Posted in Perancangan Kewangan

Urus pusaka perlu wang

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin kita tidak pernah terfikir, atau tangguh untuk berfikir.

Saat kita tidak lagi bernyawa, harta milik kita, termasuk akaun bank, tabung haji, asb dan sebagainya bukan lagi jadi milik kita. Ianya akan jadi harta pusaka.

Ketika waris mendaftarkan kematian kita di Jabatan Pendaftaran Negara, dalam masa 24 jam semua akaun bank kita akan dibekukan.

Kita mungkin punyai harta lain termasuk rumah yang perlu diuruskan MRTT (sekiranya ada), urus faraid, siapa yang layak untuk dapat dari harta peninggalan kita.

Urusan ini mengambil masa yang lama, bergantung kepada berapa banyak harta yang kita ada, dan yang pentingnya berapa cepat waris mulakan usaha untuk bertindak menguruskan harta pusaka.

SIAPA BAKAL URUSKAN HARTA PUSAKA KITA?

Anda sudah lantik siapa yang akan uruskan harta dan juga hutang yang ada untuk dia/ mereka selesaikan?

Walaupun Mati itu Pasti, saya dapati ramai antara kita ‘take for granted’, tidak lantik siapa yang bakal uruskan harta pusaka dan hutang kita nanti. Kita pernah dengar tentang wasiat, kita ingatkan tak perlu buat sebab kita tak nak wasiatkan harta kepada orang lain, nanti pandai-pandailah waris uruskan.

Harta mungkin tak jadi isu, namun bagaimana dengan hutang?

Siapa yang bakal menjamin kepada orang di dunia untuk selesaikan hutang kita?

Namun harta juga jadi isu besar sekiranya waris bertelingkah tentang pengurusan, atau ada juga waris tak ambil kisah untuk uruskan harta si mati.

KERANA HUTANG SYURGA TERHALANG

Bila berlaku kematian, selain daripada kos pengurusan harta pusaka, nak gerak ke sana ke mari perlukan wang, duit saku, duit guaman, dan sebagainya, ada perkara yang paling penting untuk difikirkan oleh kita yang masih bernyawa ini, iaitu HUTANG.

Saya cukup risau dengan diri saya, dan setiap hari saya berpesan kepada isteri dan adik beradik saya agar gunakan wang peninggalan takaful untuk selesaikan hutang piutang saya. Dengan wang simpanan yang tak seberapa, memang tidak cukup waris selesaikan hutang piutang saya yang bertimbun. Inilah kehidupan kita di dunia berkonsepkan ekonomi kapitalis, akses kepada hutang itu terlalu senang. Bil telefon, internet, majlis perbandaran, ini pun dikira hutang juga.

Setakat ini dulu perkongsian dari saya, semoga apa yang saya nukilkan dalam emel ini memberi satu manfaat untuk anda agar mula rancang untuk fikirkan siapa dan bagaimana aset dan liabiliti kita akan diuruskan sepeninggalan kita suatu hari nanti.

Terima kasih.

Ahmad Humaizi
0193726080

Sekiranya berminat untuk sertai takaful, boleh hubungi saya.

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Consultant

011 56598769

 

Advertisements
Posted in Manfaat takaful, Perancangan Kewangan, Uncategorized

2 sebab pekerja kerajaan pun perlu medical card

cropped-16602578_1535265049847510_668197003379278577_n.jpg Majoriti yang bekerja di sektor awam rasa selesa apabila mereka dijanjikan manfaat perubatan di hospital kerajaan. Tapi ramai yang tak tahu di sebalik kemudahan perubatan untuk pekerja dan pesara sektor awam ni ada had dan batasnya.
 .
Di sini saya senaraikan dua keburukan apabila seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada manfaat perubatan di hospital kerajaan.
. .
1⃣ Kos Peralatan Tidak Ditanggung
 .
Yang datang untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan ni kena bayar RM1 sahaja untuk jumpa doktor dan RM5 untuk dapatkan rawatan daripada pakar. Murah kan?
 .
Namun, kalau kena kes yang serius di mana anda memerlukan penggunaan peralatan canggih di hospital, kos tersebut tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.
.
Ini dialami sendiri oleh seorang pesara pegawai pelajaran daerah dan pengetua, di mana beliau terpaksa menggunakan RM11,000 daripada wang pencennya untuk membiayai kos pembelian stent yang dipasang pada jantungnya.
 .
Dalam perkongsian yang lain seorang pegawai kerajaan terpaksa mengeluarkan RM27,000 untuk kos pembelian besi bagi menggantikan tulang anaknya yang patah kerana menghidap kanser tulang.
 .
Bagi pegawai kerajaan, membayar untuk medical card tu dilihat sebagai satu pembaziran tapi bolehkah anda jamin untuk sepanjang hidup anda everything will be good dan anda tidak akan menghadapi ujian besar seperti ini?
 .
Sanggupkah anda menghabiskan wang simpanan dan wang pencen anda untuk membiayai kos perubatan seperti ini?
 .
2⃣ Boleh Claim Tapi Tak Dijamin & Giliran Menunggu Yang Lama
 .
Ada yang berkata pegawai kerajaan boleh claim kos perubatan daripada JPA. Memang boleh claim, tapi tiada jaminan akan dapat.
 .
Kenapa?
 .
Tahukah anda terdapat lebih daripada 1.6 juta penjawat awam di negara kita pada tahun 2017 ini?
 .
Bilangan penjawat awam di Malaysia takkan berkurangan malah semakin bertambah dari tahun ke tahun.
 .
Dalam 1.6 juta tu, berapa puluh ribu pula yang sama jawatan dengan anda dan berapa puluh ribu lagi yang mempunyai jawatan lebih tinggi daripada anda?
 .
Apakah keistimewaan anda untuk menjamin rawatan anda disegerakan atau menjamin claim untuk kos perubatan anda akan dilayan as soon as possible?
 .
Kalau kes untuk tahun-tahun dulu, mungkin ya. Tak ada masalah nak claim dan JPA boleh pulangkan semula kos perubatan anda dalam masa kurang daripada 3 bulan.
 .
Sekarang?
 .
Belum tentu lagi sebab terlalu banyak claim.
 .
✅ Bertindak lah sekarang, kerana sakit kritikal itu tak ada tanda tanda seawal 2 ke 3 tahun.
 .
Ahmad Hanizam Abdullah
Takaful Advisor
011-56598769
Posted in Manfaat takaful, Perancangan Kewangan

Medical Card

16602578_1535265049847510_668197003379278577_n

Great Eastern Takaful menawarkan 5 pakej Medical Card berdasarkan nilai bilik iaitu i-M100, i-M150, i-M200, i-M300 dan i-M400.

Syarat-syarat miliki Medical Card Great Eastern Takaful :-

1) Umur kemasukan minimum 30 hari

2) Umur kemasukan maksimum 65 tahun

3) Medical Card layak digunakan sehingga berumur 80 tahun

4) Kadar caruman berbeza-beza mengikut jantina, umur, jenis pekerjaan dan status merokok

5) Boleh digunakan di mana-mana Hospital Panel Great Eastern Takaful

6) Tidak boleh digunakan untuk bersalin

7) Tidak cover untuk penyakit sedia ada sebelum apply Medical Card ini

8) Ada tempoh bertenggang (waiting period) selama 120 hari selepas sijil berkuatkuasa

Mahukan Medical Card ini?

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Posted in Perancangan Kewangan

Apakah itu perancangan kewangan?

budgeting-2-e1477075759544
Satu proses yang menilai kedudukan kewangan semasa dan masa hadapan seseorang dengan menggunakan pemboleh ubah-pemboleh ubah untuk menetukan aliran wang, nilai aset dan rancangan kecemasan kewangan pada masa hadapan.

Perancangan kewangan yang baik akan menyedarkan seseorang pelabur perubahan yang perlu dilakukan untuk memastikan kelancaran proses perubahan antara fasa kewangan dalam hidup mereka.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Posted in Manfaat takaful, Perancangan Kewangan

Langkah Untuk Mencapai Matlamat Anda

benefits-page-004

1. Menentukan Matlamat
Kita perlu tetapkan matlamat yang spesik, realistik dan
boleh diukur.

2. Merancang Langkah-Langkah
Merancang langkah-langkah yang perlu dilakukan serta
bertindak mengikut rancangan.

3. Mengkaji Semula Matlamat
Mengkaji semula matlamat dan tindakan yang telah dilakukan.
Adakah kita semakin hampir atau semakin jauh daripada matlamat
yang ditetapkan. Kita perlu memerhatikan perkara-perkara sebegini
untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Adakah anda
bersetuju bahawa langkah-langkah ini sepatutnya dilakukan?

goal1

 

Peringkat dan Matlamat Hidup Anda

  • Setiap peringkat umur mempunyai matlamat hidup sendiri
  • Bukan setakat kita yang dewasa mempunyai matlamat, sejak
    kecil lagi pun kita mempunyai matlamat seperti sihat tubuh
    badan, keluarga yang bahagia, pendidikan yang cemerlang,
    pekerjaan yang bagus dan bersara dengan gaya hidup
    mewah. Adakah ini termasuk dalam matlamat hidup anda?
  • Adakah penting bagi anda untuk mencapai matlamat hidup?
    Kenapa?
  • Apa yang anda ingin capai sepanjang hidup anda?

g2

Hidup Ini Penuh Dengan Dugaan

  • Sepanjang tempoh perjalanan hidup anda, tentu
    telah banyak cabaran dan dugaan (naik turun kehidupan) harus
    ditempuh.
  • Antara dugaan yang mungkin ditempuhi ialah kita akan mengalami kemalangan dan ketidakupayaan, menghidap penyakit
    kritikal, kematian, hilang pekerjaan dan mungkin tahun persaraan
    lebih lama dari jangkaan. Keadaan seperti ini sudah tentu akan
    membimbangkan anda, betul?
  • Persoalan di sini, adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi
    dugaan jika ia menimpa anda?
  • Atau mungkin anda akan mengecewakan orang yang anda
    sayangi.
  • Sudahkah anda bersedia dari segi emosi, zikal dan kewangan?
    .1454400267143
    Keperluan Dan Keutamaan Keluarga
  • Kita mempunyai kehendak dan keinginan melebihi kemampuan
    (sumber kita adalah terhad). Setuju dengan saya? Oleh itu,
    apakah keperluan utama anda?
  • Tuan/puan, adakah perlindungan kekayaan penting? Setakat ini,
    apakah yang anda ingin lindungi? (contoh: rumah, kereta, pendapatan, penyakit, kemalangan)
  • Apakah tujuan anda mengumpul harta? (contoh: pendidikan,
    persaraan, pelaburan, menunaikan haji dan umrah)
  • Dengan adanya pelan takaful, anda boleh meringankan bebanan
    sekiranya berlaku musibah terhadap diri anda dan keluarga anda
    tidak perlu bimbang tentang bebanan.
  • Akhir sekali, setelah mengumpul dan mengekalkan harta,
    sudah tentu anda ingin salurkan harta tersebut kepda orang yang
    tersayang atau kepada badan kebajikan, bukan?

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Posted in Manfaat takaful, Perancangan Kewangan

Kenapa kita perlukan takaful?

IMG_5998
Persediaan untuk menghadapi 4 risiko yang tidak dapat dijangka:

  1. Sakit
  2. Lumpuh
  3. Kemalangan
  4. Mati
  • Cara mudah untuk mendapatkan sejumlah DANA bagi menghadapi risiko-risiko di atas.
  • Melindungi pendapatan jika sesuatu musibah berlaku kerana telah memiliki sejumlah dana yang boleh menjamin masa depan.
  • Melindungi keluarga dan anak-anak daripada hidup meminta-minta sekiranya berlaku kematian atau hilang pendapatan akibat sakit/limpuh kerana telah memiliki sejumlah dana yang boleh menjamin masa depan kelauarga.
  • Meringakan beban kewangan ketika memerlukan rawatan kerana syarikat akan menanggung kos perubatan.
  • Fardhu kifayah kerana dapat bantu-membantu dalam kalangan individu pemberi sumbangan ketika mereka ditimpa musibah.
  • Sistem takaful menguntungkan kedua-dua belah pihak.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH