Posted in Manfaat takaful, Uncategorized

Mula Tanam 7 Prinsip Ini Dalam Diri Kalau Anda Nak Kaya Cepat

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.

Saya sendiri pun amalkan prinsip ni. Dan Alhamdulillah, ia memang berkesan:

Prinsip #1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi. Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

Prinsip #2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkanmacam Tabung Haji (tak ada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.

Prinsip #3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan,yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tak akan jadi kaya.

Prinsip #4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

Prinsip #5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta. Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, In Shaa Allah.

Prinsip #6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, re-invest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

Prinsip #7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang.  Tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan.

Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful. Contohnya: simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan, dan lain-lain), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan, atau sebagainya.

— Bak kata Zig Ziglar: “WEALTH ARE ACQUIRED BY 20% HEAD KNOWLEDGE AND 80% BEHAVIOR”

Benar. Kita bergantung 100% kat rezeki yang Allah berikan. Tapi kalau kita sendiri tak mulakan tindakan, tak jadi juga. Kalau tak ada usaha, sampai bila-bila kita tak layak jadi kaya. Dan ini bermula dengan membenih tabiat menyimpan. Bila kita dapat kuasai asas ini, kekayaan akan datang tanpa dijemput, dan kita pula “terpaksa” jadi kaya.

Ahmad Hanizam Abdullah

Takaful Advisor

011 5659 8769

cropped-16602578_1535265049847510_668197003379278577_n.jpg

Advertisements
Posted in Manfaat takaful, Perancangan Kewangan, Uncategorized

2 sebab pekerja kerajaan pun perlu medical card

cropped-16602578_1535265049847510_668197003379278577_n.jpg Majoriti yang bekerja di sektor awam rasa selesa apabila mereka dijanjikan manfaat perubatan di hospital kerajaan. Tapi ramai yang tak tahu di sebalik kemudahan perubatan untuk pekerja dan pesara sektor awam ni ada had dan batasnya.
 .
Di sini saya senaraikan dua keburukan apabila seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada manfaat perubatan di hospital kerajaan.
. .
1⃣ Kos Peralatan Tidak Ditanggung
 .
Yang datang untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan ni kena bayar RM1 sahaja untuk jumpa doktor dan RM5 untuk dapatkan rawatan daripada pakar. Murah kan?
 .
Namun, kalau kena kes yang serius di mana anda memerlukan penggunaan peralatan canggih di hospital, kos tersebut tidak ditanggung oleh hospital kerajaan.
.
Ini dialami sendiri oleh seorang pesara pegawai pelajaran daerah dan pengetua, di mana beliau terpaksa menggunakan RM11,000 daripada wang pencennya untuk membiayai kos pembelian stent yang dipasang pada jantungnya.
 .
Dalam perkongsian yang lain seorang pegawai kerajaan terpaksa mengeluarkan RM27,000 untuk kos pembelian besi bagi menggantikan tulang anaknya yang patah kerana menghidap kanser tulang.
 .
Bagi pegawai kerajaan, membayar untuk medical card tu dilihat sebagai satu pembaziran tapi bolehkah anda jamin untuk sepanjang hidup anda everything will be good dan anda tidak akan menghadapi ujian besar seperti ini?
 .
Sanggupkah anda menghabiskan wang simpanan dan wang pencen anda untuk membiayai kos perubatan seperti ini?
 .
2⃣ Boleh Claim Tapi Tak Dijamin & Giliran Menunggu Yang Lama
 .
Ada yang berkata pegawai kerajaan boleh claim kos perubatan daripada JPA. Memang boleh claim, tapi tiada jaminan akan dapat.
 .
Kenapa?
 .
Tahukah anda terdapat lebih daripada 1.6 juta penjawat awam di negara kita pada tahun 2017 ini?
 .
Bilangan penjawat awam di Malaysia takkan berkurangan malah semakin bertambah dari tahun ke tahun.
 .
Dalam 1.6 juta tu, berapa puluh ribu pula yang sama jawatan dengan anda dan berapa puluh ribu lagi yang mempunyai jawatan lebih tinggi daripada anda?
 .
Apakah keistimewaan anda untuk menjamin rawatan anda disegerakan atau menjamin claim untuk kos perubatan anda akan dilayan as soon as possible?
 .
Kalau kes untuk tahun-tahun dulu, mungkin ya. Tak ada masalah nak claim dan JPA boleh pulangkan semula kos perubatan anda dalam masa kurang daripada 3 bulan.
 .
Sekarang?
 .
Belum tentu lagi sebab terlalu banyak claim.
 .
✅ Bertindak lah sekarang, kerana sakit kritikal itu tak ada tanda tanda seawal 2 ke 3 tahun.
 .
Ahmad Hanizam Abdullah
Takaful Advisor
011-56598769
Posted in Cerita Takaful, Manfaat takaful, Uncategorized

Ambil tahu tentang sijil Takaful anda

SIJIL Takaful boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen perlindungan Takaful atau kontrak Takaful bagi Takaful Keluarga dan Takaful Am yang di dalamnya terkandung terma serta syarat yang dipersetujui antara peserta dengan pengendali Takaful.

Di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sijil Takaful Keluarga dan kemalangan diri didefinisikan sebagai sijil Takaful yang manfaat Takafulnya akan dibayar sebagai bantuan kewangan apabila berlaku kematian atau kemalangan diri, penyakit atau keuzuran.

Sijil Takaful akan diserahkan kepada peserta Takaful setelah segala proses berkaitan selesai dilakukan oleh pengendali Takaful.

Antara proses yang perlu dilakukan ialah pengisytiharan oleh peserta terhadap segala maklumat kesihatan dan menjawab segala soalan yang terkandung di dalam borang cadangan Takaful dengan telus dan jujur.

Manakala pihak pengendali Takaful pula akan melakukan proses pengunderaitan secara profesional bagi memastikan bakal peserta layak menyertai pelan Takaful berpandukan segala peraturan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan memenuhi tuntutan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, bukan hanya memikirkan faktor keuntungan semata-mata dengan penyertaan peserta baru.

Peserta dan pengendali Takaful serta ejen-ejen seharusnya berusaha untuk mengisytiharkan fakta material ketika membentuk dan mewujudkan kontrak Takaful.

Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan kesan yang buruk.

Sebagai contoh, peserta yang tidak mengisytiharkan rekod kesihatan mereka secara telus akan mengakitbatkan ketidakadilan dalam bayaran wang caruman ke dalam dana Tabarru’.

Ini kerana faktor kesihatan adalah salah satu kriteria dalam menentukan jumlah bayaran wang caruman demi memastikan keadilan terhadap sesama peserta Takaful apabila berlaku tuntutan.

Ejen-ejen Takaful pula perlulah bersikap berdisiplin dan amanah tanpa hanya memikirkan ganjaran kewangan yang bakal mereka terima dengan memastikan peserta Takaful cakna tentang perkara yang perlu mereka isytiharkan supaya tiada sebarang kemusykilan yang mungkin timbul di kemudian hari kelak jika pengisytiharan tidak dilakukan dengan telus.

Sementara itu, pihak pengendali takaful juga wajar mematuhi segala maklumat yang telah termaktub di dalam sijil Takaful sekiranya berlaku sebarang tuntutan yang layak diterima oleh peserta.

Akur dan memenuhi peraturan ketika memuktamadkan kontrak sijil Takaful dapat menjamin hak-hak kepada kedua-dua pihak pengendali Takaful dan juga peserta.

Hak peserta dan pengendali Takaful dalam sijil Takaful

Peserta boleh membuat aduan kepada Unit Aduan di syarikat pengendali takaful sekiranya hak mereka tidak ditunaikan mengikut kontrak takaful dan mereka juga boleh merujuk kepada Biro Pengantara Kewangan.

Biro ini merupakan salah satu badan bebas yang menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah di antara peserta/pengguna dengan syarikat penyedia perkhidmatan kewangan sebagai contoh pengendali Takaful.

Aduan ini boleh dipanjangkan kepada Bank Negara Malaysia sekiranya aduan di peringkat biro mencapai jalan buntu.

Pengendali Takaful pula berhak menamatkan atau membatalkan kontrak sekiranya peserta gagal memenuhi terma serta syarat di dalam sijil takaful. Segala aduan serta keputusan yang diperoleh adalah berdasarkan asas undang-undang yang ditetapkan dan bukan menurut emosi semata-mata.

Oleh yang demikian, sebaiknya pemilik sijil takaful mestilah memahami kandungan sijil Takaful mereka bagi mengenal pasti jenis perlindungan yang diberikan/ditawarkan dalam sesebuah pelan Takaful.

Ejen-ejen takaful memainkan peranan yang sangat penting kerana tidak ramai peserta yang mengambil berat tentang perkara ini dan demi memastikan tidak berlaku salah faham atau keluhan khasnya daripada peserta takaful tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap pengendali takaful.

Jika kedua-dua pihak dalam muamalah menerangkan segala aspek dalam transaksi yang mereka lakukan, membuat pengisytiharan secara jujur dan tidak menyembunyikan fakta yang material, mereka akan beroleh ganjaran keberkatan dalam muamalah mereka, Insya-ALLAH.

Sila layari laman web kami di www.greateasterntakaful.com atau facebook.com/greateasterntakaful

Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pilihan polisi takaful dengan Great Eastern Takaful?

Anda boleh whatsapp saya.

Ahmad Hanizam bin Abdullah

Takaful Advisor

011-56598769

Posted in Uncategorized

Aset mudah tunai hadapi kecemasan

Ramai yang menjangkakan ekonomi negara akan lebih gawat tahun ini. Sebenarnya, jika dilihat sejak 2014 lagi sudah ada tanggapan sedemikian bagi 2015 manakala pada tahun berkenaan pula, ada juga jangkaan yang sama bagi 2016.

Nampaknya, skrip sama akan sentiasa berulang-ulang. Apa yang perlu kita dilakukan adalah jalan terus. Sebenarnya, masa terbaik untuk membuat persiapan ialah sebelum gawat, dan bukannya ketika gawat.

Kegawatan ekonomi bukan berlaku secara tiba-tiba, ia datang dengan pelbagai tanda dan amaran. Ketika zaman Nabi Yusuf, Allah memberikan tanda melalui mimpi Raja Mesir yang melihat tujuh lembu gemuk dimakan oleh tujuh lembu kurus.

Sebelum ini pun, kita sudah diberikan tanda-tanda awal sejak beberapa tahun lalu melalui kejatuhan nilai ringgit, harga komoditi, harga minyak serta pelabur asing menarik balik pelaburan masing-masing.

Persediaan menghadapi kegawatan bukan dibuat ketika gawat kerana itu sudah terlambat. Panduan yang Allah berikan ketika zaman Nabi Yusof masih praktikal hingga hari ini.

Ketika itu, Nabi Yusof mencadangkan disimpan separuh gandum yang dituai bersama tangkai. Hari ini, gantikan gandum dengan komoditi yang ada seperti simpanan, hartanah, emas, perak, saham serta unit amanah.

Bagi menghadapi zaman kemarau ini, beberapa tip boleh dilaksanakan seperti mempelbagaikan pegangan aset kerana kita tidak tahu aset mana yang akan naik atau turun. Jadi dengan strategi mempelbagaikan aset, jika ada yang jatuh, pasti ada yang naik.

Sebagai contoh, harga rumah naik manakala emas pula turun. Mana tahu, ketika emas naik balik nanti, maka harga rumah pula turun.

Jangan dilupa juga adalah aset kecemasan iaitu perlindungan takaful. Sebenarnya, jika kita bijak memilih, caruman takaful RM100 boleh mendapat liputan sehingga RM200,000 hingga RM300,000 bagi perlindungan takaful hayat.

Bayangkan perkara terburuk yang boleh terjadi ketika ekonomi meleset iaitu perbelanjaan meningkat dan kita pula hilang kerja. Dibuang atau diberhentikan kerja adalah situasi terburuk kerana keadaan berkenaan menyebabkan kita kehilangan pendapatan.

Bagi menghadapi situasi seperti ini, aset mudah tunai yang dimiliki menjadi begitu penting.

Bayangkan pula situasi kita kehilangan pendapatan akibat kematian, lumpuh dan sakit kritikal. Keadaan itu sebenarnya lebih teruk daripada kegawatan ekonomi.

Dalam situasi sebegini, persediaan yang paling ampuh ialah perlindungan takaful di mana polisi takaful dapat menyediakan aset segera yang tinggi dengan kos rendah. Dengan simpanan RM100 boleh menghasilkan RM15,000 dalam tempoh 10 tahun, tetapi RM100 dengan takaful mampu menyediakan RM200,000 dalam tempoh 24 jam jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Saya menekankan mengenai takaful kerana di zaman ekonomi meleset, antara perkara yang mungkin terlintas di fikiran kita ialah membatalkan polisi takaful yang sebenarnya hanya mendedahkan kita kepada risiko lebih buruk.

Jadi, antara langkah yang boleh dilakukan adalah mengeluarkan sebahagian nilai tunai, tetapi polisi tetap berjalan seperti biasa. Sebab itu, banyak kali saya tegaskan mengenai keperluan fokus kepada perlindungan dan bukannya simpanan atau perlindungan ketika melanggan takaful.

Anda boleh mengurangkan manfaat tidak perlu seperti manfaat haji, elaun hospital, hadiah bersalin, pengeluaran tunai setiap tiga tahun, tetapi fokus kepada manfaat utama dalam kategori malapetaka kewangan iaitu kematian, lumpuh, sakit kritikal, kemalangan selain kad perubatan.

Justeru, pegangan terhadap aset yang boleh dicairkan amat penting bagi menghadapi musim gawat dan aset yang paling mudah tunai seperti deposit tetap, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kekalkan dan jika ada lebihan, pindahkan ke dalam bentuk lain untuk dipelbagaikan. Anda juga boleh memberi perhatian kepada aset yang mengambil sedikit masa untuk dicairkan seperti emas, saham dan unit amanah.

Semua itu perlu dijual untuk mendapatkan tunai dan proses jual beli emas, saham dan unit amanah tidaklah terlalu rumit dan mengambil masa panjang seperti hartanah.

Penulis Perancang Kewangan Islamik (IFP), INFAQ Consultancy & Advisory

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 7:04 AM
Posted in Uncategorized

Sertai Kami di An-Nur Group Agency

an-nur-logo

Assalamualaikum.

Saya Ahmad Hanizam bin Abdullah mewakili An-Nur Group Agency yang dipimpin oleh GM Rosazaman Sarifdin, mempelawa anda yang berminat untuk kita sama-sama meningkatkan ekonomi peribadi dan keluarga di samping menyumbangkan amal dalam membantu anak-anak yatim dan ibu tunggal meneruskan kehidupan dengan lebih baik melalui muamalat takaful.

Insyaallah, diharapkan niat suci ini akan diberkati olehNya.

Ahmad Hanizam bin Abdullah

Takaful Consultant

019-7589774 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.