dalam sijil Takaful sekiranya berlaku sebarang tuntutan yang layak diterima oleh peserta.

Akur dan memenuhi peraturan ketika memuktamadkan kontrak sijil Takaful dapat menjamin hak-hak kepada kedua-dua pihak pengendali Takaful dan juga peserta.

Hak peserta dan pengendali Takaful dalam sijil Takaful

Peserta boleh membuat aduan kepada Unit Aduan di syarikat pengendali takaful sekiranya hak mereka tidak ditunaikan mengikut kontrak takaful dan mereka juga boleh merujuk kepada Biro Pengantara Kewangan.

Biro ini merupakan salah satu badan bebas yang menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah di antara peserta/pengguna dengan syarikat penyedia perkhidmatan kewangan sebagai contoh pengendali Takaful.

Aduan ini boleh dipanjangkan kepada Bank Negara Malaysia sekiranya aduan di peringkat biro mencapai jalan buntu.

Pengendali Takaful pula berhak menamatkan atau membatalkan kontrak sekiranya peserta gagal memenuhi terma serta syarat di dalam sijil takaful. Segala aduan serta keputusan yang diperoleh adalah berdasarkan asas undang-undang yang ditetapkan dan bukan menurut emosi semata-mata.

Oleh yang demikian, sebaiknya pemilik sijil takaful mestilah memahami kandungan sijil Takaful mereka bagi mengenal pasti jenis perlindungan yang diberikan/ditawarkan dalam sesebuah pelan Takaful.

Ejen-ejen takaful memainkan peranan yang sangat penting kerana tidak ramai peserta yang mengambil berat tentang perkara ini dan demi memastikan tidak berlaku salah faham atau keluhan khasnya daripada peserta takaful tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap pengendali takaful.

Jika kedua-dua pihak dalam muamalah menerangkan segala aspek dalam transaksi yang mereka lakukan, membuat pengisytiharan secara jujur dan tidak menyembunyikan fakta yang material, mereka akan beroleh ganjaran keberkatan dalam muamalah mereka, Insya-ALLAH.

Sila layari laman web kami di www.greateasterntakaful.com atau facebook.com/greateasterntakaful

Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pilihan polisi takaful dengan Great Eastern Takaful?

Anda boleh whatsapp saya.

Ahmad Hanizam bin Abdullah

Takaful Advisor

011-56598769

Posted in Kerjaya Sebagai Konsultan Takaful, Manfaat takaful

7 sebab saya jadi takaful advisor

16602578_1535265049847510_668197003379278577_n
 .
1. Market Luas
 .
14 juta rakyat malaysia belum ada takaful..setiap hari ada je yang bersalin..setiap yang mati ada waris yang perlu dibantu termasuk anak kecil yang baru bersalin tadi. Semua peringkat mampu merasa dari bayi dalam perut sehinggalah abang pencen.
 .
2. Tiada Stok
 .
Tak perlu jadi stokis. Modal besar nak beli stok, nak ada gudang bagai. Nak ada peti sejuk beku. Yang perlu ada sebuah beg lengkap dengan ipad dan borang berkaitan.
 .

3. Boleh kerja di mana mana tempat dan tak kira masa

Boleh kerja siang sebelum subuh atau larut malam. Terpulang kepada klien kita. Boleh kerja di opis sendiri atau opis klien. Boleh sign up di rumah atau kedai makan. Time is yours. Takde merungut takleh sembahyang awal waktu. Takleh cuti mak sakit. Tak sempat dengar kuliah agama.Banyak quality time ada sama kita.

4. Modal bisnes yang rendah tapi income unlimited

Tak perlu kos overhead yang tinggi. Pejabat disediakan. Produk baru juga disediakan. Sistem disediakan. Kelas pun disediakan. Tak payah pecah kepala fikirkannya. Cuma bayar duit exam untuk lesen sahaja.
Income ikut naik dengan ramainya pelanggan kita. Bukan senang nak dapat gaji tiap-tiap hari berubah naik. Jadi, rukun islam yang ke 4 dan ke 5 boleh kita kecapi malahan boleh bantu orang lain juga.

5. Ganjaran dan bonus yang banyak

Income masyuk…lagi ditambah gadjet terkini ipad laptop hp baru malahan dapat melancong banyak kali  di luar negara. Tempat lain mana boleh dapat?

6. Suasana kerja tak stress dan takde kerja berat

Keje dengan rakan-rakan yang energetic, smart, helping each other. Keje tak ikut telunjuk orang. Yang best tak berpeluh, tak perlu angkat benda berat, tak payah sakit pinggang.

7. Dapat buat kerja kerana Allah

Takaful adalah untuk lindungi orang Islam, untuk bangunkan ekonomi Islam. Kalau kita sendiri, tak buat, tidak mustahil orang bukan Islam yang buat. Kenapa nak gadaikannya kepada mereka. Mereka buat bukan kerana Allah.

Jom sertai kami di Annur The Great Agency
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
Posted in Manfaat takaful, Perancangan Kewangan

Medical Card

16602578_1535265049847510_668197003379278577_n

Great Eastern Takaful menawarkan 5 pakej Medical Card berdasarkan nilai bilik iaitu i-M100, i-M150, i-M200, i-M300 dan i-M400.

Syarat-syarat miliki Medical Card Great Eastern Takaful :-

1) Umur kemasukan minimum 30 hari

2) Umur kemasukan maksimum 65 tahun

3) Medical Card layak digunakan sehingga berumur 80 tahun

4) Kadar caruman berbeza-beza mengikut jantina, umur, jenis pekerjaan dan status merokok

5) Boleh digunakan di mana-mana Hospital Panel Great Eastern Takaful

6) Tidak boleh digunakan untuk bersalin

7) Tidak cover untuk penyakit sedia ada sebelum apply Medical Card ini

8) Ada tempoh bertenggang (waiting period) selama 120 hari selepas sijil berkuatkuasa

Mahukan Medical Card ini?

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH