Category Archives: Tips Bisnes

3 Teknik Atasi Keraguan Pelanggan

image3

Saya nak kongsikan dengan anda 3 jenis keraguan pelanggan dan cara-cara atasi keraguan tersebut

1) Ragu-ragu dengan produk

Pelanggan merasakan produk yang kita jual kurang berkualiti ataupun barang yang kita jual itu tidak berkesan mengatasi masalah mereka.

Cara atasinya : Menunjukkan kekuatan produk anda seperti pengesahan atau bukti yang paling baik adalah sekiranya anda boleh mendapatkan pengiktirafan dari pihak-pihak berkaitan bagi produk Harris .

2) Ragu-ragu dengan penjual

Bakal pembeli ragu terhadap anda sebagai penjual. mereka merasakan anda mungkin seorang scammer yang suka menipu duit pelanggan .

3) Ragu-ragu pada diri mereka sendiri

Perasaan ragu ini adalah apabila bakal pelanggan mengakui kehebatan produk serta kredibiliti anda sebgaai penjual.Tetapi mereka tidak yakin adakah produk tersebut sesuai untuk mereka.

Cara atasinya : ialah memberi testimoni yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan diri mereka. contohnya kalau bakal pelanggan anda seorang ayah, maka bagi testimoni pelanggan sedia ada yang merupakan seorang ayah.

3 cara di atas yang saya sarankan berkait rapat dengan psikologi pelanggan sekaligus membolehkan anda mendapatkan jualan dengan produk / servis anda.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Tips Kongsi Ilmu Niaga

2837-heba-ipsl-607x210-spotlights
Terdapat 2 faktor penting dalam bisnes.
.
1. Keunikan Produk / Keunikan Strategi Pemasaran sangat penting dalam perniagaan.
.
‘Ciptakan keunikan sehingga persaiangan menjadi tidak relevan’- Blue Ocean Strategy.
.
2. Pengiklanan & Promosi (A&P)
.
Pilih strategi pengiklanan yang paling berkesan untuk bisnes/produk anda.
.
Iklan yang mahal tidak semestinya berkesan dan iklan yang murah tidak semestinya tidak berkesan.

Pilih medium iklan yang paling berkesan, bukan medium iklan paling murah.
.
“Business is solving people’s problem. Without solving people’s problems…business won’t be materialize.”
.
Carilah di mana masalah manusia kerana di situ ada bisnes.
.
Prinsip Asas Pemasaran

4P’s
1. Product
2. Price
3. Place
4. Promotion
.
Lakukan SWOT analysis pada:

Produk dan bisnes anda.

1. Strength (Kekuatan)
2. Weaknesses (Kelemahan)
3. Opporturnities (Peluang)
4. Threat (Ancaman)

Business need skill. Without skill U’ll loose. Kenali pasaran anda. Putus asa tiada dalam kamus seorang usahawan.

#Buat sampai berjaya.

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Syukur selalu

petua-halau-siput-babi

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.

Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:

“Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?”

Siput menjawab :

“Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari, tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih”

Katak menjawab :

“Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)”

Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang…

Siput terharu…
Akhirnya baru sedar…
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban…
tetapi adalah kelebihannya…

*Nikmatilah kehidupanmu*..
*Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.*
*IRI HATI* kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan…

Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah dan berkereta besar.

Rezeki sebenarnya adalah*jiwa dan hati yang tenang* …
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu sangat mahal…

“Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita ber-SYUKUR…
*Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia*

😊…syukur selalu..

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

Tip Positif – Gembira dan Syukur

cropped-13432229_305275943143571_4762099539918862564_n.jpg
Assalamualaikum,
 .
Setiap hari, atau sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu,
ambillah beberapa minit dan fokus kepada melihat diri anda di dalam
kegembiraan dan kesyukuran. Rasakan kesyukuran dalam hati anda.
 .
Bayangkan hanya kegembiraan yang paling dinikmati dalam kehidupan
anda sekarang ini dan lihatlah diri anda dalam kesyukuran.
Nikmat kegembiraan yang anda nikmati ini akan menarik banyak
lagi perkara dan situasi kegembiraan hadir dalam kehidupan anda.
 .
Anda tidak akan gembira jika anda risau tentang wang, atau risau
tentang kesihatan, atau risau tentang masalah perhubungan dengan
rakan-rakan atau keluarga.
 .
Dengan itu, masukkan situasi kegembiraan dalam kehidupan anda
melalui kaedah visualisasi (pembayangan) sekerap mungkin.
Perkara-perkara positif tentang kegembiraan akan datang kemudian
dalam hidup anda. Inshaa Allah.
 .
Semoga kehidupan anda lebih ceria dan bahagia!
 .
Wassalam.

Tips bijak urus kewangan

13620790_1735750853365651_8838065142895901481_n

Warren Buffett seru orang muda amalkan nasihat ini supaya bijak uruskan kewangan.

Semua orang akan lalui zaman muda-mudi. Meriah. Rasa macam dunia kita yang punya masa tu.

Tapi, tak bermakna kita boleh ambil mudah tentang semua perkara. Ini sama juga dengan kesihatan kewangan kita.

Lebih bagus mula ambil tahu dan belajar uruskan kewangan dari muda. In Shaa Allah, lebih terjamin masa depan korang nanti.

Ramai yang kenal Warren Buffett sebagai seorang pelabur dan pengurus kewangan yang berjaya.

J. A. Davis temubual Buffett untuk dapatkan 5 nasihat ini, yang membantu korang uruskan duit sehebat ikon kewangan dunia ni.

Nasihat #1: Mula melabur kat perkara “ini” dulu.

Mungkin ramai yang penat dengar nasihat macam ni:

“MULAKAN PELABURAN AWAL-AWAL. KALAU TAK, RUGI NANTI.”

Tapi, memang ini yang patut kita buat pun. Tak ada nasihat paling baik selain nasihat ni. Ia dah cukup tepat dan padat.

Dan yang paling mudah, kita boleh mulakan dengan diri sendiri dulu. Mulai sekarang, kumpul ilmu tentang kewangan dan pelaburan sebagai langkah persediaan.

Nak ikutkan, korang lagi senang nak dapatkan ilmu berbanding orang dulu-dulu.

Terlampau banyak blog atau bahan bacaan berkaitan kewangan dan pelaburan kat Internet. Semua dah tersedia kat telapak tangan masing-masing.

Dari korang baca yang bukan-bukan, baik lagi baca sesuatu yang bagi korang nilai dan boleh selamatkan masa depan korang, kan?

Nasihat #2: Kikis tabiat buruk berkaitan duit segera.

Masa Buffett muda, beliau ada satu tabiat buruk yang ramai orang muda sekarang suka buat.

Beliau suka berbelanja. Kalau tak cukup duit, beliau akan pinjam dulu kat sesiapa semata-mata nak puaskan nafsu.

Tabiat ni buatkan kewangan beliau bermasalah pada masa tu. Buffett tahu yang tabiat ini akan melingkupkan masa depan, dan mengambil keputusan untuk ubah tabiat buruk ini.

Bayangkan. Kalau Buffett ada tabiat buruk ini sekarang? Dah tentu beliau tak akan dapat kumpul kekayaan macam sekarang.

Penting untuk kikis tabiat seperti ini seawal mungkin. Jelas Buffett:

“YOU DON’T WANT TO LEARN LIFE LESSON THE HARD WAY.”

Nasihat #3: Dapatkan bantuan orang yang lebih tahu.

Tok percaya, semua orang ada mentor dalam bidang masing-masing.

Dan hakikatnya, lebih senang nak berjaya dengan ada bantuan mentor. Boleh jadi, korang tak akan ulang buat kesilapan, seperti yang mereka pernah lalui dulu.

Belajar daripada pengalaman orang lain tak pernah merugikan. Masa terlalu singkat untuk kita ulangi kesilapan yang sama lebih daripada sekali.

Korang juga boleh kurangkan kerugian dalam pelaburan dengan berkesan. Macam yang Buffett selalu berpesan:

“RULE NO.1: NEVER LOSE MONEY. RULE NO.2: NEVER FORGET RULE NO.1.”

Baik apa jenis pelaburan sekalipun, cari mentor yang berkaliber dan dapatkan bantuan mereka.

Nasihat #4: Kenali diri anda sedalam mungkin.

Hakikatnya, kita tak boleh jadi pakar dalam semua bidang dan perkara.

Tambahan pula, ilmu kewangan dan pelaburan pula sangat luas. Memang tak mampu kita nak ingat semua.

Penting untuk kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita kat mana, supaya senang nak merangka pelan tindakan yang sesuai.

Kalau ada yang terpaksa kita outsource dan dapatkan bantuan orang lain, tak perlu teragak-agak dan buat saja.

Sebab ada perkara yang kita boleh buat, dan ada yang tak. Selain tu juga, banyak masa yang boleh kita jimatkan.

Nasihat #5: Elakkan terpengaruh guna kad kredit.

Ini satu nasihat Buffett yang serius.

Kalau termakan umpan ini masa muda, ada potensi besar kita akan menjadi hamba hutang. Bertambah teruk kalau hutang itu semakin bertambah dari masa ke semasa.

Jadi, sentiasa gunakan tunai setiap masa. Kalau terpaksa gunakan kad kredit, pastikan bayar hutang mengikut tempoh grace period untuk elakkan faedah yang mahal. Buat rugi duit korang saja nanti.

Dan selagi tak ada disiplin dalam berbelanja, tak usah gatal tangan nak apply kad kredit.

Ramai yang buat ini, dan akhirnya susahkan diri sendiri saja. Sebab itu kita kena kenali diri sendiri terlebih dulu (baca balik nasihat No. 4 tadi).

Nasihat ini mungkin agak simpel, tapi cukup bernilai bagi siapa yang tahu menghargai.

Hanya jauhari yang kenal manikam, tak gitu?

Saya juga menawarkan khidmat nasihat merancang kewangan dan instrumen yang utama ialah melalui takaful.

Ahmad Hanizam Abdullah
019-7589774

17 perkara tentang B.I.S.N.E.S

11204972_679638175512345_5311747281317885665_n

1. Bisnes senang (dengan ilmu)

2. Bisnes kena s.m.a.r.t

3. Bisnes ajar kita tentang kesabaran.

4. Bisnes ajar ‘fighting spirit’.

5. Bisnes adalah peluang untuk bantu orang lain.

6. Bisnes beri kita pilihan untuk hidup selesa dan tenang.

7. Bisnes beri kita peluang buat duit tanpa terikat dengan masa.

8. Bisnes senang bila ada sistem.

9. Bisnes ajar kita ‘SPEED’.

10. Bisnes paksa kita belajar setiap hari.

11. Bisnes yang berjaya ialah bisnes yang digunakan untuk cari keberkatan.

12. Bisnes beri peluang pekerjaan jepada orang lain dan berkongsi rezeki.

13. Bisnes ajar kita ‘tidak putus asa’.

14. Bisnes beri peluang kepada kita untuk lakukan apa yang kita minat.

15. Bisnes jadikan kita pengintai peluang.

16. Bisnes berikan kita peluang menjadi penderma dan penyumbang yang baik.

17. Bisnes buatkan kita bergantung lebih kuat kepada Tuhan.

Tips menjual insurans takaful

10384607_1107754939265192_8447319390393697189_n

Menjual insurans takaful bermula dengan kita mengenal pasti siapa prospek kita.  Di mana mereka berada?

Apa kegemaran dan minat mereka?

Apa kemahuan dan keperluan mendesak yang mereka ada?

Berapa pendapatan mereka?

Selepas dah jelas dengan persoalan-persoalan tersebut, barulah kita susun strategi untuk mempromosikan produk insurans/takaful kepada mereka.

Kita akan rasa susah nak jual polisi apabila kita mensasarkan prospek yang kurang berkualiti.

Kurang berkualiti ni maksudnya, kita dah pilih prospek yang memang berpendapatan rendah.

… ataupun dari segi undang-undang insurans sendiri, mereka tak layak untuk ambil pelan perlindungan untuk diri mereka, boleh jadi disebabkan mereka telah pun jatuh sakit.

Untuk membantu proses jualan berlaku dengan lancar,

1. Pastikan anda jelas dan faham kegunaan produk 

Tujuannya adalah supaya anda boleh jadi lebih kreatif dalam membuat persembahan jualan. Produk insurans/takaful bukan semata-mata untuk perlindungan atau tabung ketika musibah sahaja.

Ia boleh dijadikan sebagai guarantee untuk memastikan pencarum ada duit untuk pembiayaan pendidikan anak-anak, tabungan untuk pergi haji dan umrah dan sebagainya.

Semuanya bergantung pada cara anda menerangkan kepada prospek apa kegunaan lain insurans dan takaful.

2. Jual kegunaan, kebaikkan dan keistimewaan produk 

Terangkan pada pelanggan, apa benefit yang pelanggan akan dapat apabila mencarum.

Jangan buang masa ceritakan ciri-ciri produk kepada pelanggan.

3. Mendidik bukan sekadar menjual 

Dekati pelanggan dengan perspektif ingin mendidik pelanggan apa kelebihan, kebaikkan insurans.

Rata-rata manusia tak suka dipaksa atau disuruh untuk beli barang.

Tapi, sebenarnya manusia ni suka beli barang apabila tak dipaksa untuk membeli.

4. Beri free gift 

Ini pun kaedah yang boleh digunakan.

Sediakan hadiah-hadiah istimewa untuk prospek tak kisahlah sama ada dia akan beli atau tidak dari anda.

5. Berlatih menjual selalu 

Macam mana cara nak berlatih menjual?

Ada dua cara.

Pertama berlatih menjual dengan cara menemui sebanyak mana prospek dan membuat persembahan jualan.

Kedua, berlatih menjual dengan cara menulis. Sama ada penulisan menerusi email ataupun blog/facebook.

Semoga tips ini bermanfaat.

Konsultan Takaful Anda
Ahmad Hanizam Abdullah
019-7589774